Langkawi Mission - Part 2

Entri kali ni sambungan dari Langkawi Mission - Part 1 .. Hari ni kita terjah suasana bengkel dan Kilim Geoforest Park.. Sebab masa terhad, tak sempat nak pegi tempat-tempat bersejarah (Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh).. Maybe next time kalau pegi bercuti kat sini lagi..

Dewan Aquamarine, Hotel Bayview

Peserta bengkel..Ada yang kenal ke?

Sesi perbincangan kumpulan

Cukup la kot 3 gambo bengkel.. Korang mesti boring kan.. Hehe.. Saje la letak kang ingt aku pi sini nak makan angin je.. Tapi alang-alang da sampai kena la berjalan kan.. Penat je datang kalau duk dalam hotel je.. So sempat la tengok keindahan alam kat pulau ni.. Duk KL asyik tengok bangunan tinggi2 je.. Jom kite travel same2 ek..

Ni map die.. Sila pilih destinasi anda..Ikut aku je la senang 

Trip kita akan bermula dari Pekan Kuah..Kita pusing 1 pulau.. Destinasi pertama ialah Kilim Geoforest Park.. Mengembara melihat keindahan sekitar hutan paya bakau di sepanjang Sungai Kilim..

Sebelum tu kita tengok dulu notis ni

Pilih2 nak bot yang mana..Pakej 2 jam@8 org = RM250.. Bat Cave>Fish Farm>Crocodile Cave>Eagle Feeding>Open Sea>Mangrove Sightseeing

Pemandu pelancong anda..hehe

Hah, ni dia pandangan Gua Kelawar dari atas bot.. Sebab takde orang nak turun aku pun malas..Huhu

Teruskan perjalanan menyusuri Sungai Kilim

Menghampiri Fish Farm@Sangkar ikan

Ikan Sumpit..Cara dorang attack makanan di tempat tinggi dengan cara menyumpit air..Video kat sini

Ikan buntal air tawar mempunyai jangka hayat selama 5 tahun sahaja..

Memberanikan diri menyentuh ikan pari..

Restoran atas air :: Hole in the Wall :: Pakej Lunch RM 25/pax (Lokasi filem Gerak Khas The Movie 3)

Gua Mulut Buaya..Menyerah diri nampaknya..

Memasuki Crocodile Cave yang tak brape nak seram..:p

Geng Kelawar sedang beradu..DarkBatman kenal la dorang ni..Hehe

 Salah satu lokasi di Sungai Kilim yang menjadi kunjungan burung helang

Nampak tak burung helang tu menyambar makanan (kulit ayam je pun)

Keliling laut Andaman..Dari sini ke Thailand dalam 20minit kalau naik speedboat..

Pulau Kasut..Mengakhiri entri kali ini..Ikuti sambungan part 3 di sekitar Gunung Mat Cincang & Pantai Cenang..Tamat

Langkawi Mission - Part 1

Bertemu kembali.. Minggu yang busy sebab dah nak akhir tahun.. Last week aku sempat menjelajah Langkawi after 14 years tak jejak ke pulau lagenda tu.. Juga dikenali sebagai Permata Kedah, Langkawi dikelilingi 99 buah pulau di laut Andaman manakala Pekan Kuah merupakan bandar terbesar yang merupakan pusat pentadbiran.. Nama Langkawi bermaksud helang coklat kemerahan.. Helang dipendekkan menjadi 'Lang' dan 'Kawi' pula bermaksud warna coklat kemerahan.

Pagi Ahad ktorg sampai KLIA pukul 10 pagi.. Siap2 nak check in luggage.. 2 orang punya barang + bengkel dah dekat 30kg.. Maklumla jadi urusetia kena bwk macam2.. Masa 2 ramai giler orang.. Mungkin sebab musim cuti sekolah kot.. Aku sebenarnya tak brape gemar naik flight especially MAS sebab bau perfumenya yang menusuk kalbu.. Huhu.. Pening kalau duduk dalam 2 lama-lama..


MH 1438 to Langkawi

Tiket seat belakang 2..Huhu

Snap sebelum Pak Arab duduk

Pulau Pinang 30,000 kaki dari paras laut

Landing time..Almost 12pm

Sambil tunggu luggage..Peta Langkawi

Pekan Kuah dari dalam bilik

Then ktorg check in kat Hotel Bayview kat Pekan Kuah.. Jalan-jalan tengok tempat2 nak beli coklat and souvenir.. Petang sket pi mandi swimming pool (gambo takde k,harap maaf :p).. Malam 2 pas makan lepak tengok game Chelsea.. Habis.. Bersambung dalam part 2..

Review Nuffnang Premiere Screening :: Narnia - The Voyage of The Dawn Treader

Rabu lepas (1 Disember 2010) aku telah dijemput oleh Nuffnang & GSC untuk menonton Premiere Screening : The Chronicles of Narnia - The Voyage of The Dawn Treader.. Peluang keemasan ni bukan datang  selalu..Walaupun baru sampai dari Langkawi (tunggu next entri) aku gagahkan diri nak tengok cerita ni.. Sebab aku dapat tiket 3D!! First time aku tengok filem pakai spek yang rimas stylo 2..


Malam tu aku sampai kat depan GSC dah ramai orang tunggu.. Show malam tu start pukul 8.45pm.. Wakil Eon Bank Group dan Hitz.FM sibuk mempromosikan filem sekuel Narnia.. Ada macam2 games disediakan.. Aku sempat cuba puzzle dan archery.. Dapat la poster 2 ketul.. 



Sebelum masuk hall, dorang kasi spek 3D.. Dekat seat pun dah ready popcorn dan air coke.. Bagus tul dorang ni.. Tengah layan makanan sebelum movie start aku ternampak Darkbatman.. Sempat r aku angkat kening sebab 1st time jumpe..Kan Dark :)


Secara keseluruhannya, filem Narnia yang terbaru ni average saja.. Plot cerita pun agak hambar ditambah dengan klimaks yang agak pendek.. Watak Peter & Susan hanya muncul dalam beberapa scene sahaja.. Fokus cerita adalah mengenai pengembaraan kapal yang bernama Dawn Treader dikemudi Caspian X, King of Narnia untuk mencari "Seven Lost Lords of Narnia".. Watak baru dalam cerita ini adalah Eustace, sepupu adik-beradik Pavensie yang kemudiannya bertukar menjadi dragon membantu Dawn Treader menewaskan kuasa jahat.. Aksi lucu dari Reepicheep (tikus narnia) sekali sekala mencuit hati penonton.. Di akhir cerita, mereka bertemu Aslan yang menghantar mereka pulang ke dunia nyata.. Ikuti pengembaraan filem Narnia dan sebab mereka mencari "Seven Lost Lords of Narnia"..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote