Siapa yang tak kenal Jack Black ni.. Pelakon komedi yang sengal dan tak kering ngan idea yang tak masuk akal.. Aku minat ngan Jack Black selepas tengok aksi die dalam filem "Tenacious D in The Pick Of The Destiny" [2006]..
Poster filem terbaru "Gulliver's Travels" menarik minat aku untuk menonton aksi Jack Black kali ini. Sempena Tahun Baru 2011, aku gi tengok wayang pada 1.1.11. Dari awal sampai habis cerita memang aku xleh tahan nak gelak..Haha..Lawak sangat tahap cipan..
Filem ini berdasarkan cerita dongeng dulu kala yang mengisahkan pengembaraan Gulliver yang akhirnya terperangkap di sebuah pulau orang kenit. Gulliver seorang despatch di syarikat New York Newspaper yang jatuh hati kepada seorang editor pengembaraan bernama Darcy.. Usaha beliau untuk menarik perhatian Darcy akhirnya membawa Gulliver ke Segitiga Bermuda.. Perjalanan yang bosan tiba-tiba bertukar menjadi tragedi apabila kapal yang dinaikinya dipukul ombak kuat.. Apabila tersedar, Gulliver telah ditawan oleh sekumpulan askar kenit di pulau Liliput.
Di sinilah bermula pelbagai adegan lucu dan gelagat Jack Black menangani telatah makhluk kenit yang menganggap beliau seorang gergasi.. Gulliver dijadikan kuli untuk membantu pembangunan Liluput.. Musuh ketat mereka Blefuscia yang cuba menculik puteri Liliput dan Gulliver berjaya menyelamatkan keadaan dan seterusnya berjaya mendapat kepercayaan Raja yang memberi pangkat general kepadanya untuk mengetuai askar Liliput menentang serangan musuh.
Tidak dilupakan telatah Gulliver menipu penduduk Liliput apabila mereka menonton teater sejarah kehidupan beliau dalam watak Star Wars, Titanic, Avatar yang menunjukkan seolah-olah beliau terlibat dalam semua cerita..Hehe.. Beliau juga menyamar sebagai Presiden US dan tinggal di White House.. Penghujung cerita Gulliver mendamaikan negara Liliput & Blefuscia dan berjaya menawan hati Darcy.. Tak rugi tengok cerita ni..Sangat lucu dan selamba dengan olahan tersendiri dari sentuhan pengarah yang sebati dengan Jack Black.
Kepada semua peminat Jack Black jangan lupa saksikan "Gulliver's Travels" di pawagam berdekatan..
No comments:
Post a Comment