Jadual Kejohanan Copa America Argentina Julai 2011 | Live @ Astro Supersport

Lebih kurang 24 jam, bakal bermulanya Kejohanan Copa America 2011 di Argentina. Tahun ini merupakan kali ke-43 kejohanan seumpananya diadakan untuk pasukan negara Amerika Selatan. Ditambah pula dengan kehadiran Costa Rica serta Mexico sebagai pasukan jemputan. Kejohanan yang dianjurkan oleh CONMEBOL ini (The South American Football Confederation) berlangsung selama 24 hari bermula 1 Julai 2011.
 



Juara bertahan Brazil pada tahun 2007 telah menewaskan Argentina 3- 0. Jika diikut rekod kemenangan piala Copa America, Argentina dan Uruguay masing-masing dengan 14 trofi. Manakala Brazil hanya memenangi sebanyak 8 kali. Perlawanan pembukaan edisi Kejohanan Copa America 2011 melibatkan pasukan tuan rumah, Argentina menentang Bolivia pada jam 00:45 GMT pada 1 Julai 2011 (+ 8 jam untuk waktu Malaysia bersamaan 08:45 pagi 2 Julai 2011) Siaran langsung di Astro Supersport


Brazil vs Argentina Final Copa America 2007



Mari kita lihat senarai pasukan yang bakal merebut kejuaraan Piala Copa America 2011 kali ini.


Kumpulan A
jadual penuh malaysia kejohanan perlawanan copa america argentina 2011, piala copa america argentina 1 julai 2011, pasukan bertanding copa america 2011, kumpulan piala kejohanan copa america argentina 2011, pemain copa america 2011,jadual waktu malaysia copa america 2011, astro supersport copa america fixtures
*Pasukan pilihan : Argentina & Colombia


Kumpulan B
jadual penuh malaysia kejohanan perlawanan copa america argentina 2011, piala copa america argentina 1 julai 2011, pasukan bertanding copa america 2011, kumpulan piala kejohanan copa america argentina 2011, pemain copa america 2011,jadual waktu malaysia copa america 2011, astro supersport copa america fixtures
* Pasukan pilihan : Brazil & Paraguay

Kumpulan C
jadual penuh malaysia kejohanan perlawanan copa america argentina 2011, piala copa america argentina 1 julai 2011, pasukan bertanding copa america 2011, kumpulan piala kejohanan copa america argentina 2011, pemain copa america 2011,jadual waktu malaysia copa america 2011, astro supersport copa america fixtures
* Pasukan pilihan : Mexico & Uruguay



Jadual penuh perlawanan Kejohanan Copa America Argentina 2011 boleh semak di sini (waktu ditunjukkan adalah waktu GMT +0, untuk waktu tempatan sila + 8 jam)

Siaran Langsung Copa America 2011 di Astro Supersport

jadual penuh malaysia kejohanan perlawanan copa america argentina 2011, piala copa america argentina 1 julai 2011, pasukan bertanding copa america 2011, kumpulan piala kejohanan copa america argentina 2011, pemain copa america 2011,jadual waktu malaysia copa america 2011, astro supersport copa america fixtures
Contoh pengiraan waktu tempatan. Klik utk tumbesaran. Lihat jadual penuh di sini



Senarai Pemenang Piala Copa America 
 
jadual penuh malaysia kejohanan perlawanan copa america argentina 2011, piala copa america argentina 1 julai 2011, pasukan bertanding copa america 2011, kumpulan piala kejohanan copa america argentina 2011, pemain copa america 2011,jadual waktu malaysia copa america 2011, astro supersport copa america fixtures



Antara pemain bintang yang menyertai Kejohanan Piala Copa America 2011

jadual penuh malaysia kejohanan perlawanan copa america argentina 2011, piala copa america argentina 1 julai 2011, pasukan bertanding copa america 2011, kumpulan piala kejohanan copa america argentina 2011, pemain copa america 2011,jadual waktu malaysia copa america 2011, astro supersport copa america fixtures

Selamat menonton kepada semua peminat bola sepak antarabangsa. Kejohanan Copa America Agentina 2011 menjanjikan pertarungan sengit pasukan handalan Amerika Selatan

Saksikan Siaran Langsung Kejohanan Copa America 2011
di Astro Supersport (811) & Astro Supersport HD (831)

jadual penuh malaysia kejohanan perlawanan copa america argentina 2011, piala copa america argentina 1 julai 2011, pasukan bertanding copa america 2011, kumpulan piala kejohanan copa america argentina 2011, pemain copa america 2011,jadual waktu malaysia copa america 2011, astro supersport copa america fixtures
Bola rasmi Kejohanan Copa America Argentina 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 | Malaysia 2 - 1 Taiwan (Zon Asia)

Tahniah pasukan kebangsaan Malaysia kerana berjaya menewaskan Taiwan dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 (Brazil) . Malaysia selaku tuan rumah utk perlawanan pertama membawa bekalan 1 gol sebelum meneruskan perjuangan timbal balik di Taiwan pada 3 Julai 2011. Adakah Piala Dunia kali ini bakal menyaksikan kemasukan Malaysia dalam 32 buah pasukan terbaik dunia?

Keputusan Penuh Perlawanan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia (Klik Sini)

Malaysia vs Taiwan 29 jun 2011,keputusan kelayakan piala dunia 2014 malaysia lwn taiwan, malaysia vs chinese taipei,gol malaysia vs taiwan,malaysia 2-1 taiwan 29 jun 2011
Kelayakan Piala Dunia 2014 Malaysia vs Taiwan


Namun bukan mudah tugas Malaysia yang masih perlu berdepan Singapura jika layak ke pusingan kedua nanti. Faktor fokus harus diberi perhatian terutama di bahagian pertahanan kerana kelekaan mereka telah dihukum dengan 1 gol oleh pasukan Taiwan. Peluang di depan gol juga banyak yang gagal disempurnakan oleh pemain Malaysia.



Malaysia vs Taiwan 29 jun 2011,keputusan kelayakan piala dunia 2014 malaysia lwn taiwan, malaysia vs chinese taipei,gol malaysia vs taiwan,malaysia 2-1 taiwan 29 jun 2011
Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011


Malaysia vs Taiwan 29 jun 2011,keputusan kelayakan piala dunia 2014 malaysia lwn taiwan, malaysia vs chinese taipei,gol malaysia vs taiwan,malaysia 2-1 taiwan 29 jun 2011
Keputusan Perlawanan Malaysia vs Taiwan


Keputusan Penuh Perlawan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia


Malaysia vs Taiwan 29 jun 2011,keputusan kelayakan piala dunia 2014 malaysia lwn taiwan, malaysia vs chinese taipei,gol malaysia vs taiwan,malaysia 2-1 taiwan 29 jun 2011
Keputusan Penuh Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014


Kecederaan kepada Safee Sali dan Safiq Rahim sedikit meresahkan kem Malaysia yang akan bertandang ke Taiwan pada Ahad ini. Siaran Langsung di TV1 akan bermula dari pukul 6 petang.

Israk Mikraj 2011 | Tema " Kembara Keimanan , Seribu Pengajaran "

Salam semua. Kepada muslimin dan muslimat selamat menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab 1432 bersamaan 29 Jun 2011. Dengan tema pada tahun ini " Kembara Keimanan, Seribu Pengajaran " mari kita renung sejenak sejauh mana keimanan kita.


tema israk mikraj 2011, tema isra' mikraj 27 rejab 1432h, israk mikraj 29 jun 2011, poster israk mikraj 2010, lirik lagu israk mikraj, iman manusia, cara pertingkatkan iman, kembara keimanan seribu pengajaran, video lagu israk mikraj inteam, hijjaz, mestika
Kembara Keimanan, Seribu Pengajaran


Cara Kita Pertingkatkan Iman


Terdapat berbagai cara untuk meningkatkan keimanan. Salah satu daripadanya ialah memperbanyakkan tafakur (berfikir). Ianya hendaklah dilakukan secara sistematik dan perlu pula beristiqamah. Kita juga perlu mengetahui cara berfikir yang sebenarnya. Jika dihayati secara mendalam, InsyaAllah ianya hanya akan dapat memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.

PERTAMA: 

Berfikir mengenai alam semesta dengan segala keanehan penciptanya.Bayangkan betapa tersusunnya perjalanan dan peredaran segala bintang dan planet yang jumlahnya seratus juta. Saiznya pula ratusan kali ganda berbanding bumi. 


Semuanya terapung di angkasa raya dalam tatasuria yang Maha luas, tanpa tiang dan tanpa tali yang mengikat.Maka berkuasa Allah s.w.t. Alangkah kerdilnya diri kita di tengah-tengah seluruh penciptaan alam semesta ini.



KEDUA: 

Berfikir dan merenung mengenai kejadian diri yang berasal dari air yang hina (mani). Dengan rahmat Allah s.w.t. dijadikan manusia yang serba serbi cantik dan ajaib. Sama ada zahir atau batin ianya tersusun rapi.


Makanan yang ditelan melalui proses yang sangat seni dan sempurna. Akal pula boleh berfikir dan mengumpul maklumat. Roh pula lebih kompleks dan tidak tercapai oleh pakar sains bagaimana bentuk dan keadaannya.



KETIGA: 

Berfikir mengenai kehidupan yang bermula dari alam roh, berpindah ke dalam kandungan ibu hasil percampuran benih.Tiada siapa yang mampu menahan proses perubahan usia hingga berakhir dengan kematian. 


Selepas bermastautin di Barzakh, dibangkitkan pula di Mahsyar sementara menunggu hari perhitungan atau hisab atau timbangan amal. Penghujungnya ialah Neraka atau Syurga.




KEEMPAT:

Berfikir mengenai limpah kurnia Allah s.w.t. berupa segala macam nikmat yang tidak terhitung. Sama ada nikmat pada diri mahupun nikmat luar diri. Sejauh mana kita telah mensyukuri nikmat itu.



KELIMA: 

Fikirkan pula mengenai ujian, cubaan dan dugaan yang Allah s.w.t. datangkan sekali sekala. Apakah kita ini tegolong dari kalangan orang yang sabar dan redha atau sebaliknya sering keluh kesah, mendongkol dan tidak senang. Sedangkan kesukaran hidup hanya sekali sekala berbanding kesenangan yang tidak pernah putus.



KEENAM: 

Berfikir mengenai amalan baik. Bukan untuk dirasai banyaknya tetapi untuk disandarkan atau dikembalikan kepada Allah s.w.t.

Segala-galanya atas izin dan kekuatan yang dikurniakan Allah s.w.t. untukberlaku taat. Kemudian lupakan saja seolah-olah sebagai orang yang tidak punya amalan. Setiap kali selesai beramal, bersyukurlah kerana Allah s.w.t. mahu kita dlam keadaan taat kepadaNya. Dan berharap sajalah kepada rahmat Tuhan.



KETUJUH: 
Kenang dan hitung pula dosa yang telah dilakukan. Sejauh mana telah bertaubat letakkan diri dalam merasai sentiasa berdosa. Dan tidak putus-putus memohon keampunan Allah s.w.t. Kekalkan rasa bimbang kalau Tuhan tidak ampunkan dosa kita



 Lagu & Lirik Israk Mikraj 




HIJJAZ, IN-TEAM, UNIC & MESTIKA (ISRA' MIKRAJ)

Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha 
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra' mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya

Paradise Sandy Beach Resort Penang | DIGI Broadband Discover Day Plan RM38/month

Hi semua. Hari ini aku update dari Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang. Ada bengkel 4 hari pasal ICT jabatan. Lepas 2 tahun tak sampai Pulau Pinang, kali ini aku drive sendiri tuk cari pengalaman ke utara. Biase asyik ke selatan je. Mula2 cuak gak sebab pegi sorang2. Tapi berbekalkan keberanian dan kecekalan, ku gagahkan jua kaki utk menekan pedal minyak terus ke pulau mutiara. 


digi discover day cheap broadband,paradise sandy beach resort penang pulau pinang, digi discover day plan rm38, broadband digi discover plan rm38, broadband murah DIGI, jambu air malaysia tapah
Paradise Sandy Beach Resort


Perjalanan dari KL amik mase dalam 4 jam (slow kan aku bawak) Tapi nasib aku baik kali ni. 1st time road block aku lepas! Sblm ni da 2 kali kene tahan. Hampeh kne saman. 1 kene bayar, 1 aku berjaya lari (oppss). On the way 2 singgah R&R Tapah jap tuk lunch and beli jambu air (my feveret).


paradise sandy beach resort penang pulau pinang, digi discover day plan rm38, broadband digi discover plan rm38, broadband murah DIGI, jambu air malaysia tapah
Deluxe Room


paradise sandy beach resort penang pulau pinang, digi discover day plan rm38, broadband digi discover plan rm38, broadband murah DIGI, jambu air malaysia tapah
View dari balcony


paradise sandy beach resort penang pulau pinang, digi discover day plan rm38, broadband digi discover plan rm38, broadband murah DIGI, jambu air malaysia tapah
Pasir di tepi pantai


paradise sandy beach resort penang pulau pinang, digi discover day plan rm38, broadband digi discover plan rm38, broadband murah DIGI, jambu air malaysia tapah
My feveret Jambu air


Nexy story, semalan aku baru je beli DIGI Broadband Discover Day Plan. Sebab aku tau kat sini susah nak dapat Wifi. So terpakselah aku standby 1 broadband juz tuk update blog and surf websites. Plan yang aku langgan ni murah je. RM 38 sebulan. Discover Day ni lain dari plan biasa sebab speed waktu pagi & malam tak sama. Sesuai untuk yang dah ade fixed line internet kat umah (Streamyx@UNIFI) tapi nak guna waktu opis je. Maklumlah kat opis aku byk sgt website kene block. Sebagai staf ICT yg aktif aku xbebas berkarya ;) 


paradise sandy beach resort penang pulau pinang, digi discover day plan rm38, broadband digi discover plan rm38, broadband murah DIGI, jambu air malaysia tapah
Murah dan mantop. DIGI Discover Day Plan


Golongan yang sesuai menggunakan plan  Broadband Discover Day dari DIGI

1) Mereka yang dah ada fixed line broadband dekat rumah (Streamyx@UNIFI). Tapi perlu guna di luar rumah dan siang hari.

2) Mereka yang menggunakan internet pada waktu siang hari sahaja (Kenapa bayar lebih kalau tak pakai 24 jam)

3) Inginkan kelajuan yang lebih pada siang hari (7am-7pm purata 700kbps dload 200kbps upload speed max to 3.6Mbps)

Layari website DIGI untuk keterangan lanjut. Klik sini


paradise sandy beach resort penang pulau pinang, digi discover day plan rm38, broadband digi discover plan rm38, broadband murah DIGI, jambu air malaysia tapah
DIGI Broadband Discover Day Plan membawa Kafe Que kepada anda


paradise sandy beach resort penang pulau pinang, digi discover day plan rm38, broadband digi discover plan rm38, broadband murah DIGI, jambu air malaysia tapah
After 7pm speed akan bertukar kepada 128kbps (slow r sket)


So total beli semalam kena charge RM130 (RM 100 activation fee + RM30 advance payment) then die akan deduct bayaran bulanan. Jom try DIGI Broadband Discover Day Plan. Dulu dah ade Celcom broadband tapi wat hilang. Huhu. Penting broadband ni kena ade 1 gak. Bertemu di lain entri. Nak tau kesah Papadom 2??  Tunggu..

Tiket Percuma Transformers 3 : Dark of The Moon | Hadiah GSC-EON Bank Credit Card

Hah, dapat tiket free pulak. Memang rezeki bulan JUN (sbb aku lahir bln ni..hehe). Tiket ni aku dapat hasil tangan gatal untuk menaip slogan kat FB fan page "The Ultimate Movie Card". Sebenarnye aku nak join contest Nuffnang premiere screening. Tapi disebabkan masa tak brape nak ade so aku cari alternatif lain.

Tampak lebih yakin dengan SAMSUNG GALAXY S2 baru. *Nipis & Pantas*

transformers free ticket from gsc-eon bank credit card,tiket percuma the ultimate movie card contest,transformers 3 : dark of the moon tiket percuma, filem transformers 3 dark of the moon tiket,tiket percuma transformers 3,gsc eon credit card sponsor
2 In-Season Passes Transformers 3 : Dark Of The Moon


Godek2 dalam entri 2 ade jumpe link GSC-EON Bank Credit Card (cek kat sini). Ada 3 contest. Yang kumpul like paling byk mmg malas la kan. Pastu yg kena tulis blog pun sama la byk keje kot. So aku try je contest "Heroes Who Change Our Lives". Nasib baik contest ni tinggal lagi 2 hari nak tamat. Aku minat gak contest komen2 kat FB ni. Juz cuba nasib kan. Mana tau dapat Grand Prize Plasma TV 42" (wow)



Masa 2 dorang suruh lengkapkan slogan "I like <character Autobots@Decepticons> because ......" (tak lebih 20 patah perkataan) & tag page The Ultimate Movie Card. Aku pun wat la research sket pasal Optimus Prime. Esok malamnya aku pun bukak page The Ultimate Movie Card dan terkejut sebab nmpk ni ...



transformers free ticket from gsc-eon bank credit card,tiket percuma the ultimate movie card contest,transformers 3 : dark of the moon tiket percuma, filem transformers 3 dark of the moon tiket,tiket percuma transformers 3,gsc eon credit card sponsor
Mamat yg like ni menang Grand Prize..Untungnyer la



Kalau  tak cuba kita tak tau. Bukan aku tak boleh beli sendiri tiket ni ;p Dah orang kasi kite terima je la kan. Lain woo nikmat die dapat hadiah ngan beli sendiri. Rasa puas sebab kita punya usaha dan kretiviti dihargai.. Hahahah.. Nak tau slogan yg best sgt bertuah 2?? Boleh klik sini je (tak nak pun xpe ;p)



transformers free ticket from gsc-eon bank credit card,tiket percuma the ultimate movie card contest,transformers 3 : dark of the moon tiket percuma, filem transformers 3 dark of the moon tiket,tiket percuma transformers 3,gsc eon credit card sponsor


Maybe next weekend baru dapat tengok cite ni..Huhu..Kene outstation ke Penang plak. Juliana Evans mesti tak sabar2 bile bace entri ni ;) Mesti ramai yg akan serbu pawagam 29 Jun 2011 sbb dah lama tunggu filem ni dari last year. Asyik tengok poster ngan trailer je ape barang kan. 

Transformers 3 : Dark of The Moon adalah sekuel ke-3 arahan Micheal Bay dgn kerjasama Steven Spielberg

Tampak lebih yakin dengan SAMSUNG GALAXY S2 baru. *Nipis & Pantas*






Memang hebat dan penuh aksi. Kalau sekuel ke-2 Megatron tak mati lagi. Kali ni siapa pulak yang mati. Tapi sayang Megan Fox dah tak berlakon. Selamat menonton!!


transformers free ticket from gsc-eon bank credit card,tiket percuma the ultimate movie card contest,transformers 3 : dark of the moon tiket percuma, filem transformers 3 dark of the moon tiket,tiket percuma transformers 3,gsc eon credit card sponsor


Akhir kata terima kasih kepada The Ultimate Movie Card & GSC-EON Bank Card atas tajaan ini.

SEPAH Juara Final Maharaja Lawak Astro 2011 | Peminat JOZAN Akur

Hebat persembahan SEPAH pada malam tadi. Lawak mereka memang menjadi-jadi. Walaupun ramai yang menjangkakan JOZAN bakal jadi juara. Mungkin persembahan pertama JOZAN utk tema bebas agak hambar. Jika melihat kepada persembahan SEPAH, mereka menggunakan watak 'Ustazah Nor Baayah' dan rancangan 'Manisnya Kurma Ini?' yang memang sudah sedia lawak. Gaya tiru personaliti memberi kelebihan kepada mereka.

Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini

keputusan penuh final maharaja lawak astro 2011, juara final maharaja lawak astro akhir 2011, sepah juara final maharaja lawak astro 2011, persembahan sepah final maharaja lawak astro, persembahan akhir maharaja lawak astro 2011
Juara Final Maharaja Lawak Astro 2011 | SEPAH


Syabas SEPAH kerana mengekalkan momentum hingga ke Final Maharaja Lawak Astro 2011. Mereka berhak menjadi juara jika melihat kepada persembahan malam tadi. Markah juri (Apek) yg beri markah penuh utk persembahan pertama mereka byk membantu.

KEPUTUSAN FINAL MAHARAJA LAWAK ASTRO 2011
Juara – SEPAH (RM350,000)
Kedua – JOZAN (RM250,000)
Ketiga – NABIL (RM150,000)
Keempat – JAMBU (RM50,000)


Jom tgk aksi Final Maharaja Lawak Astro 2011 JOZAN & SEPAH malam tadi.


Kumpulan SEPAH - Tema 'Bebas'




Kumpulan SEPAH - Tema 'Muzikal Komedi'




Kumpulan JOZAN - Tema 'Bebas'





Kumpulan JOZAN - Tema 'Muzikal Komedi'


Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini

Semua video kredit to GuaTv.com ( Peminat Nabil & Jambu boleh klik link GuaTv.com utk lihat di sana)


Final Maharaja Lawak Astro 24 Jun 2011 | JOZAN Ada Kelebihan Sang Juara

Mungkin ada yang bersetuju dan tidak dengan penyataan "JOZAN Ada Kelebihan Sang Juara" dalam edisi Final Maharaja Lawak Astro malam ini. Kombinasi Johan & Zizan memang sukar digugat. Seolah-olah ada chemistry antara kedua ikon lawak masyarakat Malaysia masa kini.

Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini
final maharaja lawak astro, keputusan akhir maharaja lawak astro, maharaja lawak astro 24 jun 2011 keputusan penuh final maharaja lawak astro jozan, johan juara maharaja lawak astro 2011, jozan menang maharaja lawak astro warna, johan & zizan, pengacara raja lwak astro, pertandingan akhir maharaja lawak astro
Kredit : Google


Seorang dikurniakan dgn bakat meniru gaya artis. Seorang lagi dgn gaya spontan yg gemar menambah2 cerita. Itulah kelebihan JOZAN yg meletakkan mereka di tangga teratas carta undian penonton Maharaja Lawak Astro. Kenapa JOZAN layak ditabalkan sebagai juara?


1. Pengalaman

Kalau dibandingkan dgn peserta lain, JOZAN telah menimba pengalaman yg sangat luas dalam bidang pengacaraan & lakonan. Bermula sbg pengacara rancangan Raja Lawak Musim ke-2, mereka mengekalkannya sehingga musim ke-5. Di samping itu, kedua-dua pernah membintangi beberapa watak penting dalam filem box office. Terbaru, Johan (Abu Hurairah) dgn Hantu Kak Limah Balik Rumah yg meletop2. Zizan pula (Abang Long Padil) dlm filem KL Gangster yg sudah mengutip lebih dari RM 10 juta. Ditambah pula siri drama "Chapalrela", sitkom "Oh Yeah!" serta rancangan mereka sendiri "JOZAN SHOW".


2. Spontan

JOZAN antara peserta yg mampu mengawal penonton dlm pelbagai situasi. Boleh cover if ada silap atau benda tak dirancang berlaku. Ini sukar dilihat dari peserta lain yg ikut plan asal dan kurang yakin. Kekuatan ini meletakkan JOZAN pada tahap yang lebih tinggi dari peserta lain. Lawak spontan yg dilakukan nampak natural dan dekat pada hati penonton.


 final maharaja lawak astro jozan, johan juara maharaja lawak astro 2011, jozan menang maharaja lawak astro warna, johan & zizan, pengacara raja lwak astro, pertandingan akhir maharaja lawak astro
Kredit : Google


3. Peminat yang ramai

Memang tak dinafikan, pemenang malam ini tidak ditentukan oleh undian 100%. JOZAN sudah ada pengikut tersendiri sebelum bermulanya Maharaja Lawak Astro ini. Ini terbukti apabila Anugerah Bintang Popular Berita Harian mengangkat Zizan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular. Johan pula tersenarai dalam top 5 kategori yg sama.


4. Idea lawak yang moden & terkini

Bukan mudah untuk buat orang ketawa. Lagi2 di atas pentas secara langsung. Kalau rakaman still boleh ulang sampai puas hati. Setiap minggu kita pasti tertunggu lawak baru dari kumpulan JOZAN. Watak "Mail Lambung" menjadi bualan dan jenaka remaja. Dr Fadzilah Kamtumi, Chef Tu..kang Masak, Eric Ling hanya sebahagian daripada idea kreatif 2 anak muda ini. Boleh lihat klip di bawah.


Sedutan Maharaja Lawak Minggu 11 Jozan (Edisi Zamri Rockers)




Sedutan Maharaja Lawak Minggu 12 Jozan (DJ ERA Bersinar FM)





Kepada peminat Final Maharaja Lawak Astro anda boleh saksikan siaran langsung di Astro Warna (saluran 132) HD (saluran 188) pada jam 10.00 malam ini.


 final maharaja lawak astro jozan, johan juara maharaja lawak astro 2011, jozan menang maharaja lawak astro warna, johan & zizan, pengacara raja lwak astro, pertandingan akhir maharaja lawak astro
Kredit : GuaTv.com

Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini

Final Maharaja Lawak Astro


Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam (skrin besar ditayangkan di luar stadium)

Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)

Masa : 10.00 – 12.00 malam

Hadiah Utama : RM300,000

Keputusan Penuh Perlawanan Kelayakan Olimpik Pusingan Kedua | Malaysia 2 - 1 Lubnan

Pertamanya, sekalung tahniah untuk wira-wira negara. Baik dari pemain, pengurusan, jurulatih hingga kepada penyokong. Semua memainkan peranan yg penting dlm misi besar Malaysia semalam. Usaha selama lebih 3 tahun kini menampakkan hasil. Skuad Olimpik 2012 kini maju setapak lagi. Malaysia 2 - 1 Lubnan. Tahniah sekali lagi kerana melayakkan diri ke peringkat kumpulan.


Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini
keputusan penuh perlawanan pusingan kedua kelayakan olimpik 2012, malaysia vs lubnan, undian peringkat kumpulan malaysia pusingan ketiga olimpik, malaysia 2-1 lubnan, malaysia menang lawan lubnan, pusingan kedua kelayakan olimpik 2012, irfan fazail, wan zack haikal, gurusamy, gary steven
 Kredit : Astro Arena


Aku sebagai peminat bola sepak kebangsaan bangga giler dgn persembahan anak buah Ong Kim Swee. Terharu melihat corak permainan yg sebelum ini hanya dpt dilihat oleh pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea, Iran & China. Penyudah untuk gol pertama oleh Irfan Fazail pada min ke-9 berada pada kelas tersendiri. Sepakan volley yg ckup deras gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pasukan Lubnan. Aku pun belum tentu leh save :)


Namun jika dilihat dari corak permainan masih ada ruang yg perlu diberi perhatian. Terutamanya hantaran pendek yg dilihat sering kali mudah dipatahkan oleh pemain Lubnan. Bahaya cukup bahaya disebabkan taktik Lubnan yg mempunyai pemain berskill tinggi serta fizikal yg besar gemar bermain hantaran jauh. Skuad Harimau Muda menghadapi masalah untuk merampas kembali bola sehingga hampir2 menghukum barisan pertahanan negara.


keputusan penuh perlawanan pusingan kedua kelayakan olimpik 2012, malaysia vs lubnan, undian peringkat kumpulan malaysia pusingan ketiga olimpik, malaysia 2-1 lubnan, malaysia menang lawan lubnan, pusingan kedua kelayakan olimpik 2012, irfan fazail, wan zack haikal, gurusamy, gary steven
 Kredit : Wikipedia

Mujur nasib menyebelahi kita. Sehinggalah pada minit ke-41, Gary Steven Robbat (penerima kad merah pd min ke-50) melorongkan bola cantik atau dlm english term dipanggil "defence spliiting pass" tepat pada larian bijak Wan Zack Haikal untuk mudah menolak masuk gol ke-2 Malaysia. Kredit aku harus berikan kepada Gurusamy & Gary Steven yg begitu bijak mengawal bahagian tengah. Mematahkan serangan lawan dan melorongkan bola dalam kawasan bahaya Lubnan.


Mungkin sedikit kekalutan yg berlaku apabila Malaysia terpaksa menamatkan perlawanan dgn 10 orang pemain. Sebelum itu, jelas Malaysia mengawal permainan dgn baik. Benteng negara yg dibarisi Muslim dan Fadhli serta Khairul Fahmi selaku penjaga gol mengawal kemas setiap asakan pemain Lubnan. Pemain Lubnan yg menarik perhatian aku adalah Mohamad Haidar. Beliau byk mengucar kacirkan pertahanan negara dan hampir menjaringkan gol cantik di sebelah kanan pintu gol Malaysia.


MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Affize Faisal Mamat (Wan Zaharulnizam Zakaria), Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Irfan Fazail (Izzaq Faris Ramlan), K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Syahrul Azwari Ibrahim (Abdul Shukur Jusoh).

LUBNAN: Mohamad Dakramanji, Jad Noureddine (Rabih Ataya), Omar Ouaida, Nour Mansour, Chadi Atie (Mustapha Chahine), Haytham Faour, Abdallah Taleb, Mohamad Haidar, Kassem Leila, Ali Bazzi (Hassan Chaito), Mahmoud Kojok.


PENGADIL: Toma Maasaki (JEPUN)


Keputusan Penuh Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik

keputusan penuh perlawanan pusingan kedua kelayakan olimpik 2012, malaysia vs lubnan, undian peringkat kumpulan malaysia pusingan ketiga olimpik, malaysia 2-1 lubnan, malaysia menang lawan lubnan, pusingan kedua kelayakan olimpik 2012, irfan fazail, wan zack haikal, gurusamy, gary steven
Kredit : Wikipedia


Halangan Malaysia selepas ini? Jom kita lihat.

Pasukan yg layak ke peringkat seterusnya:

1) Qatar
2) Iraq
3) Bahrain
4) Australia
5) Jepun
6) Syria
7) UAE
8) Korea Selatan
9) Uzbezkistan
10) Arab Saudi
11) Oman
12) Malaysia


Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini
12 pasukan yg layak akan dibahagikan kepada 3 kumpulan (4 negara setiap kumpulan)
Undian akan berlangsung di AFC House pada 7 Julai 2011
Perlawanan akan berlasung sekitar bulan September (lepas raya la ni ;p)

Manchester United Datang Ke Malaysia 4 Julai 2011 | Asia Trophy Tour 2011

Kelab gergasi bola sepak Eropah, Manchester United FC yang ditabalkan sebagai Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2010/2011 buat kali ke-19  bakal berkunjung ke Malaysia pada 4/5 Julai 2011. Ia bersempena dgn program Asia Trophy Tour di mana mereka akan membawa trofi kemenangan untuk dikongsi bersama peminat-peminat mereka di rantau Asia.

Update Terkini : Team Manchester United akan berada di Suria KLCC Park pada 5 Julai 2011 (Klik sini utk lihat video) dihadiri oleh bekas penjaga gol Van Der Sar pada jam 7.45 pm hingga 8.15 pm waktu Malaysia

Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini
Manchester United datang ke Malaysia 2011,manchester united malaysia tour 2011 Manchester United Asia Trophy Tour 2011, Park ji sung, 4 Julai 2011
Kredit : Google

Park Ji Sung serta beberapa pemain lama dan baru akan mengiringi trofi sekitar bandar-bandar di Hong Kong, China, Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura sepanjang 15 hari lawatan ini diadakan. Jadual penuh siri jelajah adalah seperti berikut :

Manchester United datang ke Malaysia 2011,manchester united malaysia tour 2011 Manchester United Asia Trophy Tour 2011, Park ji sung, 4 Julai 2011
Hong Kong - 23 Jun 2011
China - 27/28 Jun 2011
Indonesia - 29/30 Jun 2011
Thailand - 1 Julai 2011
Malaysia - 4/5 Julai 2011
Singapura - 6/7 Julai 2011

*Tertakluk kepada perubahan



Lebih separuh dari 333 juta peminat Manchester United berada di benua Asia. Justeru, langkah ini diharap dapat menghargai sokongan padu peminat setia kelab dengan memberi peluang kepada mereka untuk melihat sendiri piala kemenangan ini serta bintang2 terkemuka pasukan Manchester United.


Manchester United datang ke Malaysia 2011,manchester united malaysia tour 2011 Manchester United Asia Trophy Tour 2011, Park ji sung, 4 Julai 2011
TM siap ade page khas tuk Manchester United >Ce Klik<

Siri Asia Trophy Tour 2011 kali ini ditaja oleh Nike, Audi, Turkish Airlines, Hutchison 3, Danamon Bank, Singha, TM, PCCW and MUFB.


Manchester United datang ke Malaysia 2011,manchester united malaysia tour 2011 Manchester United Asia Trophy Tour 2011, Park ji sung, 4 Julai 2011


Diharapkan pasukan Manchester United terus cemerlang, gemilang & terbilang. Bring on Ashley Young (ura-ura mcm dah nak masuk MU) . Teruskan usaha untuk dapatkan khidmat Wesley Sneijder.


Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini
Manchester United datang ke Malaysia 2011,manchester united malaysia tour 2011 Manchester United Asia Trophy Tour 2011, Park ji sung, 4 Julai 2011
Like FB Manchester United yang dah menjangkau 16 juta orang!!

Malaysia vs Lubnan 23 Jun 2011 | Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik 2012

Buat peminat bola sepak tempatan, jangan lepaskan peluang untuk memberi sokongan padu anda kepada skuad negara dalam misi perlawanan kedua Malaysia vs Lubnan (1st leg 0-0 je). Teorinya sangat mudah. Kita hanya perlu menang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya ;) Hehe..


malaysia vs lubnan, malaysia lwn lebanon, malaysia vs lubnan 23 jun 2011, kelayakan olimpik malaysia vs lubnan, keputusan terkini malaysia vs lubnan, tiket perlawanan malaysia vs lubnan


Harga Tiket Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012

Malaysia vs Lubnan
Tarikh: 23 Jun.2011 (Khamis)
Masa: 8.45mlm
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket-tiket boleh didapati seawal jam 3 petang pada hari perlawanan di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kadar harga tempat duduk :

Grand stand : RM 30
Terbuka : RM 20
Kanak-kanak : RM 5


Kita lihat apa kata kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat aka Apek. (berita penuh di SINI)

"ANDAI gol awal mampu diledak membolosi gawang Lubnan, peluang Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik adalah cerah."



Yeah, aku pun setuju Apek. Malaysia perlu ambil peluang seawal mungkin supaya pemain tak rasa tertekan. Jangan buat simple mistakes @ foul dalam kawasan bahaya. All the best Harimau Muda!!


malaysia vs lubnan, malaysia lwn lebanon, malaysia vs lubnan 23 jun 2011, kelayakan olimpik malaysia vs lubnan, keputusan terkini malaysia vs lubnan, tiket perlawanan malaysia vs lubnan
AUMMMMMM!!

Siaran Lansung di Saluran 801 ASTRO ARENA (8.45pm)

Hari Terbuka GLC 2011 (24 - 26 Jun) | Ford Fiesta Jadi Taruhan

Hari terbuka GLC 2011 bertujuan mewujudkan kesedaran serta meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai peranan unik yang dimainkan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ianya satu program yang bagus untuk anda menjalin hubungan, berkongsi idea, menyertai forum, meneroka peluang-peluang biasiswa, kerjaya dan perniagaan serta menemui banyak produk dan perkhidmatan yang menarik. 

Acara tiga hari itu yang bertemakan “Pembangunan Negara, Menyentuh Kehidupan”, akan bermula pada 24 Jun, dengan penyertaan 5 GLIC dan 18 GLC.

MASUK PERCUMA!!
hari terbuka glc 2011 24 jun 2011, hari terbuka glc 2011 25 jun 2011, hari terbuka glc 2011 26 jun 2011, hadiah ford fiesta glc 2011, glc open day 2011


Antara syarikat yang mengambil bahagian :


Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan / Goverment-linked Investment Companies (GLICs)



Khazanah Nasional

Employee's Provident Fund (KWSP)

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Permodalan Nasional Berhad (PNB)


Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini

Syarikat Berkaitan Kerajaan / Government-linked Companies (GLCs)



hari terbuka glc 2011 24 jun 2011, hari terbuka glc 2011 25 jun 2011, hari terbuka glc 2011 26 jun 2011, hadiah ford fiesta glc 2011, glc open day 2011
Affin Holdings

Axiata

BIMB Holdings

Boustead Holdings

Chemical Company of Malaysia (CCM)

CIMB Group

Malaysia Airports

Malaysia Airline System (MAS)

Maybank

Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB)

Proton Holdings

Sime Darby

Telekom Malaysia (TM)

Tenaga Nasional

TH Plantations Berhad

UEM Group

UMW Holdings


hari terbuka glc 2011 24 jun 2011, hari terbuka glc 2011 25 jun 2011, hari terbuka glc 2011 26 jun 2011, hadiah ford fiesta glc 2011, glc open day 2011
Antara hadiah menanti pemenang bertuah ;)

Layari Laman Web Hari Terbuka GLC 2011 untuk maklumat lanjut 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote