[Video] Bila Johan Raja Lawak Cuba Nak Jadi Gangster

Hehe..Lepas balik keje tadi aku sempat bukak Youtube. Dah lama tak tengok Johan. Search "Edisi Khas" kuar la video-video dorang ni. Aduii.. Pecah perut aku kalau dengar Johan ni cakap. Ayat tunggang langgang. Perkataan merapu2. Kalau ujian lisan kat sekolah harus kene repeat banyak kali sebab failed!! Jom layan sedutan segmen Edisi Khas yang disiarkan setiap hari Selasa jam 10 malam @ TV3.





Johan ni kalau bab tiru gaya orang memang hebat. Bakat die semulajadi. Seronok bila kita ada pelakon komedi macam dorang ni. Kreatif giler. Esok aku akan ke Kelantan (negeri kelahiranku). Tapi aku tak reti pun kecek Kelate. Juz tau makan budu jek. Teruskan menyokong Johan Raja Lawak!! Johan lu memang otai la..

Tiket Malaysia vs Singapura | 2nd leg Kelayakan Piala Dunia 2014

Tinggal 3 hari lagi pasukan Malaysia akan menentukan nasib mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Setelah menerima tamparan hebat di Stadium Jalan Besar malam Sabtu lepas, kini misi pasukan Harimau Malaya hanya tinggal 1.. 'Menang dengan kelebihan 2 gol atau lebih'. Peluang masih belum berakhir buat kem negara walaupun tewas 3-5 kerana 3 gol ditempat lawan akan membantu sekiranya percaturan taktik serta pemilihan pemain yang tepat di Stadium Bukit Jalil nanti.

Perlawanan Kedua Malaysia vs Singapura | 28 Julai 2011
8.45pm @ Stadium Nasional Bukit Jalil

tiket perlawanan malaysia vs singapura 28 julai 2011,tiket online malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,formasi malaysia vs singapura,keputusan malaysia vs singapura 28 julai 2011,malaysia vs singapuran bukit jalil stadium,pasukan malaysia harimau malaya


Tiket-tiket akan mula dijual seawal jam 9 pagi esok (26 Julai 2011) hingga hari perlawanan di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Harga Tiket :   RM 50 - Grand stand
                        RM 30 - Terbuka
                        RM 5 - kanak-kanak bawah 12 tahun


Kepada mereka yang nak tempah tiket secara online bolehlah layari www.tickethotline.com.my


Penjualan dan penebusan tiket dibeli secara online boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Trivia : Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.


Marilah sama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya untuk membuat comeback di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiada yang lebih penting dari sorakan serta semangat daripada peminat sukan bola sepak tanah air. Jangan kita mudah menuding jari atas kesilapan pemain atau jurulatih. Mereka sudah mencuba sehabis baik, namun mungkin nasib tidak menyebelahi kita.

tiket perlawanan malaysia vs singapura 28 julai 2011,tiket online malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,formasi malaysia vs singapura,keputusan malaysia vs singapura 28 julai 2011,malaysia vs singapuran bukit jalil stadium,pasukan malaysia harimau malaya
 Kena main 4-4-2 nampaknya untuk cari 2 gol awal


Buat Datuk K. Rajagobal, rombakan di bahagian pertahanan perlu dilakukan segera. Sama ada perlu panggil S.Subramaniam sebagai emergency backup (yang beraksi cemerlang ketika Harimau Muda kalah bermaruah kepada Chelsea) atau tidak terletak pada keputusan Datuk. Kehilangan kapten, Safiq Rahim yang digantung perlawanan perlu digantikan dengan pemain berpengalaman supaya dapat mengawal bahagian tengah pasukan Malaysia.

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Akhir Uruguay vs Paraguay | Rekod Juara 15 kali

Uruguay menjadi raja bola sepak Amerika Selatan setelah muncul juara Copa America 2011 dengan rekod 15 kali. Pasukan itu menewaskan Paraguay 3-0 dalam perlawanan penutup tirai awal pagi tadi. Gol Luis Suarez (12') dan Diego Forlan (41' & 89') membantu Uruguay mencatatkan kemenangan selesa dan menguasai keseluruhan permainan.

Keputusan Terkini Final Copa America 2011 | Uruguay vs Paraguay | 25 Julai 2011




Paraguay yang melayakkan diri ke pusingan akhir dengan 2 penentuan sepakan penalti tidak bernasib baik kali ini. Uruguay mengasak seawal minit pertama dan hampir mendahului namun pertahanan Paraguay berjaya menyelamatkan bola dari melepasi garisan gol.

 Uruguay Juara Copa America kali ke-15

keputusan terkini perlawanan akhir final copa america 2011 uruguay vs paraguay,final copa america 2011 uruguay vs paraguay astro,highlights gol perlawanan uruguay vs paraguay,juara copa america 2011,gol luis suarez dan forlan final copa america 2011,rekod juara 15 kali copa america,copa america 2011 awards,penjaring terbanyak copa america 2011,pemain terbaik kejohanan copa america 2011,keputusan penuh copa america 2011
 kredit : soccernet


Gol Luis Suarez hadir pada minit ke 12 dengan menyudahkan hantaran cantik dengan rembatan kaki kiri. Luis Surez sekali lagi memberi tekanan kepada pertahanan Paraguay dengan skill kawalan bola menarik dan hampir menambah jaringan 13 minit kemudian. Tetapi bola hanya menyinggah di tepi jaring gol. Kelekaan benteng Paraguay akhirnya dihukum kali ini oleh Diego Forlan yang ketandusan gol dalam kempen Copa America 2011. Beliau yang mendapat lorongan bola dari tengah kawasan Paraguay menewaskan Justo Villar untuk gol kedua Uruguay sebelum separuh masa pertama.


 Mantap.. Suarez dan Forlan mengganas ketika menentang Paraguay


Kebangkitan Paraguay pada separuh masa kedua berjaya dihalang oleh ketangkasan penjaga gol Uruguay, Muslera. Pada minit ke-89 Luis Suarez berganding dengan Diego Forlan untuk gol ketiga Uruguay dan menutup peluang Paraguay untuk bangkit. Keputusan penuh perlawanan, Uruguay 3 - 0 Paraguay. 


Trivia : Gol kedua Forlan menyamai rekod Hector Scarone sebagai penjaring terbanyak Uruguay dengan 31 gol


Awards


Kedudukan Akhir Copa America 2011

keputusan terkini perlawanan akhir final copa america 2011 uruguay vs paraguay,final copa america 2011 uruguay vs paraguay astro,highlights gol perlawanan uruguay vs paraguay,juara copa america 2011,gol luis suarez dan forlan final copa america 2011,rekod juara 15 kali copa america,copa america 2011 awards,penjaring terbanyak copa america 2011,pemain terbaik kejohanan copa america 2011,keputusan penuh copa america 2011
kredit info : wiki


Berakhirlah sudah Edisi Copa America 2011. Terima kasih kepada semua yang telah bersama Kafe Que sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semoga bertemu lagi di lain waktu. Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote