Terima Kasih | Ucapan Ringkas Tapi Penuh Makna

Seperti ada pihak pengurusan atasan membaca luahan isi hati aku terdahulu (perasan tol la).. Besenye doa orang yang dianiaya ni dimakbulkan.. Heheh.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan JUTAAN terima kasih kerana merombak struktur unit baru.. Kini aku boleh  fokus lebih kepada kerjaya aku sebagai perunding ICT serta kerja2 yg melibatkan penghasilan karya kreatif.. Thanx a lot.. Minggu ni aku sangat bz sbb dapat job baru berprofil tinggi.. Ade gak orang percaya pada bakat kurniaan Allah yang xseberapa ni..


Gambar : Google


Topik kali ni akan fokus kepada ucapan "Terima kasih" atau "Thanks You" .. 2 patah perkataan je pun.. Tapi still ada orang yang susah nak sebut.. Tapi bila mencarut, Fark U-Turn, Demm, Bab1, Bulldog, Sheet sume kuar. Ringan je mulut.. Siap ade yang wat lagu lagi (bile ref bias dalam PES2011).. Kes ni selalu terjadi bile kite mintak tolong, diulangi mintak tolong. Tolong ni terpulang pada individu tu la..Kalau nak tolong kira bagus, kalau tak dapat tolong xkan nak paksa plak.. Yang jadi masalahnye bila ade orang yang tak reti nak cakap terima kasih bila orang dah susah2 tolong wat kerja dia. Dah la bukan kerja hakiki. Sebab ade kuasa die bole suruh orang lain wat..Bile lawan die cakap "I'm Your Boss".. Terima kasih sebab wat taik kat aku. Sekarang aku lancar perang dgn team korang..


Gambar : Google


Bila dah jadi camtu aku pun da malas nak amik tau pasal orang camni. Aku macam bese r, tak nak demand hadiah Laptop Dell Vostro Pengarah, tak perlu gak bagi Projektor NEC sebijik sebab usaha aku 2.. At least bagi la kredit orang dah susah payah collect data untuk korang. Last2 dah dapat ko wat tak tau jek. Bile bende tak cukup pandai plak ko datang cari aku. Kenapa?? Dah takde kambing hitam dah ke nak suh jadi kuli?? Jangan salah guna kuasa beb.. Pangkat 2 sementara je.. Ade master ingat dah hebat sangat ke?? Dah cakap "Terima kasih" pada yang beri peluang belajar dan tanggung semua perbelanjaan buat master tu?? Aku ni hanya pekerja picisan.. Hanya mampu menulis blog..




Hayati lirik lagu ini



Ok dah2 pasal sejarah kerja aku dahulu.. Sekarang aku di bawah pentadbiran baru yang xde nak tunjuk hebat. Jelas hala tuju. Kalau sebelum ni struktur lama suke sangat amik kerja orang sebab nak show off kat boss besar yang die mampu buat.. Last2 yang jadi mangsa anak buah gak.. Nak capai KPI supaya senang nak dapat Anugerah Cemerlang kekdahnya. Penghargaan kadang2 perlu supaya orang 2 rasa semangat untuk wat lebih baik.. Kalau orang lain boleh hargai aku, kenapa kau xleh?? Welcome my new leader. Aku akan berkhidmat selagi aku diperlukan.. Mungkin tahun ni tahun terakhir aku di bahagian.. Banyak yang aku dah belajar especially dlm dunia IT.. Thanx pada semua yang banyak membantu.


Gambar : Google


Terima kasih boleh diucapkan melalui pelbagai cara. Ucapan lisan paling mudah.. Juga boleh disampaikan melalui sms, laman sosial, emel. Dalam keadaan tertentu boleh disampaikan melalui isyarat contohnya di atas jalan. Ketika sesebuah kenderaan memberi anda laluan. Bolehlah angkat tangan (bukan kena bayar pun). Ataupun waktu malam orang akan kasi high beam. Mudahkan.. Ucaplah terima kasih kerana kita perlu menghargai budi dan jasa baik seseorang. Terutamanya ibu bapa dan guru anda. Tanpa mereka anda tidak akan berada pada kedudukan sekarang. Jangan sombong dan riak.. Suatu hari nanti orang yang digelar pekerja picisan ni gak yang ko nak harapkan.. Wat sahabat2 aku, terima atas sokongan yang diberikan..



Gol Cantik Rooney Selamatkan Manchester United

Pertembungan sengit dua musuh tradisi menjadi perbualan hangat sepanjang minggu, Manchester United dan Manchester City. Sebagai pendahulu liga United ingin menjarakkan kedudukan dari pencabar terdekat. Namun misi City untuk menakluk liga harus bermula dengan kejayaan membenam jiran mereka itu. Setelah berbelanja besar dalam musim perpindahan awal & pertengahan musim pastinya pemilik kelab mengharapkan sesuatu peningkatan musim ini. Hasilnya mereka telah membuktikannya dengan mencabar dominasi Arsenal-Chelsea-Manchester United. Apa yang masih kurang ialah pengalaman pada saat genting yang membezakan pemenang malam tadi.


Manchester derby


Manchester City melakukan permulaan yang baik dan hampir menghukum pertahanan United yang kehilangan Ferdinand ekoran kecederaan yang dialami minggu lepas. Namun percubaan David Silva tersasar dari pintu gol tuan rumah. United yang menggunakan taktik 4-5-1 nyata gagal menyaingi corak permainan City yang mudah mengawal permainan di bahagin tengah. Namun pujian tinggi haru diberikan kepada Chris Smalling yang mengawal ketat penjaring terbanyak City, Carlos Tevez. Walaupun ramai yang meragui kemampuan pertahanan muda England ini, kepercayaan dan pendedahan harus diberikan tatkala United kekurangan pemain berpengalaman.


Pertahanan harapan United


Rooney yang menjadi penyerang tunggal United dilihat gagal mengetuai jentera serangan apabila dikawal ketat Kompany dan Lescott. Faktor ketinggian menjadi penghalang dengan United dilihat gemar melakukan hantaran jauh serta lintang yang tidak memihak kepada Rooney. Nani pula sering mengikut nafsu dengan melakukan percubaan terus sedangkan ada pilihan yang lebih baik dan mudah. Kemahiran membuat keputusan tepat pada waktunya membezakan Messi dengan ramai pemain yang mempunyai skill yang tinggi. Namun nasib menyebelahi United setelah Giggs melorongkan bola dan kawalan yang menarik oleh Nani yang akhirnya menyudahkan peluang terbuka untuk gol pendahuluan United.


Sepakan gunting @ Bicycle kick


Separuh masa kedua menyaksikan kemasukan Wright Phillips dan Edin Dzeko untuk memperkemaskn jentera serangan City. Dan gol penyamaan hadir apabila hantaran lintang Wright Phillips disambut Dzeko dan dibantu dengan lantunan David Silva membiarkan Van Der Sar terpaku. United membalas dengan memasukan Berbatov untuk mencari gol kemenangan. Rooney kini lebih bebas bergerak untuk mencari ruang dan pada minit ke 77 hantaran silang Nani terkena badan Zabaleta dan Rooney dengan teknik sukar melakukan sepakan gunting seterusnya menghasil gol yang cantik. Gol!! United mendahului 2-1. City yang tertekan melakukan asakan namun benteng United unggul mengawal keadaan. Rooney akan mendapat perhatian media dengan gol yang bakal dicalonkan sebagai gol terbaik musim ini.




Sedutan Perlawanan Derby United vs City


Baki perlawanan United, 7 daripadanya di tempat lawan bakal menentukan siapa juara liga musim 2010/11.. Chelsea, Liverpool dan Arsenal masih menanti kunjungan United. Sekiranya halangan ini dapat diatasi, United akan menjadi pemegang rekod 19 kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Jarak United dan City menjadi 8 mata dengan United mempunyai kelebihan 1 perlawanan.


Chelsea vs Liverpool Match In 3D ?? | Manchester United Rebah

Perlawanan menarik pada malam ini selepas keputusan mengejutkan semalam. Arsenal mensiakan peluang apabila membenarkan Newcastle mencuri 1 mata. Leading 4-0 tapi sebaik sahaja Diaby dibuang padang, Newcastle menjaringkan 4 gol untuk mengecewakan anak buah Arsene Wenger. Manchester United pula tewas sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah 29 perlawanan dalam liga!! Paling mengharukan dengan pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers 1-2.. 



Chelsea vs Liverpool , Stamford Bridge, 6 Feb 2011, 1155pm
Live on Astro HD 831 & Astro 3D 830


Torres bakal gegar benteng Liverpool..

Torres akan turun menentang pasukan lama beliau malam ini. Mengikut kenyataan terbaru, sekiranya beliau menjaringkan gol, beliau tidak akan celebrate utk menghormati penyongkong Liverpool. Luiz Suarez pula yang berhijrah ke Liverpool akan menjadi tonggak utama pada malam ini untuk mengubah nasib pasukan barunya. Permulaan cemerlang dalam perlawanan lepas apabila menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya bakal menguji barisan pertahanan Chelsea yang diperkuatkan dengan kehadiran bek Benfica, David Luiz.


Suarez mahu kejutkan Chelsea


Chelsea memerlukan kemenangan untuk merapatkan kedudukan dengan Arsenal dan Manchester United masing2 gagal mengutip mata penuh. Saksikan perlawanan hebat dalam 3D di Astro 830 malam ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote