Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Kenapa Orang Suka Mengumpat Dari Berzikir | Dosa Yang Tidak Diampunkan Allah

Salam 7 Ramadhan kepada semua pembaca Kafe Que. Tak sangka dah seminggu kita berpuasa kan. Semoga berterusan hingga kita meraikan hari kemenangan. Bulan puasa ni jangan kita lupa menambahkan amalan-amalan sunat. Pahalanya berlipat ganda dari bulan-bulan yang lain. Pernah tak kita muhasabah diri sebelum tidur tentang percakapan kita seharian? Hmm, kadang-kadang kita terlepas cakap tentang peribadi dan keburukan orang lain. Betul tak? Astaghfirullah. Mengumpat namanya tu.



dosa mengumpat,kelebihan berzikir,dosa yang tidak diampunkan allah,koleksi zikir harian,kenapa orang suka mengumpat,cara berzikir
kredit : google


Mengumpat dan fitnah merupakan 2 perkara yang berbeza. Pengertian mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang walaupun ianya benar manakala maksud memfitnah pula adalah menceritakan keburukan seseorang padahal ianya tidak benar atau bohong. Jadi kenapa orang suka mengumpat ni?



Menurut Imam al-Ghazali, ada 6 sebab seseorang itu suka mengumpat, iaitu:



1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.

  • sebab itu Islam melatih kita bersabar di dalam bulan puasa. Jika kita rasa marah, berwuduklah nescaya api kemarahan itu akan surut.


2. Suka mendengar dan mengikut perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.

  • jika ditempat kerja biasanya akan ada beberapa kumpulan yang gemar bergosip. Tak kesah la pasal ape. Bos ke, artis ke. Kalau kita tak join rase macam sunyi sepi hari tu. 
  • "Apasal hari ni aku rasa baik sgt?? Owh patutla aku belum ngumpat orang lagi"


3. Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.

  • Kalau nak cari jalan pintas nak promote diri, inilah caranya. Kita rasa diri kita bagus sangat. Jumpe bos kita bukak cerita pasal 'teman seperjuangan' yang kita rasa mampu menggugat jawatan yang kita nak sangat 2. 
  • "Apalah si Ali (bukan nama sebenar) tu. Buat bende simple ni pun susah. Mengular je tau. Kalau bos kasi saya task ni saya akan wat bla3....."








4. Disebabkan dengki, dia berasa iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.

  • Kita memang selalu dengki dengan pencapaian orang lain. Kalau kita berusaha lebih kuat untuk perbaiki diri takpe la jugak. Ini kita reka cerita bukan2 pasal orang tu pulak.
  • "Ek eleh, si Jamal (bukan nama sebenar lagi) tu selalu bodek bos.. Sebab tu dia dapat jawatan senior Engineer"


5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kelemahan dan kecacatan orang lain.

  • Yang ni biasa kita buat. Kita ingat sekadar nak melawak je. Padahal dah jatuh mengumpat gak. Insaf2


6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain

  • Bila rasa riak dan takbur menguasai diri kita akan mula membandingkan kehebatan kita dengan orang lain. Secara tak langsung kita dah pun mengumpat empunya diri.





Dosa orang yang mengumpat


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.


Nah. Nak mengumpat lagi? Kalau dosa kita dengan Allah masih boleh minta ampun dengan taubat nasuha. MasyaAllah..



Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" 


(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad )





Sabda Rasulullah S. A. W ,

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" 

(Hadis riwayat Abu Daud)




Takut rasa bila baca hadis-hadis di atas. Minta ampun balik kepada siapa yang kita dah umpat sebelum ni sama ada sengaja atau tidak. Sempena bulan Ramadhan ni aku nak ajak korang sama-sama berzikir di waktu lapang. Tok sah la duk berkumpul dengan kawan-kawan semata nak bergosip bagai. Bukan tak boleh berborak langsung. Cuma kena berhati dalam segala percakapan kita. Insyaallah kita akan selamat dunia akhirat.



Berzikir lah kerana dengan berzikir itu akan mendekatkan diri kita kepada Allah



Nak tau kelebihan berzikir dari sudut sains?? Rujuk kat sini



Kelebihan berzikir

1. Mengusir syaitan dan melemahkan kekuatan syaitan

2. Menyebabkan Allah redha

3. Menghilangkan perasaan cemas dan kebimbangan

4. Merasa kesenangan dan kebahagiaan dalam hati

5. Menguatkan anggota badan dan fikiran

6. Mencerahkan mata dan hati

7. Membuka pintu rezeki

8. Menghidupkan hati

9. Melindungi dari perangkap dan penyelewengan

10. Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan para Malaikat

11. Membantu kepada semua bentuk ibadah yang lain



Sumber : myTaubat


Zikir harian

dosa mengumpat,kelebihan berzikir,dosa yang tidak diampunkan allah,koleksi zikir harian,kenapa orang suka mengumpat,cara berzikir
sumber : pakcikli00

Kelebihan Bersahur di bulan Ramadhan | Segerakan waktu berbuka

Salam 4 Ramadhan kepada semua. Topik hari ni mungkin ramai dah tau. Yang dah tau mungkin lupa atau ada yang jarang amalkan. Bersahur adalah salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan dan tidak sepatutnya ditinggalkan oleh setiap muslim kerana amalan ini mengandungi banyak kebaikan.

kelebihan bersahur di bulan ramadhan,bersahur di bulan puasa,segerakan waktu berbuka puasa,melambatkan waktu bersahur,amalan sunat di bulan ramadhan,kejut sahur,kebaikan bersahur,pahala orang yang bersahur,nikmat bersahur


Nampak mudah je bersahur ni. Setakat makan di awal pagi lain sket dari hari biasa. Sebenarnya ada kelebihan yang tersirat disebalik bangun awal itu. Begitu indahnya Islam. Setiap perkara ada sebab musababnya.



Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban yang bermaksud:


"Bersahurlah kamu, kerana dalam bersahur itu ada keberkatannya"




Antara kelebihan mereka yang bersahur

  • Amalan bersahur dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
  • Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi.
  • Amalan bersahur juga akan memberi peluang kepada para muslim untuk bangun beribadah kepada Allah s.w.t pada malam hari khususnya 2/3 malam. 


kelebihan bersahur di bulan ramadhan,bersahur di bulan puasa,segerakan waktu berbuka puasa,melambatkan waktu bersahur,amalan sunat di bulan ramadhan,kejut sahur,kebaikan bersahur,pahala orang yang bersahur,nikmat bersahur,logo islam inside




Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya:


Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat.



Hadis ini menerangkan tentang seeloknya kita melambatkan waktu sahur. Masa antara sahur hingga waktu azan lebih kurang 15 - 20 minit.



Sabda Nabi Muhammad saw:


Tidak akan hilang dari umat ku kebaikan selagi mana mereka mengawalkan waktu berbuka dan melewatkan waktu bersahur



(Riwayat Ahmad dan dinilai sahih)



Menyegerakan berbuka puasa pada awal waktu. Kalau di dalam solat, kita sangat digalakkan supaya mengawalkan waktu solat, begitu juga dengan berbuka puasa. Kita jangan lagi pada waktu tersebut sibukkan diri dengan berborak-borak, membaca doa yang panjang berjela, membaca Al-Quran dan selainnya kerana ia tidak digalakkan.

Kelebihan Bersedekah di Bulan Ramadhan

Salam 3 Ramadhan kepada pembaca Kafe Que. Dah bace entri kelebihan orang yang berpuasa dan sunat berbuka dengan kurma?? Kalau belum jemputlah baca ek. Asyik bace gosip je ;) Hari ni topik ape pulak?? (kan dah tulis kat tajuk tu) Bersedekah.. Siapa yang tak pernah sedekah kan.. Senyum pun sedekah. 

kelebihan orang yang bersedekah di bulan puasa ramadhan,pahala orang yang bersedekah di bulan puasa,amalan yang mulia di bulan puasa,pahala bersedekah di bulan ramadhan,manfaat sedekah kepada fakir,pahala beri makan kepada orang yang berpuasa,rezeki orang yang bersedekah,hadith berkaitan sedekah


Selalu orang salah faham dengan konsep sedekah. "Kalau kita bagi orang duit, kuranglah duit kita". Jadi ada antara kita yang berkira untuk bersedekah. Sebenarnya lebih banyak kita bersedekah (ikhlas) Allah akan murahkan rezeki kita. Tidak semestinya kita sedekah RM 1000 kita akan dapat balik duit tu. Mungkin balasannya kita akan dapat beli ipad 2 (yg korang nak sgt2) dengan harga RM 1000 tapi kualiti yang sama seperti harga yang asal (diskaun giler2). Untung tak?


Sebaliknya apa akan jadi jika seseorang itu terlalu kedekut untuk bersedekah. Kadang-kadang masalah yang menimpa kita seperti kereta rosak atau laptop rosak memerlukan kita mengeluarkan duit lebih untuk membaikinya. MasyaAllah.


Hadith

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 

“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

-Riwayat at-Tirmidzi


kelebihan orang yang bersedekah di bulan puasa ramadhan,pahala orang yang bersedekah di bulan puasa,amalan yang mulia di bulan puasa,pahala bersedekah di bulan ramadhan,manfaat sedekah kepada fakir,pahala beri makan kepada orang yang berpuasa,rezeki orang yang bersedekah,hadith berkaitan sedekah
Pengajaran Hadith

  • Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

  • Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

    • Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

    • Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.   
     sumber : JAKIM



    “Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”



    Jelas dari penerangan di atas bahawa sedekah di bulan ramadhan ini lebih besar pahalanya. Apa lagi guys "Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri". InsyaAllah diberkati semuanya.

    Sunat Berbuka Dengan Buah Kurma | Yusuf Taiyoob Punya Iklan

    Salam 2 Ramadhan kepada semua. Amacam puasa? Dah ade yang tinggal? Semalam mesti korang makan sedap kan. Ada yang masak (macam aku), ada yang beli kat Bazar Ramadhan (macam korang la) dan ada jugak yang berbuka di kedai makan@restoran. Tapi berapa ramai yang dahulukan kurma sewaktu berbuka?? Pada yang amalkan tu baguslah. Dapat pahala.. Kekeke..


    hukum berbuka dengan buah kurma,khasiat buah kurma,fakta menarik tentang buah kurma,kandungan protein dalam kurma,maksud rotub,tamar kering,yusuf taiyoob kurma,sunat berbuka puasa,amalan berbuka puasa
    kredit : google


    Kenapa bila bulan puasa je penjualan kurma ni meningkat. Padahal kalau tau khasiat buah kurma ni sepatutnya kita amalkan selalu bukan bile time puasa je. Adapun hukum berbuka dengan kurma ini ialah sunat. Buat dapat pahala kalau tak buat pun tak pe.



    Hadith.


    Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

    “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.




    hukum berbuka dengan buah kurma,khasiat buah kurma,fakta menarik tentang buah kurma,kandungan protein dalam kurma,maksud rotub,tamar kering,yusuf taiyoob kurma,sunat berbuka puasa,amalan berbuka puasa
    kredit : google



    Perkara yang anda patut tahu. 


    1. Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.


    • Aku pun baru tau ni.. Ingatkan same je


    2. Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.


    • Biasa buat ni..Alhamdulillah


    3. Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. 


    Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.


    • Yang ni tak tau sangat sebab aku lemah sains..Hehe


    4. Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

    • Jom kita amalkan & berpesan-pesan.

    Diolah dari sumber : JAKIM


    Iklan Kurma Yusuf Taiyoob





    Nak tau khasiat kurma?? Boleh rujuk sini

    Kelebihan Orang Yang Berpuasa | Upin dan Ipin Ikon Puasa Kanak-Kanak

    Salam 1 Ramadhan. Apa khabar kalian semua yang sedang berpuasa? Lapar ke?? Ke sibuk fikir juadah berbuka malam ni. Maklumlah hari pertama la katakan. Mesti nak berbuka sedap2 ye dak. Jangan membazir sudah lah ye. Hehe. Hari ni nak share dengan kengkawan sume tentang kelebihan orang yang berpuasa. Menarik tak topik ni??


    fadhilat orang yang berpuasa,kelebihan orang yang berpuasa di bulan ramadhan,sabda nadi tentang puasa,puasa dan kelebihannya,puasa dan kelebihannya,tips berpuasa,upin & ipin puasa,viedo upin dan ipin berpuasa,rancangan upin dan ipin puasa,kartu upin dan ipin puasa,poster upin dan ipin puasa,poster selamat berpuasa


    Sepanjang bulan Ramadhan ni, InsyaAllah Kafe Que akan menyajikan artikel berbentuk tazkirah & kerohanian untuk renungan bersama. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Dahulukan yang wajib, barulah kita lakukan perkara yang sunat. Amin.



    fadhilat orang yang berpuasa,kelebihan orang yang berpuasa di bulan ramadhan,sabda nadi tentang puasa,puasa dan kelebihannya,puasa dan kelebihannya,tips berpuasa,upin & ipin puasa,viedo upin dan ipin berpuasa,rancangan upin dan ipin puasa,kartu upin dan ipin puasa,poster upin dan ipin puasa,poster selamat berpuasa
    kredit : iluvislam.com


    Jom kita lihat fadhilat & kelebihan orang yang berpuasa


    • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi Muhammad s.a.w :
    “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.


    • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w :
    “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.


    • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi Muhammad s.a.w :
    "Sesiapa yang masuk di dalamnya (syurga) nescaya dapat meminum. Siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."


    • Daripada Usman bin Abi al-As :
    Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat


    • Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id, Sesungguhnya Allah berfirman:
    "Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."


    • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda:
    “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.


    • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
    “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.


    • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah:
    “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya”.

      Serba sedikit mengenai kelebihan berpuasa yang diadaptasi dari Blog Mutiara Hati



    Bagi yang ada anak kecil berusia 3 - 6 tahun, kita mesti nak ajar mereka berpuasa. Kalau nak cerita pasal fadhilat ni macam kurang sesuai. Ye tak?? Cuba kita sampaikan dengan cara yang lebih dekat dengan mereka. Kanak-kanak suka rancangan kartun. Mereka ni lebih cepat tangkap melalui apa yang dilihat. So bolehlah kita syorkan kartun Upin & Ipin pasal puasa ni.


    fadhilat orang yang berpuasa,kelebihan orang yang berpuasa di bulan ramadhan,sabda nadi tentang puasa,puasa dan kelebihannya,puasa dan kelebihannya,tips berpuasa,upin & ipin puasa,viedo upin dan ipin berpuasa,rancangan upin dan ipin puasa,kartu upin dan ipin puasa,poster upin dan ipin puasa,poster selamat berpuasa
    kredit : Upin & Ipin
    Memang menarik sebab banyak info serta pengajaran yang diterapkan dalam cerita Upin & Ipin. Sesuai untuk anak-anak kita (korang la, aku lom ade lagi)









    Tricks: Nak download video dari Youtube?? Paste url Utube Video kat sini [KeepVid]
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Paid To Promote