Topik hari ini nampak ringkas tapi membawa seribu makna dalam kehidupan anda.. Saya pasti semua pembaca di sini pernah terjumpa lampu isyarat jalan raya.. Biasanya terdiri dari 3 warna iaitu hijau, kuning dan merah.. Walaupun ramai yang tahu akan maksud isyarat tersebut, namun masih terdapat segelintir yang tidak mematuhinya..
Hijau - Jalan.. Sekiranya selamat
Kuning - Bersedia untuk berhenti (Bukan tekan pedal minyak sampai habis)
Merah - Berhenti..
Berapa ramai kat sini yang main jalan je bila lampu isyarat baru bertukar warna hijau?? Sebagai pemandu berhemah, kita kena pastikan jalan betul2 clear sebelum kita jalan even lampu tu dah tukar color hijau.. Adakah kita pasti semua pemandu lain akan patuhi lampu isyarat?? Berapa ramai yang main redah je sedangkan lampu isyarat merah dah bernyala.. Punya malas nak tunggu next round (tau die je nak cepat)..
Tips Lampu Isyarat : Sela masa 2 saat diperuntukkan bagi setiap giliran lampu isyarat di simpang jalan.. Contohnya : Jalan A sedang menunjukkan warna kuning dan kemudiannya merah. Selepas 2 saat barulah lampu isyarat di Jalan B bertukar menjadi warna hijau.
Kes 1 - Lampu Hijau
Ada sebuah kereta kancil kena langgar dengan lori sebab lampu isyarat.. Kereta kancil ni duk depan sekali waktu lampu merah kat simpang empat.. Then bila lampu tukar je color hijau, die pun press minyak.. Tak tengok dah kiri kanan.. Sekali ade lori dari arah kiri yang xsempat stop (bersangka baek) time lampu merah.. Bangg!! Langgar la kan.. Nampak macam remeh.. Tapi kalau cuai nyawa pun boleh melayang..
Kes 2 - Lampu Kuning
Ade kereta yang tengah speed di jalan lurus.. Dari jauh nampak hijau je.. Sekali dah dekat tibe2 tukar kuning.. Driver yang tengah panik ni pun break la emergency.. Boom!! Kereta belakang sondol.. Salah siapa sekarang?? Kalau ikut law memang kereta belakang salah kan.. Tapi dalam kes ni driver kereta depan yang cari nahas.. Kalau lampu baru nak tukar kuning jalan je la.. Ko nak break tibe2 orang belakang mana faham.. Jangan buat keputusan secara mengejut.. Yang terbaik pandu dengan cermat dan berhemah..
Kes 3 - Lampu Merah
Pada waktu malam yang sunyi.. Tengah jalan sorang tiba2 lampu merah pulak.. Kereta lain memang xde ni.. Apakah tindakan anda?? 1st sekali Jangan Pandang Belakang!! Haha.. Nak tunggu kang takut kena samun ke ape kan.. Nak jalan tapi Tuhan nampak (insaf jap).. Sebenarnya dalam kes ni especially kat jalan2 kampung dibenarkan jalan walaupun lampu merah dengan syarat kita pasti tiada kereta lain yang menggunakan jalan pada waktu itu..
Kesimpulannya.. Pandu dengan berhemah.. Fikirkan keselamatan diri anda dan cuba baca tindakan pemandu lain.. Patuhi undang-undang jalan raya.. Anda Mampu Mengubahnya!!
Gambar hiasan : Google
No comments:
Post a Comment