Tutorial : Cara Nak Pasang Subtitle Dalam Windows Media Player | Video Player Alternatif Yang Cool

Tutorial ni mungkin ramai dah tau. Tapi buat yang belum tau aku akan kongsi ngan korang. Windows Media Player ni makin lama aku tengok makin advance. Pada yang suka download movies tu korang mesti terjumpa macam-macam format (.avi.mp4.mkv.vob.3gp.flv dll) Kepada penggemar Windows Media Player, ada masanya video korang dalam format yang pelik-pelik tu tak boleh play.


tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player


Bila movie yang ada subtitle pulak ada yang tak keluar. So macam mana nak buat ye. Jom kita selami kelas tutorial bersama Kafe Que. Download codec di akhir kelas ye.




----------------------------------------------------------------------------------------------


Step 1 : Pastikan nama file movie & subtitle adalah sama dan diletakkan dalam destinasi yang sama


Cth :  Aksi Terlampau Seorang Blogger.avi (file movie)
         Aksi Terlampau Seorang Blogger.srt (file subtitle)


Step 2 : Install DirectVobSub (subtitle filter untuk WMP) Klik sini untuk muat turun software.


Step 3 : Lepas dah siap install korang cuba play movie yang ade subtitle tadi (jgn amik yg xde plak)
 

Step 4 : Bila movie tadi tengah jalan, klik on Play -> Captions and Subtitles -> On if available


tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player


p/s : untuk latest punya Windows Media Player - right click pada skrin > Lyrics, captions & subtitles > On if available


Step 6 : Korang akan nampak subtitle kat bawah movie. Kalau tak keluar korang kena restart movie tadi. Siap..





-----------------------------------------------------------------------------------------------------





Habis tutorial nak pasang subtitle dalam Windows Media Player. Kalau korang tak minat Windows Media Player, boleh guna salah satu video player yang popular kat bawah ni.


1. VLC Media Player 1.1.11

tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player


2. Media Player Classic (MPC Home Cinema)

tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player
3. KMPlayer (.mkv file)

tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player


Untuk melengkapkan proses di atas. Anda boleh download 2 simple codec untuk file movie yang biasa dimuat turun.


  1. klcodec (download)
  2. coreaacsetup (download)

Manchester United 3-1 Chicago Fire | Aksi Pertama De Gea & Phil Jones Bersama United

Bertubi-tubi perlawanan dalam 2 hari ni.. Tak larat aku nak tengok..Huhu.. Selepas Peru menang 4-1 ke atas Venezuela, kali ni giliran Manchetser United pula melakar kemenangan ke-3 dalam pra musim US Tour 2011. Yang menarik pastinya penampilan sulung penjaga gol United, David de Gea dan pertahanan England U-21, Phil Jones. Sir Alex memberi peluang kepada ramai pemain muda untuk bermain di separuh masa pertama.
Man Utd - Rooney (66'), Rafael (76'), Nani (82'), Chicago Fire - Gibbs (13')


Berbatov memperolehi peluang terbaik untuk meletakkan United di depan pada minit ke-5 hasil thru pass Welback. Tapi seakan-akan kehilangan sengat (baru pulih dari ankle injury), rembatannya sekadar tepat kepada penjaga gol Chicago Fire. Minit ke-13 Chicago Fire mengejutkan United menerusi tandukan gol dari Gibbs yang hanya mampu dipandang oleh David de Gea.  Hantaran tinggi dari sepakan percuma itu gagal dikeluarkan oleh 2 pertahanan sasa United ,Smalling & Phil Jones.




Chicago lebih banyak mengasak pada separuh masa pertama ini dengan ramai pemain muda masih cuba mencari rentak dalam perlawanan pemanas badan ini. Obertan juga sesekali melakukan skill menarik untuk memperdaya pertahanan lawan namun gagal menguji penjaga gol Chicago. Minit ke-44 kita dapat menyaksikan reflex saved dari de Gea untuk menidakkan gol kedua Chicago Fire. Terbaik wa cakap lu..

Rombakan di bahagian pertahanan pada awal separuh masa kedua membuka ruang kepada Chicago untuk melakukan serangan dari sebelah kiri mereka. Smalling yang diarahkan untuk mengisi posisi bek kanan gagal menyaingi kelajuan pemain sayap Chicago. Mujurlah gawang United terselamat 2 kali.. Kemasukan Rooney, Giggs, Park, Nani, Anderson berjaya mengatur gerakan dan minit ke-66, Ferdinand melepaskan diri dari kawalan pemain Chicago dan terus menghantar bola tinggi ke arah Rooney yang bijak melambungkan bola untuk gol penyamaan United. Manchester United 1-1 Chicago Fire .


manchester united vs chicago fire video highlights and goals,keputusan perlwanan manchester united vs chicago fire,US tour 2011 pre season match,aksi de gea bersama manchester united,de gea saved manchester united,manchester united vs mls all-stars live,jadual pra musim manchester united 2011,manchester united vs barcelona pre season us tour 2011


Supersub Rafael yang baru seminit (76') menggantikan Smalling melakukan gerak solo hasil one two bersama Nani di sebelah kanan sebelum menyudahkan dari sudut sukar. Menakjubkan aksi samba dari pemain bek kanan United ini meletakkan United mendahului 2-1. 6 minit kemudian Nani pula memperdaya penjaga gol Chicago dengan chip yang cukup sempoi. Ketenangan (composure) yang tidak boleh dibeli di kedai. Keputusan akhir Manchester United 3- 1 Chicago Fire.


United: de Gea; Fabio (Evans 46), Smalling (Rafael 75), Jones (Vidic 75), Evra (Ferdinand 56); Obertan (Nani 56), Carrick (Anderson 46), Cleverley (Giggs 46), Diouf (Park 46); Welbeck (Macheda 56), Berbatov (Rooney 46)
Subs not used: Lindegaard, Amos, Owen, Young



Next Match : Manchester United vs MLS All-Stars , 28 Julai 2011 jam 8.30 am waktu Malaysia

p/s : Dengar kata Beckham & Henry akan turut serta. Yeah3


manchester united vs chicago fire video highlights and goals,keputusan perlwanan manchester united vs chicago fire,US tour 2011 pre season match,aksi de gea bersama manchester united,de gea saved manchester united,manchester united vs mls all-stars live,jadual pra musim manchester united 2011,manchester united vs barcelona pre season us tour 2011
 Klik untuk menonton Live Streaming @ Kafe Que

[Edisi Copa America 2011] Peru 4 - 1 Venezuela | Penentuan Tempat Ketiga & Keempat

Dua gol Guerrero (gambar) pada minit-minit terakhir permainan memusnahkan harapan Venezuela untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Guerrero menjadi wira Peru apabila menjaringkan 3 gol (hat-trick) dalam perlawanan awal pagi tadi. Venezuela pula dipaksa beraksi dengan 10 pemain selama 30 minit selepas Thomas Rincon diarah keluar padang oleh pengadil. Tindakan itu mungkin terlalu tegas jika dilihat pada kekasaran yang dilakukan.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Peru vs Venezuela | 24 Julai 2011
keputusan terkini peru vs venezuela copa america 2011,perlawanan tempat ketiga copa america 2011,jadual perlawanan akhir final copa america 2011,uruguay vs paraguay waktu malaysia,perlawanan akhir copa america 2011,highlights peru vs venezuela,paolo gerrero


Venezuela yang belum pernah tewas dalam kempen kali ini akur kepada kehebatan dan keberkesanan penyerang Peru walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan. Gol pertama Peru dijaringkan oleh Chiroqe pada minit ke - 41 menerusi hantaran leret dari sebelah kanan sebelum mudah menolak masuk.

Trivia : Peru akhirnya mengulangi kejayaan pada tahun 1983 untuk meraih tempat ketiga dalam kempen Copa America 2011


Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 & Ke-4 | Peru vs Venezuela




Guerrero pula melebarkan jurang kepada 2 gol menerusi rembatan deras di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Venezuela pada minit ke-63. Semangat kental Venezuela yang pernah bangkit dari ketinggalan 1-3 kepada Paraguay dalam peringkat kumpulan masih boleh disaksikan dalam aksi pagi tadi. Akhirnya pada minit ke-77, Arango menjaringkan 1 gol cantik bermula dari lorongan bijak dari bahagian tengah sebelum menyudahkan dengan teknik yang sukar.

Keghairahan mencari gol penyamaan, Venezuela terperangkap dengan counter atttack Peru dan Guerero menambah 2 lagi gol pada minit ke-89 & 90 untuk memastikan Peru sebagai pasukan ketiga terbaik dalam edisi Copa America 2011.


Trivia : Tempat ke-4 merupakan pencapaian terbaik Venezuela sepanjang menyertai Copa America


 Final Copa America 2011 | Uruguay vs Paraguay | 25 Julai 2011 3.00 am waktu Malaysia

keputusan terkini peru vs venezuela copa america 2011,perlawanan tempat ketiga copa america 2011,jadual perlawanan akhir final copa america 2011,uruguay vs paraguay waktu malaysia,perlawanan akhir copa america 2011,highlights peru vs venezuela,paolo gerrero


Esok merupakan kemuncak kepada edisi Copa America 2011. Uruguay (semifinalist World Cup 2010) dan Paraguay (quarterfinalist World Cup 2010) akan membuat perhitungan pasukan manakah yang layak memegang gelaran jaguh bola sepak Amerika Selatan. Kedua pasukan mempunyai penjaga gol yang cekap dan berwibawa. Santa Cruz dan Luis Suarez bakal membuktikan siapa lebih handal di depan gol.


Saksikan perlawanan terhebat bulan ini

Uruguay vs Paraguay [25 Julai 2011] jam 3.00 am waktu Malaysia.

Live @ Astro Superspot 811 @ HD 831


Live streaming @ Kafe Que Skrin Laptop/PC Anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote