Terima Kasih | Ucapan Ringkas Tapi Penuh Makna

Seperti ada pihak pengurusan atasan membaca luahan isi hati aku terdahulu (perasan tol la).. Besenye doa orang yang dianiaya ni dimakbulkan.. Heheh.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan JUTAAN terima kasih kerana merombak struktur unit baru.. Kini aku boleh  fokus lebih kepada kerjaya aku sebagai perunding ICT serta kerja2 yg melibatkan penghasilan karya kreatif.. Thanx a lot.. Minggu ni aku sangat bz sbb dapat job baru berprofil tinggi.. Ade gak orang percaya pada bakat kurniaan Allah yang xseberapa ni..


Gambar : Google


Topik kali ni akan fokus kepada ucapan "Terima kasih" atau "Thanks You" .. 2 patah perkataan je pun.. Tapi still ada orang yang susah nak sebut.. Tapi bila mencarut, Fark U-Turn, Demm, Bab1, Bulldog, Sheet sume kuar. Ringan je mulut.. Siap ade yang wat lagu lagi (bile ref bias dalam PES2011).. Kes ni selalu terjadi bile kite mintak tolong, diulangi mintak tolong. Tolong ni terpulang pada individu tu la..Kalau nak tolong kira bagus, kalau tak dapat tolong xkan nak paksa plak.. Yang jadi masalahnye bila ade orang yang tak reti nak cakap terima kasih bila orang dah susah2 tolong wat kerja dia. Dah la bukan kerja hakiki. Sebab ade kuasa die bole suruh orang lain wat..Bile lawan die cakap "I'm Your Boss".. Terima kasih sebab wat taik kat aku. Sekarang aku lancar perang dgn team korang..


Gambar : Google


Bila dah jadi camtu aku pun da malas nak amik tau pasal orang camni. Aku macam bese r, tak nak demand hadiah Laptop Dell Vostro Pengarah, tak perlu gak bagi Projektor NEC sebijik sebab usaha aku 2.. At least bagi la kredit orang dah susah payah collect data untuk korang. Last2 dah dapat ko wat tak tau jek. Bile bende tak cukup pandai plak ko datang cari aku. Kenapa?? Dah takde kambing hitam dah ke nak suh jadi kuli?? Jangan salah guna kuasa beb.. Pangkat 2 sementara je.. Ade master ingat dah hebat sangat ke?? Dah cakap "Terima kasih" pada yang beri peluang belajar dan tanggung semua perbelanjaan buat master tu?? Aku ni hanya pekerja picisan.. Hanya mampu menulis blog..




Hayati lirik lagu ini



Ok dah2 pasal sejarah kerja aku dahulu.. Sekarang aku di bawah pentadbiran baru yang xde nak tunjuk hebat. Jelas hala tuju. Kalau sebelum ni struktur lama suke sangat amik kerja orang sebab nak show off kat boss besar yang die mampu buat.. Last2 yang jadi mangsa anak buah gak.. Nak capai KPI supaya senang nak dapat Anugerah Cemerlang kekdahnya. Penghargaan kadang2 perlu supaya orang 2 rasa semangat untuk wat lebih baik.. Kalau orang lain boleh hargai aku, kenapa kau xleh?? Welcome my new leader. Aku akan berkhidmat selagi aku diperlukan.. Mungkin tahun ni tahun terakhir aku di bahagian.. Banyak yang aku dah belajar especially dlm dunia IT.. Thanx pada semua yang banyak membantu.


Gambar : Google


Terima kasih boleh diucapkan melalui pelbagai cara. Ucapan lisan paling mudah.. Juga boleh disampaikan melalui sms, laman sosial, emel. Dalam keadaan tertentu boleh disampaikan melalui isyarat contohnya di atas jalan. Ketika sesebuah kenderaan memberi anda laluan. Bolehlah angkat tangan (bukan kena bayar pun). Ataupun waktu malam orang akan kasi high beam. Mudahkan.. Ucaplah terima kasih kerana kita perlu menghargai budi dan jasa baik seseorang. Terutamanya ibu bapa dan guru anda. Tanpa mereka anda tidak akan berada pada kedudukan sekarang. Jangan sombong dan riak.. Suatu hari nanti orang yang digelar pekerja picisan ni gak yang ko nak harapkan.. Wat sahabat2 aku, terima atas sokongan yang diberikan..



Gol Cantik Rooney Selamatkan Manchester United

Pertembungan sengit dua musuh tradisi menjadi perbualan hangat sepanjang minggu, Manchester United dan Manchester City. Sebagai pendahulu liga United ingin menjarakkan kedudukan dari pencabar terdekat. Namun misi City untuk menakluk liga harus bermula dengan kejayaan membenam jiran mereka itu. Setelah berbelanja besar dalam musim perpindahan awal & pertengahan musim pastinya pemilik kelab mengharapkan sesuatu peningkatan musim ini. Hasilnya mereka telah membuktikannya dengan mencabar dominasi Arsenal-Chelsea-Manchester United. Apa yang masih kurang ialah pengalaman pada saat genting yang membezakan pemenang malam tadi.


Manchester derby


Manchester City melakukan permulaan yang baik dan hampir menghukum pertahanan United yang kehilangan Ferdinand ekoran kecederaan yang dialami minggu lepas. Namun percubaan David Silva tersasar dari pintu gol tuan rumah. United yang menggunakan taktik 4-5-1 nyata gagal menyaingi corak permainan City yang mudah mengawal permainan di bahagin tengah. Namun pujian tinggi haru diberikan kepada Chris Smalling yang mengawal ketat penjaring terbanyak City, Carlos Tevez. Walaupun ramai yang meragui kemampuan pertahanan muda England ini, kepercayaan dan pendedahan harus diberikan tatkala United kekurangan pemain berpengalaman.


Pertahanan harapan United


Rooney yang menjadi penyerang tunggal United dilihat gagal mengetuai jentera serangan apabila dikawal ketat Kompany dan Lescott. Faktor ketinggian menjadi penghalang dengan United dilihat gemar melakukan hantaran jauh serta lintang yang tidak memihak kepada Rooney. Nani pula sering mengikut nafsu dengan melakukan percubaan terus sedangkan ada pilihan yang lebih baik dan mudah. Kemahiran membuat keputusan tepat pada waktunya membezakan Messi dengan ramai pemain yang mempunyai skill yang tinggi. Namun nasib menyebelahi United setelah Giggs melorongkan bola dan kawalan yang menarik oleh Nani yang akhirnya menyudahkan peluang terbuka untuk gol pendahuluan United.


Sepakan gunting @ Bicycle kick


Separuh masa kedua menyaksikan kemasukan Wright Phillips dan Edin Dzeko untuk memperkemaskn jentera serangan City. Dan gol penyamaan hadir apabila hantaran lintang Wright Phillips disambut Dzeko dan dibantu dengan lantunan David Silva membiarkan Van Der Sar terpaku. United membalas dengan memasukan Berbatov untuk mencari gol kemenangan. Rooney kini lebih bebas bergerak untuk mencari ruang dan pada minit ke 77 hantaran silang Nani terkena badan Zabaleta dan Rooney dengan teknik sukar melakukan sepakan gunting seterusnya menghasil gol yang cantik. Gol!! United mendahului 2-1. City yang tertekan melakukan asakan namun benteng United unggul mengawal keadaan. Rooney akan mendapat perhatian media dengan gol yang bakal dicalonkan sebagai gol terbaik musim ini.




Sedutan Perlawanan Derby United vs City


Baki perlawanan United, 7 daripadanya di tempat lawan bakal menentukan siapa juara liga musim 2010/11.. Chelsea, Liverpool dan Arsenal masih menanti kunjungan United. Sekiranya halangan ini dapat diatasi, United akan menjadi pemegang rekod 19 kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Jarak United dan City menjadi 8 mata dengan United mempunyai kelebihan 1 perlawanan.


Chelsea vs Liverpool Match In 3D ?? | Manchester United Rebah

Perlawanan menarik pada malam ini selepas keputusan mengejutkan semalam. Arsenal mensiakan peluang apabila membenarkan Newcastle mencuri 1 mata. Leading 4-0 tapi sebaik sahaja Diaby dibuang padang, Newcastle menjaringkan 4 gol untuk mengecewakan anak buah Arsene Wenger. Manchester United pula tewas sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah 29 perlawanan dalam liga!! Paling mengharukan dengan pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers 1-2.. 



Chelsea vs Liverpool , Stamford Bridge, 6 Feb 2011, 1155pm
Live on Astro HD 831 & Astro 3D 830


Torres bakal gegar benteng Liverpool..

Torres akan turun menentang pasukan lama beliau malam ini. Mengikut kenyataan terbaru, sekiranya beliau menjaringkan gol, beliau tidak akan celebrate utk menghormati penyongkong Liverpool. Luiz Suarez pula yang berhijrah ke Liverpool akan menjadi tonggak utama pada malam ini untuk mengubah nasib pasukan barunya. Permulaan cemerlang dalam perlawanan lepas apabila menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya bakal menguji barisan pertahanan Chelsea yang diperkuatkan dengan kehadiran bek Benfica, David Luiz.


Suarez mahu kejutkan Chelsea


Chelsea memerlukan kemenangan untuk merapatkan kedudukan dengan Arsenal dan Manchester United masing2 gagal mengutip mata penuh. Saksikan perlawanan hebat dalam 3D di Astro 830 malam ini..

Bos Ni Hebat Sangat Ke?? | Boss Is Not Always Right

Tensen..Oo Tensen.. Apa hal aku nak tensen time org sibuk bercuti dan beraya.. Sebelum tu "Selamat Tahun Baru Cina" aku ucapkan kepada mereka yang meraikannya.. Thanx sbb korang punye perayaan aku dapat cuti seminggu.. Tak payah fikir pasal kerja.. Tak payah mengadap bos yang 'hebat'.. Bos yang rasa dorang 'hebat' sebab dia keje lebih lama dari aku je (senioriti).. Tapi tak bermakna die tau semua perkara.. Yang aku geram sebab die leh suh aku wat keje die.. Demm.. Aku 10 tahun lagi pun boleh jadi macam 2 gak@lebih baik..

Kredit : Google

Bos pun seorang manusia.. Manusia mesti akan lakukan kesilapan..Tapi bos ada kuasa. Jangan salah guna kuasa yang diberikan dah la ek.. Tetapkan target mengikut kapasiti yang ada.. Usah terlalu bercita-cita tinggi yang akhirnya memakan diri.. Berbincanglah..


Sape yang sokong "Boss Is Always Right'?? Sape yang tak sokong korang leh jadi geng aku.. Aku rase senario tempat keje mane2 pun same.. Baek gomen or private.. Dapat department yang bes, memang syok.. Lagi2 wat keje teknikal yang fokus pada 1-1 job.. Kene tempat macam aku skrg, sume bende r nak wat.. Sampai 1 tahap aku rse macam "keje aku, keje aku, keje orang pun keje aku".. Pekejadah sume ni, adakah sebab seorang pekerja tu rajin@siap keje awal, so nampak die macam takde keje.. Nah amik keje kawan yang tak siap@ xleh wat, supaya kawan 2 leh fokus pada kerja die nan 1..


Kredit : Google

Bukan senang nak jadi pemimpin.. Adil dan menjaga kebajikan anak buahnya.. Yang kurang mahir, diberi tunjuk ajar. Yang bagus diberi penghargaan yang sewajarnya..


At the end of the day, orang yang pandai wat keje akan dihujani dgn tugasan tanpa henti, yang xleh wat keje (even senior), ko watla keje yang ko boleh wat je (bukan kerja yang sepatutnya ko wat ke??).. Haisshh.. Aku sedar aku paling junior (mude kot) kat tempat 2.. Tapi aku pun perlu bernafas dan kemaskan kerja2 rutin yang lain.. Kenapa ada sesetengah tempat sampai 3 org wat 1 keje (padahal kerja 2 dan bertahun xsiap2 gak), tapi  aku sebaliknya. Adakah aku digunakan@orang ambil kesempatan di atas ketersediaan aku Berkhidmat Untuk Negara.. 


Kredit : Google


Memang aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ada hikmah semua 2. "Que ko wat je la keje 2, nanti ko tau la sbb ape ko yang diamanahkan" Saya Yang Menurut Perintah.. Yup, aku setuju.. Tapi mana keadilan?? (hah sudah, ni bkn politik) Aku tak mintak korang hargai kerja aku buat selama ini sampai perlu bagi pingat Dato' , tak perlu nak bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (sbb aku mmg xleh dicalonkan pn belum kompem kekdahnya), tak perlu kasi aku sebijik umah Semi-D (mcm Shahiezy Sam).. Apa yang aku nak hanyalah ruang kerja yang selesa untuk aku sumbangkan bakti kepada jabatan.. Dalam erti kata lain, aku nak wat 1-1 kerja dengan sempurna daripada aku terpaksa wat 2-3 kerja yang hasilnya tak seperti yang diharapkan..


Kredit : Liyana Lunia


Ade yang cakap aku dah all out awal2 waktu aku join gomen dulu.. Bukan niat aku nak tunjuk aku hebat. Tapi masa interview aku dah azam dalam diri aku, "Siapa yang berani amik aku, memang company tu xkan rugi". Sebab 2 aku cuba bagikan yang terbaik dalam tugasan yang diberikan.. Ramai yang xtau aku ni bukan orang yang mahir pasal IT pada awalnya.. Yang aku tau sket2 pasal IT ni hanya PC game, surf internet, download & chating.. Alhamdulillah sejak aku diarahkan berkhidmat di tempat sekarang, aku banyak belajar especially ilmu berkaitan pembangunan website & sistem.. Dari 1 laman web pada tahun 2009 (aku xde basic langsung) ditambah menjadi 4 laman web pada tahun 2010 (gomen punye stail memang cmni).. Dorang ingat senang gamaknye.. Bila lambat siap duk push2 (dem ko wat la sndiri ok).. Kalau aku tak wat pun tak pe tau.. Yang wajib aku jage 1 je pun.. Bukan nak hargai.. Nak keje cepat je.. Tolong la faham sket yang nak berurusan dengan orang 2 aku gak.. Takkan nak paksa orang yang kita nak mintak tolong.. Adoi la.. Diulangi aku tak perlukan umah Semi-D cukuplah kasi aku ruang kerja yang selesa..


Kredit : Google


Dah, penat aku meluahkan ape yang terbuku semenjak beberapa bulan kebelakangan ini. Kecewa sehingga kadang kala aku terfikir "Lagi baik aku wat2 tak tau je kalau dorang tanye".. Masalahnye aku bukan macam tu.. "Que, you have to be skilled to be unskilled" .. Kelemahan aku, kalau orang mintak tolong, aku susah nak berkata "Saya tak tau".. Kalau aku tak tau aku akan search dalam google@mane2 janji aku dapat tolong setelkan prob yang xde kaitan pn ngan keje aku.. At least aku blaja bende baru.. Berubahlah.. Jangan kita amalkan "Budaya Menolak Kerja" sehingga menyusahkan orang lain. Kalau kerja itu kita punya@kita tau, ambil tanggungjawab untuk siapkan. Kalau tak tahu boleh minta bantuan pada yang berpengalaman.


Kredit : Google


Sekian coretan personal@worksation Que.. Terima kasih pada yang sudi baca dan fahami situasi ku.. Huhu.. Tulisan ini untuk meningatkan aku supaya berhati-hati bila diberi amanah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote