Musim Hambar Buat United - Part 1

Salam semua pembaca blog Kafe Que.. Ini merupakan entri pertama berkaitan bola@sukan yang aku hidangkan.. FYI, aku merupakan antara jutaan penyokong fanatik skuad bola sepak Inggeris - Manchester United "Glory2, Man United".. Hampir 12 tahun aku membesar dengan United.. Jatuh bangun tetap bersama United.. Menjadi kegemaranku melihat United bermain setiap minggu dan sesekali aku mengkritik percaturan pengurusnya yang semakin tua nyanyuk - Sir Alex Ferguson..


Musim 2010-11 menyaksikan United pasukan tunggal yang mempertahankan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan dan berkongsi mata dengan pendahulu liga Chelsea.. Di peringkat liga juara- juara eropah pula, dengan keputusan menang 1-0 ke atas Rangers FC awal pagi tadi menjadikan United satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod tanpa dibolosi sebarang gol "clean sheet" setelah 5 perlawanan.. Semuanya kelihatan menarik tentang prestasi anak buah Sir Alex..


Aku sebagai pengkritik United tetap mengatakan musim ini adalah musim hambar bagi mereka.. Seolah-olah masih tiada peningkatan setelah pemergian Cristiano Ronaldo (Real Madrid) dan Carlos Tevez (Man City).. Pada musim perpindahan kali ini, pihak pengurusan hanya membeli 3 pemain baru untuk memperkemaskan jentera serangan serta pertahanan.. Kemasukan Chris Smalling (Fulham) , Javier Hernandes "Chicharito" (Chivas) dan Bebe (Estrela Amadora) melengkapkan pembelian sebanyak 20 Juta pounds..



Malang sekali apabila aku melihat tiada pemain tengah yang dibeli oleh mereka.. Sampai bila beliau terpaksa berharap kepada Scholes (36 tahun) dan Giggs (37 tahun).. Pemain seperti Mezut Ozil, Rafael Van Der Vaart, Luka Modric sepatutnya menjadi sasaran United sejak awal-awal lagi.. Nadi sesebuah pasukan terletak pada bahagian midfield nya.. Cuba kita lihat kesan bagaimana ketiadaan Essien & Lampard kepada Chelsea, Fabregas kepada Arsenal, Gerrard kepada Liverpool.. Kelebihan pemain tengah ialah mereka dapat mengatur gerakan serta mengawal tempo permainan.. Carrick tidak konsisten, Fletcher kurang dari segi hantaran jauh, Anderson kerap kali injured.. Hargreaves pula menjadi bahan gamble Sir Alex apabila diletakkan dalam kesebelasan utama menentang Wolves setelah lebih 2 tahun tidak beraksi (totally nonsense la) .. Selepas 5 minit beraksi, beliau terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan hamstring dan menyebabkan beliau terpaksa direhatkan selama 5 minggu.. Kamon la Sir Alex aku yang takde pengalaman pun boleh fikir la..


Tips : Sekiranya sesorang pemain itu baru pulih dari kecederaan, beliau memerlukan masa untuk kembali pada tahap sebenar. Cara yang terbaik adalah memberikan "masa bermain" kepada mereka secara beransur-ansur. Contohnya dalam bermain dalam reserve team ataupun letak di bangku simpanan untuk memberi mereka 5-10 minit perlawanan sebenar.



Seterusnya kita beralih ke bahagian serangan.. Nani yang dikatakan mampu menjelmakan bayangan Ronaldo kekadang dilihat "try to be clever" tidak kena pada tempatnya.. Decision making seperti hantaran pendek dan crossing masih perlu diperbaiki. Musim lepas Antonio Valencia begitu efektif sehingga memaksa Nani menunggu peluang untuk diturunkan dan bermain di posisi sayap kanan.. Namun khidmat Valencia terpaksa dilupakan seketika ekoran kecederaan teruk di kaki menyebabkan beliau terpaksa berehat sehingga April 2011.. Rooney dengan masalah peribadi menjejaskan tumpuan beliau ketika di padang hingga hampir mencetus kontroversi perpindahan dari United pada musim hadapan. Berbatov kelihatan menyengat di awal musim terutamanya apabila menjaringkan hatrik ketika menentang Liverpool di Old Trafford.. Namun beliau ketandusan gol sejak dari perlawanan tersebut.. Bintang Mexico ketika Piala Dunia 2010 tempoh hari, Chicharito, kini menjadi ayam tambatan Sir Alex yang menyaksikan beliau meledakkan gol-gol penting buat United ketika Berbatov dan Rooney buntu di hadapan pintu gol.. Beliau ternyata menjadi pembelian paling bijak oleh United kerana proses pemindahan telah dilakukan sebelum berlangsungnya Piala Dunia..

Bersambung..

Ikuti Musim Hambar Buat United - Part 2 dalam entri berikutnya.. Jangan ketinggalan..

Jemputan ke Nuffnang Premiere Screening - The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader

Baru je bukak emel pagi tadi.. Nuffnang bagi hadiah lagi!! Kali ni jemputan ke premiere screening - The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader .. Filem kali ini merupakan sekuel ketiga Narnia selepas The Lion, the Witch and the Wardrobe (2005) & Prince Caspian (2008).. Aku dapat pun sebab join contest Nuffnang pasal "My Magical Journey" (refer kat sini)

Butiran lanjut seperti di bawah..

Date : 1 December 2010 (Wednesday)
Time : 9.30pm
Venue : GSC Mid Valley



Kepada sesiapa yang pergi tu bagitau la ek..Boleh kite berkenal-kenalan..Saya budak baru belajar :)

Sinopsis
Untuk peminat "The Chronicles of Narnia", ini adalah satu sekuel yang tidak patut anda lepaskan. Menerusi filem ini, kita kembali kepada keajaiban dunia tercinta garapan C.S Lewis menerusi kapal besar Narnia yang menakjubkan, the Dawn Treader. Edmund dan Lucy Pevensie bersama sepupunya, Eustace dan teman baik diraja mereka King Caspian, tanpa disedari mereka telah disedut kedalam satu lukisan sehingga sampa ke the Dawn Treader. Dalam pengembaraan mereka yang menakjubkan dihalusi pertemuan unik dan takdir, mereka terpaksa menghadapi cabaran diluar batasan imaginasi.- kredit DKDM

Adios..Aku akan ke Langkawi 28 Nov - 1 Dis ni.. Turun flight terus shoot ke opis ready tuk premiere screening..Huhu..Penat tu..See u guys there!! By the way sape yang nak hadiah tiket Narnia 3D boleh klik imej kat bawah ni..


SPM oo SPM .. After 9 Years

Selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada semua calon 2010.. Setelah berhempas pulas mengikuti proses pembelajaran serta ulangkaji, kini tibalah proses penilaian yang akan menentukan ke mana hala tuju anda selepas ini.. Ada yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.. Ada yang tak boleh berpisah dengan famili pilih IPTA je la.. Ada yang dah plan nak buat bisnes.. Terpulang kepada minat sendiri.. Biarlah mendapat restu keluarga dalam apa jua keputusan yang kita lakukan..Ibu bapa pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak..
Kisah 9 tahun dahulu, zaman aku amik SPM.. Aku merupakan salah seorang perintis SMK Seri Pekan, Pekan, Pahang (Sekolah Indera Syahbandar Pahang).. Duk asrama 5 tahun kat sana.. Semua aku kena urus sendiri.. Basuh baju, sidai baju, gosok baju, lipat baju (baju je ke?? semua la skali kan :p) Seronok sebab hari2 jumpe, makan, tido, solat, main bola, mandi ngan kawan-kawan.. Lepak dalam dorm lebih kurang 20 orang.. Macam2 hal time remaje dulu..

Tahun 2001 aku masih lagi aktif sukan dan nyanyian.. So proses pembelajaran waktu itu memang agak terganggu.. Kelas kimia and bio selalu aku skip.. Malas sangat time 2.. Sampai dah dekat SPM pun banyak bende yang aku still tak faham.. Giler punye otai time 2.. Aku serius tak nampak mana aku nak pegi kecuali matrikulasi.. Dan bile SPM menjelma aku all out tuk masuk matriks je.. Hasilnya, dalam kemalasan aku tapi tetap ade kekreatifan dalam menggoreng jawapan esei.. Dapat la 5A je.. Yang aku soronok skali aku lulus kimia and bio dengan cukup-cukup makan.. Kuang3.. Waktu terima slip 2 aku dah dapat jangka subjek Ekonomi Asas (feveret aku nih) dapat A1.. Aku seyes minat ekonomi nie.. Konon2 nak jadi pakar ekonomi negara.. Tapi apakan daya.. Hajat xkesampaian..

Aku akhirnya melanjutkan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dengan mengambil aliran Fizikal.. Di sini memang betul2 mengubah hidup aku apabila dikelilingi best students around Malaysia.. Setakat straight A's berlambak.. Aku rasa diri aku yang 5A ni macam kerdil je.. Aku bertekad dalam diri aku.. "One day i'll beat u guys" Semangat aku melonjak secara tiba-tiba.. Subjek kimia yang aku rase killer 2 aku rasa senang pulak.. Cikgu Wani (my chem lecturer) time 2 mengubah prespektif aku terhadap bidang Chemistry.. Guess wat?? Dari seorang yang x pernah dapat A@B kat sekolah dulu, aku score A in every test and exam.. Hingga kemuncaknya aku hampir dapat 100% in one of the test.. Incredible.. Lecturer aku time 2 memang hebat.. Thanx cikgu :) Waktu matrik aku score 3.94 (1st sem) & 4.00 (2nd sem).. See, aku dah kotakan janji aku waktu 2..

Bile dah kuar result aku pun mula sibuk cari borang UPU.. Aku plan nak amik Chemical Engineering waktu 2..But my parent asked me to take Electrical instead.. Huh, im frustrated coz aku lemah sket fizik ni.. My 1st choice time 2 for sure "UTM....... Sanjungan Bangsa".. 4 tahun aku terpaksa menempuh hari-hari sukar dalam hidup aku.. Dengan minat aku terhadap bidang lain, aku tercari rentak seorang yang bergelar mahasiswa.. Aku kembali aktif nyanyian join choir, nasyid, akustika, band kat UTM.. Wat show je kejenye around JB.. Sampai dah jadi macam artis plak.. Dan bila konvo aku hepi sebab dapat bagi parent aku degree yang dorang nak.. Result aku takde la membanggakan sangat.. Hanya kepujian kelas kedua rendah.. Syukurlah kan ade kepujian maknanya usaha aku lakukan selama 4 tahun terpuji kerana dapat menamatkan program Ijazah.. Hehe..

And now I'm Electrical Engineer in .... I hope one day i can make it to Kru Studios Cyberjaya and then setup my own business.. Kepada adik-adik yang sedang menghadapi SPM atau sedang belajar di IPTA teruskan usaha.. Rancang kehidupan anda dari sekarang,, Rezeki ada di mana-mana.. Yang penting adalah ilmu dan minat..
"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan"
"Nak seribu daya, tak nak sudah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote