Yang Remeh Dan Yang Temeh Berlegar Disekelilingmu | Pak Pandir Moden
Hidup umpama roda.. Kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah.. Kita mudah untuk menyalahkan orang lain tapi kita tak perasan kesilapan diri kita.. Setiap yang berlaku pasti ade sebab dan hikmahnya.. Dan kita tak kan dapat memuaskan hati semua orang.. Kalau kita rasa kita hebat, ada yang lagi hebat.. Kalau kita rasa kita kaya, ada yang lebih kaya.. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan sentiasa berusaha memperbaiki diri kita.. Jangan asyik jaga tepi kain orang, tak perasan kain sendiri terbelah sampai ke peha dah..
Lagu : Yang Remeh Temeh - Pak Pandir
Tak manis kalau kita riak dan bongkak dengan kelebihan kita.. Semua itu kurniaan Allah yang Maha Berkuasa.. Kalau ditarik sekelip mata je.. Beringatlah wahai teman.. Pesanku ini adalah untuk renungan bersama.. Tiada guna sekiranya kita ada sijil Master tapi cara fikir macam budak sekolah.. Kalau setakat pandai cakap, tapi buatnye tak, pun tak leh pakai.. Amanah yang diberikan jangan pulak dilupakan.. Dek kerana nak kejarkan sesuatu yang beri faedah, kita lupe tugas dan tanggjungjawab.. Beri nasihat pada junior macam2, tup2 dia hibernate bertapa wat hal sendiri..
Bukan senang nak jadi ketua@pemimpin.. Adil, karisma, berwawasan, bijak dan ciri2 postif lain perlu disemai.. Kalau setakat kejar pangkat dan harta, keberkatan tu tak de.. Itu yang jadi gaji beribu-ribu tapi sekejap je habis.. Banyakkan sedekah dan kongsilah dengan kawan dan anak buah.. InsyaAllah rezeki akan bertambah murah.. Nilailah seseorang itu berdasarkan mutu kerja serta bilangan tugas yang dilakukan.. Kalau boleh isu peribadi jangan dicampur adukkan.. Jadilah ketua yang profesional.. Mustahil orang yang buat 10 kerja boleh jadi sesempurna mereka yang buat 2-3 kerja sahaja.. Sebab orang tu rapat ngan kita, kita boleh bagi markah yang tinggi.. Cerita keburukan orang lain untuk naikkan nama sendiri.. Itu yang diagung2kan..
Mulut tempayan dan mulut longkang ni memang wujud di mana2.. Hati2 lah sebelum anda bercerita sesuatu..
No comments:
Post a Comment