Gol dari Berbatov, Owen dan Valencia membantu Manchester United melangkah ke suku akhir Piala Carling 2011/2012. Setelah kecewa dengan kekalahan besar 1-6 kepada jiran tetangga Ahad lalu, Sir Alex melakukan 11 pertukaran menentang kelab divisyen 3 (League Two) England awal pagi tadi. Kemenangan 3-0 sedikit sebanyak menggembirakan peminat United melihat pasukan mereka kembali pada landasan yang sebenar.
Apa yang menarik perhatian ialah kemunculan Tom Cleverley setelah terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan di Stadium Reebok. Kehilangan beliau di bahagian tengah nyata memberi kesan terhadap pertahanan yang longgar dan kurangnya kreativiti dalam perlawanan sebelum-sebelum ini.
Peningkatan mendadak Cleverley juga menjadi punca mengapa Sir Alex Ferguson tidak mahu membeli pemain tengah yang handal seperti Wesley Sneijder. Peluang selama 60 minit yang diberi dimanfaatkan Cleverley untuk menyakinkan pengurusnya bahawa beliau mampu meneraju bahagian tengah Manchester United semula. Cleverley terlibat dalam gerakan cantik untuk gol pertama United apabila melakukan one-two bersama Park Ji Sung sebelum menolak kepada Berbatov yang mudah menewaskan penjaga gol Aldershot.
Video Highlights | Aldershot vs Manchester United | 4th Round Carling Cup 2011/2012
Berbatov (15'), Owen (41') Valencia (48')
Berbatov kemudiannya menggunakan skillnya mengawal dan melorongkan bola kepada Owen untuk gol kedua United. Ketiadaan pemain berpengalaman seperti Berbatov, Park dan Vidic amat dirasai sewaktu menentang Manchester City.
"Undian Suku Akhir Pada Sabtu Ini "
Valencia kemudiannya menambah gol ketiga seawal minit ke-3 separuh masa kedua dengan rembatan padu hasil lorongan Cleverley. Keseluruhannya pasukan United yang bertukar wajah ini lebih berdisiplin ketika bertahan tidak seperti pasukan utama yang teruk dibelasah City. Mungkin Aldershot bukan pencabar setanding dengan United tapi konsep bertahan itu masih sama.
Keputusan lain :
Arsenal 2-1 Bolton
Cardiff 1-0 Burnley
Crystal Palace 2-0 Southampton
Everton 1- 2 Chelsea
Wolverhampton 2-5 Manchester City
Stoke City 1-2 Liverpool
Blackburn 4-3 Newcastle
Klik sini untuk lihat jadual esok pagi.
Keputusan lain :
Arsenal 2-1 Bolton
Cardiff 1-0 Burnley
Crystal Palace 2-0 Southampton
Everton 1- 2 Chelsea
Wolverhampton 2-5 Manchester City
Stoke City 1-2 Liverpool
Blackburn 4-3 Newcastle
Klik sini untuk lihat jadual esok pagi.
No comments:
Post a Comment