Langkawi Mission - Part 1

Bertemu kembali.. Minggu yang busy sebab dah nak akhir tahun.. Last week aku sempat menjelajah Langkawi after 14 years tak jejak ke pulau lagenda tu.. Juga dikenali sebagai Permata Kedah, Langkawi dikelilingi 99 buah pulau di laut Andaman manakala Pekan Kuah merupakan bandar terbesar yang merupakan pusat pentadbiran.. Nama Langkawi bermaksud helang coklat kemerahan.. Helang dipendekkan menjadi 'Lang' dan 'Kawi' pula bermaksud warna coklat kemerahan.

Pagi Ahad ktorg sampai KLIA pukul 10 pagi.. Siap2 nak check in luggage.. 2 orang punya barang + bengkel dah dekat 30kg.. Maklumla jadi urusetia kena bwk macam2.. Masa 2 ramai giler orang.. Mungkin sebab musim cuti sekolah kot.. Aku sebenarnya tak brape gemar naik flight especially MAS sebab bau perfumenya yang menusuk kalbu.. Huhu.. Pening kalau duduk dalam 2 lama-lama..


MH 1438 to Langkawi

Tiket seat belakang 2..Huhu

Snap sebelum Pak Arab duduk

Pulau Pinang 30,000 kaki dari paras laut

Landing time..Almost 12pm

Sambil tunggu luggage..Peta Langkawi

Pekan Kuah dari dalam bilik

Then ktorg check in kat Hotel Bayview kat Pekan Kuah.. Jalan-jalan tengok tempat2 nak beli coklat and souvenir.. Petang sket pi mandi swimming pool (gambo takde k,harap maaf :p).. Malam 2 pas makan lepak tengok game Chelsea.. Habis.. Bersambung dalam part 2..

Review Nuffnang Premiere Screening :: Narnia - The Voyage of The Dawn Treader

Rabu lepas (1 Disember 2010) aku telah dijemput oleh Nuffnang & GSC untuk menonton Premiere Screening : The Chronicles of Narnia - The Voyage of The Dawn Treader.. Peluang keemasan ni bukan datang  selalu..Walaupun baru sampai dari Langkawi (tunggu next entri) aku gagahkan diri nak tengok cerita ni.. Sebab aku dapat tiket 3D!! First time aku tengok filem pakai spek yang rimas stylo 2..


Malam tu aku sampai kat depan GSC dah ramai orang tunggu.. Show malam tu start pukul 8.45pm.. Wakil Eon Bank Group dan Hitz.FM sibuk mempromosikan filem sekuel Narnia.. Ada macam2 games disediakan.. Aku sempat cuba puzzle dan archery.. Dapat la poster 2 ketul.. 



Sebelum masuk hall, dorang kasi spek 3D.. Dekat seat pun dah ready popcorn dan air coke.. Bagus tul dorang ni.. Tengah layan makanan sebelum movie start aku ternampak Darkbatman.. Sempat r aku angkat kening sebab 1st time jumpe..Kan Dark :)


Secara keseluruhannya, filem Narnia yang terbaru ni average saja.. Plot cerita pun agak hambar ditambah dengan klimaks yang agak pendek.. Watak Peter & Susan hanya muncul dalam beberapa scene sahaja.. Fokus cerita adalah mengenai pengembaraan kapal yang bernama Dawn Treader dikemudi Caspian X, King of Narnia untuk mencari "Seven Lost Lords of Narnia".. Watak baru dalam cerita ini adalah Eustace, sepupu adik-beradik Pavensie yang kemudiannya bertukar menjadi dragon membantu Dawn Treader menewaskan kuasa jahat.. Aksi lucu dari Reepicheep (tikus narnia) sekali sekala mencuit hati penonton.. Di akhir cerita, mereka bertemu Aslan yang menghantar mereka pulang ke dunia nyata.. Ikuti pengembaraan filem Narnia dan sebab mereka mencari "Seven Lost Lords of Narnia"..

Terbang ke Langkawi

Untuk entri kali ini aku masukkan di bawah topik workstation yang akan mengumpulkan semua kisah pasal kerja aku kat opis.. Aku seorang lulusan Kejuruteraan Elektrik yang buat kerja ICT especially design & maintaining websites (ade la beberapa je setakat ni) , uruskan peranti & softwares ICT pejabat ( PC, Laptop, Projektor), menten sistem aplikasi pejabat, kerja amal grafik & multimedia (slide presentation, montage, poster) dan urusan seri paduka baginda dari masa ke semasa (SYMP)..Nak kata pengalaman pasal ICT ni memang zero.. Alhamdulillah, bila aku ditempatkan kat sini aku dapat kenal Joomla, Photoshop, PHP dll.




Aku akan ke Pulau Langkawi selama 4 hari (28 Nov - 1 Dis) disebabkan urusan rasmi.. Hotel Bayview menjadi lokasi penginapan aku bersama rakan-rakan sepejabat.. Aku rasa ada la dalam 14 tahun tak jejak kaki kat pulau tu.. Lama giler kan.. Dan aku terpaksa naik kapal terbang yang aku tak suka.. Tapi sebab dalam sejam sampai aku tahan je la dalam penerbangan tu. Nak drive leceh kena tinggal kereta kat jeti pulak.. Tambahan pulak, aku bawak banyak barang.. Senang terus ke Langkawi International Airport.. Nanti aku akan share cerita menarik dari sana untuk pembaca sekalian.. Terus setia  bersama Kafe Que..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote