Review Nuffnang Premiere Screening :: Narnia - The Voyage of The Dawn Treader

Rabu lepas (1 Disember 2010) aku telah dijemput oleh Nuffnang & GSC untuk menonton Premiere Screening : The Chronicles of Narnia - The Voyage of The Dawn Treader.. Peluang keemasan ni bukan datang  selalu..Walaupun baru sampai dari Langkawi (tunggu next entri) aku gagahkan diri nak tengok cerita ni.. Sebab aku dapat tiket 3D!! First time aku tengok filem pakai spek yang rimas stylo 2..


Malam tu aku sampai kat depan GSC dah ramai orang tunggu.. Show malam tu start pukul 8.45pm.. Wakil Eon Bank Group dan Hitz.FM sibuk mempromosikan filem sekuel Narnia.. Ada macam2 games disediakan.. Aku sempat cuba puzzle dan archery.. Dapat la poster 2 ketul.. 



Sebelum masuk hall, dorang kasi spek 3D.. Dekat seat pun dah ready popcorn dan air coke.. Bagus tul dorang ni.. Tengah layan makanan sebelum movie start aku ternampak Darkbatman.. Sempat r aku angkat kening sebab 1st time jumpe..Kan Dark :)


Secara keseluruhannya, filem Narnia yang terbaru ni average saja.. Plot cerita pun agak hambar ditambah dengan klimaks yang agak pendek.. Watak Peter & Susan hanya muncul dalam beberapa scene sahaja.. Fokus cerita adalah mengenai pengembaraan kapal yang bernama Dawn Treader dikemudi Caspian X, King of Narnia untuk mencari "Seven Lost Lords of Narnia".. Watak baru dalam cerita ini adalah Eustace, sepupu adik-beradik Pavensie yang kemudiannya bertukar menjadi dragon membantu Dawn Treader menewaskan kuasa jahat.. Aksi lucu dari Reepicheep (tikus narnia) sekali sekala mencuit hati penonton.. Di akhir cerita, mereka bertemu Aslan yang menghantar mereka pulang ke dunia nyata.. Ikuti pengembaraan filem Narnia dan sebab mereka mencari "Seven Lost Lords of Narnia"..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote