Yang Remeh Dan Yang Temeh Berlegar Disekelilingmu | Pak Pandir Moden

Hidup umpama roda.. Kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah.. Kita mudah untuk menyalahkan orang lain tapi kita tak perasan kesilapan diri kita.. Setiap yang berlaku pasti ade sebab dan hikmahnya.. Dan kita tak kan dapat memuaskan hati semua orang.. Kalau kita rasa kita hebat, ada yang lagi hebat.. Kalau kita rasa kita kaya, ada yang lebih kaya.. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan sentiasa berusaha memperbaiki diri kita.. Jangan asyik jaga tepi kain orang, tak perasan kain sendiri terbelah sampai ke peha dah.. 


Lagu : Yang Remeh Temeh - Pak Pandir




Tak manis kalau kita riak dan bongkak dengan kelebihan kita.. Semua itu kurniaan Allah yang Maha Berkuasa.. Kalau ditarik sekelip mata je.. Beringatlah wahai teman.. Pesanku ini adalah untuk renungan bersama.. Tiada guna sekiranya kita ada sijil Master tapi cara fikir macam budak sekolah.. Kalau setakat pandai cakap, tapi buatnye tak, pun tak leh pakai.. Amanah yang diberikan jangan pulak dilupakan.. Dek kerana nak kejarkan sesuatu yang beri faedah, kita lupe tugas dan tanggjungjawab.. Beri nasihat pada junior macam2, tup2 dia hibernate bertapa wat hal sendiri..


download lagu yang remeh temeh pak pandir,lirik lagu pak pandir yang remeh temeh,video lagu yang remeh temeh pak pandir,juara lagu irama malaysia pak pandir,lagu ciptaam pak pandir yeng remeh temeh,mp3 lagu pak pandir yang remeh temeh






Bukan senang nak jadi ketua@pemimpin.. Adil, karisma, berwawasan, bijak dan ciri2 postif lain perlu disemai.. Kalau setakat kejar pangkat dan harta, keberkatan tu tak de.. Itu yang jadi gaji beribu-ribu tapi sekejap je habis.. Banyakkan sedekah dan kongsilah dengan kawan dan anak buah.. InsyaAllah rezeki akan bertambah murah.. Nilailah seseorang itu berdasarkan mutu kerja serta bilangan tugas yang dilakukan.. Kalau boleh isu peribadi jangan dicampur adukkan.. Jadilah ketua yang profesional.. Mustahil orang yang buat 10 kerja boleh jadi sesempurna mereka yang buat 2-3 kerja sahaja.. Sebab orang tu rapat ngan kita, kita boleh bagi markah yang tinggi.. Cerita keburukan orang lain untuk naikkan nama sendiri.. Itu yang diagung2kan.. 



download lagu yang remeh temeh pak pandir,lirik lagu pak pandir yang remeh temeh,video lagu yang remeh temeh pak pandir,juara lagu irama malaysia pak pandir,lagu ciptaam pak pandir yeng remeh temeh,mp3 lagu pak pandir yang remeh temeh




Mulut tempayan dan mulut longkang ni memang wujud di mana2.. Hati2 lah sebelum anda bercerita sesuatu..

Yang Remeh Temeh

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku 

download lagu yang remeh temeh pak pandir,lirik lagu pak pandir yang remeh temeh,video lagu yang remeh temeh pak pandir,juara lagu irama malaysia pak pandir,lagu ciptaam pak pandir yeng remeh temeh,mp3 lagu pak pandir yang remeh temeh

Earth Hour Dan Penjimatan Tenaga | Simbolik?? Impak??

Susah betul nak dapatkan balik mood berblog ni lepas tinggal beberapa bulan.. Idea banyak nak tulis and kongsi. Tapi tangan ni malas nak menaip.. Kalau lah ade mesin yang boleh tafsir fikiran aku terus dalam bentuk artikel memamg mudah.. Apa2 pun aku akan cuba sebaik mungkin untuk kembali aktif dalam dunia penulisan lepas ni. 

Google image

Umum dah tau malam ni 26 Mac 2011(Sabtu) bermula 8.30 hingga 9.30 malam akan berlangsung kempen Earth Hour a.k.a upacara menutup lampu selama 1 jam. Kenapa hanya padamkan lampu?? Pada pendapat aku, lampu ni yang paling mudah dan berisiko rendah sebab kalau tutup suis air-cond, peti ais, server, mesin lain mungkin lagi haru. Lagi pun lampu ni paling banyak digunakan di dunia ini. Walaupun sebenarnya lampu ini menggunakan tenaga elektrik yang kecil, namun dalam kuantiti yang banyak boleh menjadi besar. Setiap kempen mesti ade impak dan dengan tutup lampu kita boleh menampakkan sokongan yang jelas. Berbanding kalau tutup suis kipas, hanya orang dalam rumah tu je yang tau. Itu hujah aku secara praktikal.


Google image

Kalau ikut teori, penggunaan lampu menyebabkan pembakaran hidrokarbon dan akan membebaskan gas karbon dioksida yang telah mengakibatkan pemanasan global ketika ini. Dengan itu diharapkan agar penduduk dunia sama-sama menunjukkan sokongan anda untuk bumi kita yang kian pudar. Ada pendapat mengatakan penutupan ini tidak dapat mengurangkan pembebasan gas karbon. Mungkin ada benarnya kerana kempen 1 jam ini hanya 0.0001% dari jumlah jam dalam 1 tahun. Tiada makna kalau 99.9999% jam lagi kita bazirkan penggunaan tenaga. Ternyata kempen ini hanyalah simbolik untuk kita penduduk dunia untuk menyedari bahawa bumi hijau ini dalam keadaan bahaya.


Google image

Apa yang kita boleh buat selepas kempen ini berakhir?? Jawapannya, kecekapan tenaga. Sejauh mana kita boleh menjimatkan tenaga bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau dirumah mungkin kita akan rasa perlu jimat disebabkan bil elektrik bulanan yang perlu dibayar. Makin banyak penggunaan makin tinggi jumlah perlu dibayar. Lain pula hal ketika di pejabat, kampus, sekolah yang mana kita bukanlah pembayarnya. 

"Ala biarlah, bukan kita yang bayar pun"
"Kenapa nak kena jimat-jimat ni, kerajaan kan banyak duit.Kita bayar cukai ape"




Betul lah bukan kita yang bayar. Tapi adakah kita sedar membazir itu amalan syaitan. Tabiat ini sedikit demi sedikit akan menyumbang kepada kehancuran bumi yang dicintai. Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Gempa bumi yang menggegar beberapa kawasan merupakan amaran kepada kita bahawa sudah terlalu banyak kerosakan yang dilakukan. Sedarlah manusia bahawa kita hanya menumpang di bumi ciptaan Allah


Google image


Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar. Dalam mengamalkan kecekapan tenaga tidak perlulah terlalu rigid. Jangan sebab kita nak tinggalkan bilik 5 minit, kita perlu tutup lampu. Awas! Kerana kekerapan anda menutup dan membuka suis dalam masa yang singkat lebih banyak pembaziran berlaku disebabkan peralatan ini terpaksa menjana kuasa elektrik yang tinggi untuk dihidupkan semula. Jadilah pengguna tenaga yang bijak. Sebelum pulang ke rumah pastikan suis yang tidak perlu dimatikan. Sebelum tidur pastikan lampu, laptop/PC ditutup. Anda mampu mengubahnya. Mulakan dengan sumbangan anda yang paling minimum.



Tak Kan Layu Melayu | Pak Pandir - Ye Ke

Salam 1 blog!! Lama sungguh tak update blog ni.. Sibuk sangat lepas tukar unit ngan bilik baru ni.. Dah stabil sket baru ade mase nak menulis.. Macam isu nak kongsi tapi sebab kekangan masa niat tu terpaksa ditangguhkan.. Ada yang suka tunjuk hebat, ada yang nak naik pangkat cepat, ada yang suka mengumpat hal membe.. Ada yang suka berleter sudahnya keje tak siap2 jugak.. Sampai bila Melayu nak maju ni?? Dengki tak habis.. Selesa sangat dengan kemudahan yang diberikan.. Sampai kita lupa tentang bangsa lain yang dah lama tinggalkan kita..





Ye Ke - Pak Pandir (Cintalogi 1999)


Lagu ni aku dengar waktu tahun 1999.. Melodinya sangat menarik.. Lagu lama-lama banyak yang unsur nasihat.. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.. Jangan kita mudah lupa.. Kelak anak cucu kita yang akan merana.. Selamat mendengar..

Lagu : Ye Ke
Artis : Pak Pandir, To'ki & Sheqal

Kite dah takde mase untuk tidur....
Kita dah takda masa untuk berdengkur...
Kita dah takda masa untuk bermimpi...

Bangunlah..bangunlah..(3x)
Dari lenamu...

Tika kita duduk bersantai...
Anak cucu kita..
Dah terlupa.. asal usul mereka
Yeke? (2x)
Dah terlupa.. adat resam mereka
Yeke? (2x)

Tika kita duduk berdendang...
Anak cucu kita..
Dah terkapai.. Dilanda gejala
Yeke? (2x)
Dah terconteng.. Arang ke mukanya
Yeke? (2x)

Tika kita duduk bersembang...
Anak cucu kita..
Dah bertanya.. Di mana rohaninya
Yeke? (2x)
Dah terpinga.. Di mana kiblatnya
Yeke? (2x)

Itu bukan urusanku
Itu bukan kerjaku
Itu bukan salahku

Itu bukan urusanku
Itu bukan kerjaku
Itu bukan... salah siapa

Takkan layu Melayu... (3x)

Ingin ditarik hidung tapi tak mancung-mancung..
Ingin disuap-suap tapi tak kenyang-kenyang..
Ingin dibuka mata tak celik-celik..

Apa lagi yang tak kena..
Apa lagi yang tak betul..
Apa lagi yang kau mahu...

Ingin ditarik hidung tapi tak mancung-mancung..
Ingin disuap-suap tapi tak kenyang-kenyang..
Ingin dibuka mata tak celik-celik..

Apa lagi yang tak kena..
Apa lagi yang tak betul..
Apa lagi yang kau mahu...

Takkan layu Melayu... (9x)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote