Bila pulak si Rooney dan Drogba jadi kawan baik ? | Manchester United vs Chelsea 18 September 2011

Aik sejak bila pulak Rooney dan Drogba jadi kawan baik? Sorang team Manchester United, sorang lagi team Chelsea. Sejak berpindah ke EPL, Drogba dan Rooney sentiasa bersaing menjadi penyerang terbaik di England. Drogba dengan kelebihan fizikal yang keras dan penyudah berbisa sama ada melalui rembatan ataupun tandukan. Rooney pula dengan kehebatan mengatur gerak serta banyak bergerak dari bahagian tengah. Kedua-dua mereka telah beraksi selama 8 musim di kelab masing-masing.



kredit : google


Rooney telah menjaringkan 152 gol untuk United dalam semua pertandingan manakala Drogba tidak jauh di belakang dengan 144 gol setakat ini. Dari segi usia Rooney (25 thn) jauh lebih muda berbanding Drogba (33 thn). Dalam penampilan antarabangsa pula, Drogba jelas lebih menonjol dengan rekod 75 penampilan dan 50 gol manakala Rooney hanya mampu menjaringkan 28 gol dari 72 penampilan.



Jadi apesal tiba-tiba nak compare ni? Sebenarnya aku dah tengok Telemovie bertajuk "Rooney & Drogba" karya Bade Hj. Azmi untuk Astro Prima. Ceritanya lebih kurang begini. Johan dan Zizan adalah dua orang sahabat baik yang sangat meminati EPL sejak di bangku sekolah lagi. Mereka bercadang untuk melihat perlawanan siaran langsung antara Manchester United dan Chelsea di England pada suatu hari nanti. Johan meminati Drogba manakala Zizan pula minat Rooney. Jom saksikan gelagat mereka nak kumpul duit.






Wallazi3, kurma3, muslimin dan ijlis antara bahasa yang kelakar dorang pakai. Memang boleh jual la budak 2 orang ni punya cerita. Dialog sangat fresh ;) Selamat menonton.

Download link

Part 1 (329.9MB)
Part 2 (375.1MB)



kredit : google


Siaran langsung perlawanan

Manchester United vs Chelsea 

Ahad, 18 September 2011, 11.00 pm


Astro Supersport 3 (817) , HD (831), 3D (830)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote