Manchester United 3 - 3 FC Basel | Taktik Menyerang Dengan Bijak

Seri lagi?? Perlawanan UEFA Champions League awal pagi tadi sekali lagi memberi amaran kepada pasukan Manchester United tentang kepincangan di bahagian pertahanan. Rio Ferdinand dah boleh siap-siap isi borang pencen. Kelam kabut bila tengok gandingan Ferdinand-Jones yang seringkali buat kesilapan. FC Basel lebih banyak cipta gerakan menarik dengan one touch, one-two tapi gagal menjaringkan gol dalam separuh masa pertama.


keputusan perlawanan uefa champions league manchester united vs fc basel,apa itu final third 3rd dalam bola sepak fottball pitch,gambar final third bola sepak,kombinasi ferdinand dan jones,danny welbeck score goals,manchester united 3-3 fc basel highlights full match,teknik menyerang dengan bijak hebat disiplin taktik,cara counter attack serangan berbahaya,siaran langsung live manchester united vs norwich city waktu malaysia astro espn



Macam biasa Sir Alex akan rotate pemain die. Fabio, Giggs, Carrick & Welbeck antara pemain yang masuk dalam starting line up. Walaupun aku rasa team ni dah ok tapi still ada kelemahan yang perlu dibaiki. Disiplin pemain ketika menyerang perlu ada. Jangan asyik nak menyerang kita buka ruang untuk pasukan lawan untuk counter attack.




Fullbacks Manchester United sejak turun temurun memang pakar dalam overlapping. Dan ketika ini United ketandusan pemain defensive midfielder seperti Keane, Butt dan Hargreaves yang akan cover bek tengah sekiranya kehilangan bola dalam kawasan final third. Maybe Ferguson boleh cuba letakkan Jones di posisi ini kerana beliau ada kelebihan sebagai ball winner dan dictate tempo. Tak tau final third tu ape??


Illustrasi Perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2018

keputusan perlawanan uefa champions league manchester united vs fc basel,apa itu final third 3rd dalam bola sepak fottball pitch,gambar final third bola sepak,kombinasi ferdinand dan jones,danny welbeck score goals,manchester united 3-3 fc basel highlights full match,teknik menyerang dengan bijak hebat disiplin taktik,cara counter attack serangan berbahaya,siaran langsung live manchester united vs norwich city waktu malaysia astro espn




Padang bola seperti dalam rajah di bahagikan kepada 3 bahagian. Sebagai contoh pasukan Malaysia berada di sebelah kiri skrin anda manakala pasukan Brazil di sebelah kanan. Kawasan A dikenali sebagai 'final third' untuk pasukan Brazil dan kawasan B adalah 'final third' untuk pasukan Malaysia. 




Apa yang berlaku dalam aksi pagi tadi, pemain Manchester United banyak kehilangan bola ketika menyerang. Ini kerana ada sesetengah daripada mereka yang suka sangat gelecek, nak cuba through pass yang cantik2, dan buat tindakan yang kononnya bijak. Ingat, dalam bola sepak pun perlu ada strategi dan taktik. Aku ni bukannya hebat sangat. Tapi teori aku kalau nak attack lebih kurang camni.



Setiap kali pasukan anda dapat bola di kawasan tengah, pemain di bahagian serangan dan pertahanan perlu berada pada posisi yang betul supaya orang yang pegang bola ada option untuk lakukan hantaran. Dan cuba pastikan anda tidak kehilangan bola dalam kawasan final third kerana rakan anda semua telah bersedia untuk menyerang. Serangan tu pulak mesti berakhir sama ada dalam jaring (gol!! la ni), bola keluar (kiri, kanan, corner atau goal kick) atau dalam kawalan penjaga gol (saved la ni).




Sebab apa aku fikir camtu, sebab bila bola ni masuk gol, keluar padang atau diselamatkan penjaga gol, fullbacks dan pemain lain ada masa untuk kembali pada posisi mereka. Dah ready untuk defend atau rampas bola balik. Malangnya sekiranya cubaan 'bijak' kita itu akan menyusahkan rakan yang lain untuk mengejar sedangkan mereka sudah out of position. Biasanya tackle yang dilakukan dari belakang akan dihadiahkan kad kuning dan sepakan percuma. Tak pasal-pasal pasukan kita berada dalam keadaan pressure.



Keputusan Perlawanan Manchester United vs FC Basel | UEFA Champions League





Gol pertama dan kedua Manchester United berpunca dari kombinasi Giggs dan Welbeck. Nampaknya Berbatov perlu ambil peluang yang ada jika tidak mahu kekal sebagai penyerang nombor 4@5 United. Dalam masa 1 minit United tiba-tiba berjaya menjaring 2 gol. Selepas rehat, Basel pula lebih banyak mengasak dan akhirnya berjaya mencari gol hasil kelekaan United bertahan sewaktu sepakan sudut. 2 pemain Basel tidak dikawal langsung. Fokus dan disiplin bila mendahului perlu ada kerana bola itu bulat.




United mula panik.. Keghairahan mencari gol ketiga akhirnya membuka ruang kepada Basel menyamakan kedudukan hasil hantaran lintang yang gagal dikawal Ferdinand dan Frei mudak menanduk masuk ke gawang. De Gea yang beraksi cemerlang tidak mampu menampan bola keluar. Frei kemudiaannya menambah gol FC Basel menerusi sepakan penalti selepas Valencia dikatkan mengasari Streller. Soft penalty given. Jones mungkin perlu mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya daripada passing kepada Valencia. Ashley Young menjadi wira apabila menyelamatkan maruah United di gelanggang sendiri dengan gol penyamaan pada minit ke-90.




Satu mata di tempat sendiri agak merugikan. Namun jika diambil kira kesilapan demi kesilapan United perlu akur. Mungkin jika tidak kerana barisan pertahanan yang sering dirombak dalam 2 perlawanan terakhir, United boleh bertahan lebih baik. Inilah senario bola sepak.. Sehebat mana pasukan anda, jika anda tidak ambil peluang dan bertahan dengan baik, pasukan lawan akan menghukum anda.




keputusan perlawanan uefa champions league manchester united vs fc basel,apa itu final third 3rd dalam bola sepak fottball pitch,gambar final third bola sepak,kombinasi ferdinand dan jones,danny welbeck score goals,manchester united 3-3 fc basel highlights full match,teknik menyerang dengan bijak hebat disiplin taktik,cara counter attack serangan berbahaya,siaran langsung live manchester united vs norwich city waktu malaysia astro espn


Siaran Langsung Perlawanan Manchester United vs Norwich City

10.00 pm waktu Malaysia, 1 Oktober 2011 (Sabtu)

Live @ Astro ESPN (812) HD (832)

Glory2 Man Utd

Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2011 | Program Tanggungjawab Sosial Korporat

Salam 1 Malaysia.. Hari ni aku ditugaskan untuk promote satu program yang sangat murni oleh syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) bagi membantu siswazah-siswazah dari negeri Selangor menyediakan diri mereka masuk ke alam pekerjaan dan keusahawanan. Maklumlah ramai student-student IPT yang dah konvo.. Syabas dan tahniah diucapkan.


Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2011

kumpulan perangsang selangor sdn bhd,program tanggungjawab sosial,rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,aturcara majlis program rangsangan kerjaya siswazah selangor,senarai kursus dan latihan rangsangan kerjaya selangor,peta lokasi majlis pelancaran program rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,objektif rangsangan siswazah selangor,auditorium jubli perak sultan salahuddin abdul aziz shah map,program rangsangan kerjaya selangor 30 september 2011,muat turun borang pendaftaran program rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,brosur program
 Borang Pendaftaran [Klik]


Objektif utama program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri Selangor dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri. Menarik?? Jom teruskan explorasi anda..


Apa yang anda akan dapat??

1.Kursus dan Latihan
2. On-Job Training
3.Recommendation kepada syarikat yang relevan
4.Insentif untuk perniagaan





Program ini bermula dengan penyediaan kursus dan latihan yang strategik dan diteruskan dengan penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-Job Training) dan usaha untuk membuat recommendation kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus. Dan bagi siswazah yang mengikuti kursus usahawan, insentif khas akan diusahakan untuk membantu siswazah memulakan perniagaan.



PROGRAM-PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS YANG DITAWARKAN 


Program Pengetahuan/Kemahiran
Sijil Program Pembangunan Kemahiran Siswazah Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir.
Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja.
Sijil Pembangunan Usahawan Muda Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan mempunyai daya saing tinggi.
Sijil Perbankan dan Kewangan Islam Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam.
Sijil Pentadbir IT (IT Administrator) Kemahiran dalam pengurusan hardware (server, switches, routers dll), web design dsb.
Sijil Keselamatan & Selenggara LAN Kemahiran dalam pengurusan server, network design & security dan troubleshooting.
Sijil Analisa Data &Kualiti Kemahiran dalam pengurusan data dan analisa, SPC software dan prosedur kualiti.
Sijil Pentadbiran Pencemaran dan Bahan Buang Kemahiran dalam pengurusan pencemaran, peraturan dan prosedur.
Sijil Fiber Ke Rumah Untuk Juruteknik Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optic dan network.
Sijil Membaiki Komputer Kemahiran membaiki dan trouble shooting (hardware & software).
Sijil Aplikasi dan Pembangunan LED Pengetahuan tentang LED dan semiconductor.
Sijil Penilaian Bunyi Industri dan Alam Sekitar Pengetahuan dalam pengurusan bunyi dan penilaian bunyi.
Sijil Pembantu Perubatan Kemahiran pemeriksaan ibu mengandung dan bayi.
Sijil Kreativiti Dan Inovasi Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi.
Sijil Pengurusan & Operasi Halal Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia.



MASA DAN TEMPOH KURSUS

Semua kursus di atas akan bermula pada bulan Oktober 2011 dan tempoh kursus adalah berbeza mengikut program (sila rujuk brosur program di bawah ini). Untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh kursus boleh hubungi pihak penyelaras.




Klik brosur untuk imej yang lebih jelas




PESERTA PROGRAM

Program ini disasarkan kepada semua siswazah dari negeri Selangor (update: rakyat negeri lain pun boleh join, asalkan ada maklumat tempat tinggal di Selangor ) yang memegang ijazah dan diploma dalam apa juga bidang yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan.





MAJLIS PELANCARAN

Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini akan dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 September 2011 (Jumaat)

Masa : 9.45 pagi

Tempat : Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.


Peta Lokasi




 Lihat Pelancaran Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor [klik] dengan lebih jelas


Untuk lihat aturcara Majlis Pelancaran boleh semak di [Perangsang CSR Event]



JOM PAKAT PERGI RAMAI-RAMAI


Share dengan kawan-kawan sekali yer.. Thanx!! 

Bila Manchester United Dapat 1 Mata | Keputusan Undian Pusingan Keempat Piala Carling

Persepsi fans dan haters berbeza-beza. Ada yang melompat bila Manchester United sekadar mencatatkan keputusan seri ketika menentang Stoke City. Ada yang kecewa dengan Giggs apabila beliau tidak dapat menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan. Bagi aku, aku sentiasa realistik dalam apa jua keadaan. Isunya Manchester United bukan kehilangan 2 mata, tetapi bertuah kerana pulang dengan 1 mata. Pertahanan United masih menghadapi masalah untuk berdepan dengan bola tinggi.




Stoke City seperti yang aku dah nyatakan dalam entri sebelum ini [klik] memiliki pemain-pemain yang tinggi. Dan terbukti dalam perlawanan itu mereka menghukum pertahanan United yang sedikit pincang ekoran beberapa kecederaan sebelum sepak mula. Jika tidak kerana kecekapan dan ketangkasan penjaga gol muda, De Gea, Manchester United mungkin akan menerima kekalahan pertama musim ini.



Tindakan refleks De Gea menyelamatkan 3@ 4 percubaan bahaya dari Stoke City. Tapi masih ada yang menyalahkan beliau ketika Crouch mudah menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke 52. Agak sukar penjaga gol untuk keluar dari posisinya apabila dihalang oleh pemain lain. Sememangnya pasukan Stoke mempunyai kelebihan dalam situasi set pieces seperti itu. Apa yang mampu dilakukan oleh pasukan lawan hanyalah mengurangkan bilangan sepakan sudut atau sepakan percuma yang dihadiahkan kepada mereka.







Ketiadaan Rooney sedikit mengganggu corak permainan United. Kecederaan Hernandez selepas 3 minit perlawanan bermula juga tidak banyak membantu. Owen dan Berbatov masih lagi memerlukan games sebelum berada pada prestasi terbaik. Stoke mengekang asakan United dengan baik di bahagian pertahanan. Tackle keras bersilih ganti dan itu yang  perlu tempuhi setiap pasukan jika beraksi di Stadium Britannia.






Manchester City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Tottenham masing-masing menang perlawanan mingguan mereka. Manakala Manchester United terpaksa akur dengan rekod 5 kemenangan berturut-turut telah berakhir. Fokus selepas ini beralih kepada Perlawanan UEFA Champions League menentang FC Basel.


Stoke City 1- Manchester United 1 | Full Highlights English Premier League 2011







Siaran Secara Langsung Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012

 Kumpulan C

Manchester United vs FC Basel


02.45 am waktu Malaysia , 28 September 2011 (Rabu)

Live @ Astro ESPN (812) HD (832)



--------------------------------------------------------------------


Keputusan Undian Pusingan Keempat Piala Carling 2011


Full Fourth-Round Draw

Wolves vs Manchester City

Cardiff vs Burnley

Blackburn vs Newcastle

Arsenal vs Bolton

Stoke vs Liverpool

Aldershot vs Manchester United

Crystal Palace vs Southampton

Everton vs Chelsea


Jadual penuh di sini

Taktik Lin Dan Berhasil | Chong Wei Harus Berubah Jika Mahukan Gelaran Juara Olimpik 2012

Apa dah jadi Datuk?? Lee Chong Wei rebah kepada musuh selain Lin Dan buat kali pertama tahun ini. Chen Long pemain nombor 2 China mendapat bantuan dari rakan senegara (Juara Dunia) Lin Dan yang 'menarik diri' di pusingan separuh akhir semalam. Di masa Chong Wei berjuang untuk negara menempah tiket ke final Badminton Terbuka Jepun 2011, Chen Long tidak perlu bersusah payah. Mungkin juga ini strategi baru Lin Dan dan pasukan China untuk memastikan mereka terus menguasai dunia badminton.


keputusan akhir perlawanan final badminton terbuka jepun 2011 lee chong wei vs chen long,full result badminton open japan 2011 25 september 2011,kenapa lee chong wei kalah kepada chen long,taktik lin dan tarik diri,juara olimpik 2011 badminton,keputusan penuh badminton terbuka jepun 2011,juara china masters 2011 chen long,corak permainan lee chong wei,kenapa pemain china hebat badminton,malaysia tiada pelapis badminton


Mungkin faktor kecergasan memihak kepada Chen Long. Tapi adakah cara permainan Chong Wei sudah cukup baik untuk membawa emas sulung negara dalam sukan olimpik tahun depan?? Tatkala China mempunyai 3 jaguh perseorangan lelaki, Malaysia hanya bergantung harap kepada Datuk. Dalam perlawanan petang tadi Lee Chong Wei tewas mudah dalam set pertama 8-21, 21-10 dan 19-21. Adakah pemakaian T-Shirt yang ada lengan mengganggu judgement bola keluar?




Seperti biasa Chong Wei bermain dengan penuh kelembutan tanpa melakukan serangan agresif biarpun peluang terhidang depan mata. Mata mudah kerap diberikan kepada Chen Long apabila Chong Wei gagal mengagak bola keluar di kawasan sendiri. Setelah bangkit dalam set kedua dan menang 21-10 , set ketiga Chong Wei masih belum belajar akan kesilapan seperti set pertama.






Entah mengapa Datuk Lee Chong Wei masih gemar bermain rally untuk mendapat tepukan gemuruh dan meletihkan lawan daripada mematikannya dengan melakukan smash. Perlu diingat Chen Long seperti juga pemain China lain mempunyai stamina yang tinggi dan fizikal yang lebih mantap. Pada mata 19-19 dalam rubber set, Chong Wei mempunyai peluang besar untuk mendahului, namun Chen Long lebih garang inginkan gelaran Jepun itu.



Chen Long hadir ke pertandingan itu bersama gelaran Juara China Masters kini sudah memenangi 2 gelaran dalam masa seminggu.  Jika Datuk tidak mahu mengubah corak permainan beliau, kita rakyat Malaysia akan hanya melihat dominasi China yang tidak berkesudahan menguasai dunia Badminton.






Aku akur Datuk Lee Chong Wei adalah pemain nombor 1 dunia. Juara All England 2 tahun berturut-turut yang mana aku sendiri tak mampu lakukan. Gaya permainan di jaring beliau tiada tandingan. Corak bertahan dan tindakan reflex juga hebat. Jika beliau menambah sedikit agresif dalam permainan mungkin kita akan lihat Chong Wei yang baru kerana 2012 mungkin peluang terakhir beliau untuk merangkul kejohanan berprestij itu. Tahun depan umurnya akan meningkat kepada 30 tahun. Agak mustahil untuk beliau beraksi dalam olimpik 2016 (34 tahun)



Akhir kata Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana berjuang hingga ke mata terakhir tanpa menarik diri. Mungkin tuah bukan milik Malaysia kali ini. Sudahlah kalah bola sepak di Jepun Rabu lepas. Kini badminton pula.


Siaran Langsung Perlawanan Final Badminton Lee Chong Wei vs Chen Long | Live Terbuka Jepun 2011 Pusingan Akhir

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir Badminton Terbuka Jepun 2011 apabila menewaskan lawan dari Denmark, Pete Gade dengan straight set 21 -13, 21-16. Ramai peminat yang menantikan ulangan pertemuan pusingan akhir antara Chong Wei dan Lin Dan namun seperti biasa Lin Dan dengan alasan menarik diri dari kejohanan kerana dilaporkan mengalami kecederaan. Taktik Lin Dan?


Live Match Final Badminton Open Japan 2011 | Lee Chong Wei vs Chen Long

siaran langsung live match perlawanan datuk lee chong wei vs chen long final akhir terbuka jepun japan open 2011,live streaming badminton open japan 2011 visual live score lee chong wei vs chen long,chong wei vs chen long head to head,rekod pertemuan chong wei dan chen long,gambar final lee chong wei vs chen long,keputusan terkini perlawanan chong wei vs chen long terbuka jepun 2011,jadual penuh perlawanan akhir badminton open japan 2011 yonex,masa perlawanan lee chong wei vs chen long waktu malaysia tempatan malaysia local time,live lee chong wei astro supersport 811,siaran langsung final badminton terbuka jepun di astro
25 September 2011


Pertemuan hari ini menyaksikan pertembungan Lee Chong Wei dari Malaysia vs Chen Long dari China (pemain ke-4 dunia). Rekod pertemuan kedua pemain milik Chong Wei dengan 4 berbalas 1 dan kali terakhir mereka bertemu di Terbuka Indonesia Jun lepas di mana Chong Wei mendapat tentangan sengit sebelum menang 21-17,21-18.



Perlawanan Akhir Terbuka Jepun 2011 | Lee Chong Wei vs Chen Long

Rekod pertemuan Chong Wei - Chen Long


Chong Wei mungkin tidak menghadapi masalah besar bertemu Chen Long kerana kelebihan penguasaan permainan yang jelas berbeza bagi kedua pemain. Corak permainan Chen Long lebih direct tidak seperti Lin Dan yang gemar bermain psikologi bagi melemahkan mentaliti dan fokus lawan. Ketika ini hanya Lin Dan sahaja yang mampu menumpaskan wira negara Datuk Lee Chong Wei.


Siaran Langsung bermula pada jam 11.00 am waktu Malaysia

Jadual penuh perlawanan akhir Badminton Open Japan 2011 - Yonex



Jadual penuh perlawanan akhir Badminton Terbuka Jepun 2011 adalah seperti rajah di atas. Perlawanan pertama melibatkan kategori beregu wanita akan bermula seawal jam 11.00 pagi ini waktu Malaysia. Setelah tamat barulah game peseorangan lelaki antara Lee Chong Wei vs Chen Long mengambil tempat. Jika di kira-kira dalam jam 12.00 pm - 12.30 pm waktu tempatan. Seperti biasa pemain China masih menguasai 80% perlawanan akhir.



Mampukah Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran ke-7 tahun ini??





Saksikan Perlawanan Akhir Badminton Terbuka Jepun 2011 Siaran Langsung

Datuk Lee Chong Wei kk Chen Long (8-21,21-10,19-21)

 12.30 pm waktu Malaysia, 25 September 2011 (Ahad)

Live Match @ Astro SuperSport 811



Nota : Masa perlawanan perseorangan lelaki bergantung kepada masa perlawanan beregu wanita. Masa yang diletakkan di atas hanya anggaran sahaja.


Untuk alternatif kepada yang tiada peluang menyaksikan siaran langsung di Astro, Kafe Que menyediakan Visual Live Score kepada anda untuk mengetahui mata kutipan terkini semua perlawanan akhir hari ini.

Tonton Visual Live Score @ Kafe Que



Chong Wei kalah 8-21,21-10,19-21 kepada Chen Long sebentar tadi

Klik sini untuk keputusan penuh






Selamat berjuang Datuk Lee Chong Wei!! Malaysia mesti lah Boleh

Awas Ancaman Stoke City | Rekod Cemerlang Manchester United Dalam Bahaya

Fokus..Ambil peluang terhidang..Umum sudah tahu kekebalan Stoke City di Britannia Stadium. Selepas Chelsea dan Liverpool gagal mengutip 3 mata penuh, pendahulu EPL musim 2011/2012 kini bakal menghadapi cabaran getir permainan fizikal Stoke City.  Bermain di Europa League memberi pengalaman baru kepada Stoke City selepas menjadi naib juara Piala FA (kerana Manchester City telah layak secara automatik dalam kedudukan liga)


"Jom try skill anda dalam game 100 +"


jadual perlawanan siaran langsung stoke city vs manchester united 25 september 2011,live streaming stoke city vs manchester united astro supersport 3 hd 817 831 waktu malaysia,gol chicharito lawan stoke city,jadual waktu epl musim 2011/2012,perlawanan stoke city vs manchester united live astro



Stoke City dalam perlawanan pusingan ketiga Carling Cup telah berjaya menewaskan Tottenham menerusi sepakan penalti (mungkin sedikit keletihan bermain 120 minit). Sebelum itu mereka kalah teruk kepada Sunderland 4-0 di tempat lawan sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah musim ini. Sebaliknya Manchester United meneruskan permulaan cemerlang dengan 5 kemenangan yang meletakkan mereka selesa mendahului pasukan lain ketika ini.



Namun, perlawanan Stoke City vs Manchester United dinantikan bukan sahaja peminat The Red Devils tapi juga penyokong kelab musuh yang menunggu bilakah masanya United akan kehilangan mata. Tidak semua yang berasa senang apabila Manchester United berada di atas dan menang EPL buat kali ke-20. Tambahan pula peminat-peminat pasukan yang pernah dibelasah United baru-baru ini walaupun beraksi tanpa Vidic, Ferdinand & Rafael 3 tonggak utama di bahagian pertahanan.



Corak permainan Stoke City lebih kepada hantaran jauh kepada penyerang dan juga berbahaya dalam melakukan set pieces. Rory Delap dengan long throws terus ke dalam kawasan penalti cukup meresahkan peminat United. Jonny Evans jika diturunkan perlu lebih keras bagi menghalang pemain tinggi Stoke seperti Showcross, Huth & Crouch di udara. Peranan De Gea bakal menentukan kestabilan barisan pertahanan kerana penjaga gol itu mampu melihat apa yang berlaku di hadapannya.






Barisan tengah United yang dihukum pemain Chelsea minggu lalu perlu lebih berhati mengawal permainan. Kebanyakan counter attack Chelsea berpunca dari kesilapan Anderson memberi bola kepada pemain lawan dan akhirnya dikeluarkan oleh Sir Alex. Fletcher pula mungkin masih belum 100% fit. Nani dan Young yang direhatkan dalam perlawanan Carling bakal diturunkan semula bagi merencana gerakan dari sayap.



Chicharito yang terselamat dari kecederaan akibat tackle keras Cole kembali menjalani latihan dan bakal bersaing dengan Welbeck, Owen & Berbatov untuk bergandingan bersama Rooney di bahagian serangan. Jika diimbas perlawanan sama musim lalu, Hernandez menajaringkan 2 gol penting untuk memberikan United 3 mata penuh.


Stoke City vs Manchester United | EPL Match 2010/2011





Saksikan perlawanan hebat minggu ini

Siaran Langsung | Live Streaming


Stoke City vs Manchester United

00.30 am waktu Malaysia , 25 September 2011

Live @ Astro SuperSport 3 (817) HD (831)

Siaran Langsung & Jadual Perlawanan Pusingan Ketiga League Cup 2011/2012 | 3rd Round Carling Cup

Saingan pusingan ketiga kalah mati Piala Liga Inggeris atau dikenali sebagai Carling Cup 2011/2012 akan bermula awal pagi esok. 32 pasukan bakal memburu tempat ke peringkat seterusnya. Birmingham City berdepan cabaran sukar untuk mempertahankan gelaran juara apabila diundi bertemu pencabar dari Manchester bukan merah tapi biru.

jadual perlawanan league cup 2011/2012 carling cup piala liga inggeris waktu malaysia pusingan ketiga ke-3,siaran langsung live streaming astro super sport leeds vs united 817 waktu malaysia,juara league cup 2010/2011 birmingham city gol,jadual penuh carling cup 3rd round,senarai pasukan piala liga inggeris league cup


Kejutan boleh berlaku kerana pasukan divisyen bawahan akan bermain mati-matian sementara pasukan liga perdana Inggeris EPL biasanya akan menurunkan pasukan simpanan untuk mendapatkan pengalaman dan kecergasan pemain. Ikuti senarai jadual perlawanan League Cup pusingan ketiga waktu Malaysia selama 2 hari minggu ini.









Carling Cup 2011/2012 Fixtures | 3rd Round

21 September 2011


Leeds United vs Manchester United
02.45 am waktu Malaysia, Live @ Astro SuperSport 3 (817)

Aston Villa vs Bolton
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Stoke vs Tottenham
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Aldershot vs Rochdale
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Burnley vs Milton Keynes Dons
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 


Nottm Forest vs Newcastle
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Arsenal vs Shrewsbury
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Wolverhampton vs Millwall
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Blackburn vs Leyton Orient
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Crytal Palace vs Middlesbrough
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

 22 September 2011


Chelsea vs Fulham
02.45 am waktu Malaysia, Live @ Astro SuperSport 3 (817)

Brighton vs Liverpool
02.45 am waktu Malaysia, Live @ Astro SuperSport 2 (816)

Leicester vs Cardiff
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Southampton vs Preston
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Manchester City vs Birmingham
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 

Everton vs West Brom
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafeque 



 " Tonton Bola Live Streaming di Sini "






 Selamat menonton pasukan kegemaran anda beraksi.. Adioss

Manchester United 3 - 1 Chelsea | Menang Nasib?? | Bila Buku Bertemu Ruas

Hebat..Mendebarkan..Kekecewaan..Kegembiraan.. Perlawanan malam tadi berlangsung dengan penuh kontroversi. Gol ofsaid, tackle keras, penalty missed, miss of the season. Keputusan akhir memihak kepada United dengan jaringan 3-1 mengatasi Chelsea di Old Trafford. Ramai yang mengatakan nasib je Manchester United menang. Yeah, aku pun cakap United menang NASIB! Tapi untuk jadi juara liga kekadang perlu keputusan sebegitu rupa.



manchester united vs chelsea 2011,keputusan manchester united vs chelsea,analisis perlawanan manchester united vs chelsea 18 september 2011,gol torres menentang manchester united 2011,perlawanan carling league cup 2011/2012 leeds united vs manchester united waktu malaysia,siaran langsung carling cup leeds united vs manchester united di astro,live streaming league cup leeds united vs manchester united,manchester united menang nasib



Kelibat Rio dan Vidic masih lagi tidak kelihatan di bahagian pertahanan United. Chelsea yang kembali menemui sentuhan dalam perlawanan menentang Sunderland dan Bayern Leverkusen menyimpan hasrat menamatkan permulaan cemerlang United tambahan pula Old Trafford terkenal dengan keupayaan membenam kuasa dominan kelab Inggeris. (Ayat kene bombastik sket) Kemasukan Mata dan Meireles (misteri kenapa Liverpool jual die) serta kembalinya Sturridge menyuntik sedikit tenaga dalam skuad tua itu.




Chelsea lebih banyak mengasak di separuh masa pertama. Hanya penyudah berbisa menjadi jurang antara dua jaguh EPL sejak tahun 2004 ini. Minit ke-7 Smalling menggamatkan suasana stadium dengan tandukan kemas hasil dari sepakan percuma Young. Walaupun kelihatan sedikit ofsaid, isu benteng Chelsea yang membiarkan pemain United menyerang bola itu menarik perhatian ramai pihak. John Terry sahaja yang cuba menghalang pemain United sambil diperhatikan oleh rakan mereka yang lain dengan harapan Peter Cech menangkap bola itu.


Keputusan Manchester United vs Chelsea | EPL 2011/2012 | 18 September 2011







Midfield Manchester United agak rapuh jika dibandingkan dengan trio Chelsea yang dibarisi Lampard, Ramires dan Meireles. De Gea sekali lagi beraksi cemerlang kali ini dengan menampan cubaan jarak dekat Ramires untuk menyamakan kedudukan. Turut kelihatan lagenda penjaga gol United, Peter Schmeichel bersama anaknya memberikan tepukan kepadanya. Nani pula kemudiaannya melakukan cubaan jauh menewaskan Peter Cech untuk gol ke-2 United. Seperti gol pertama, posisi Nani ketika menerima bola nampak ofsaid.



Gol ke-3 United hadir sebelum tamat babak pertama apabila clearance Terry terkena pada Nani dan jatuh tepat di depan Rooney untuk gol EPL ke-9 miliknya musim ini. Pelik kerana Chelsea lebih banyak melakukan cubaan tetapi Manchester United berjaya mendahului 3-0. Bezanya? United menyudahkan peluang terhidang dengan baik.



Kebangkitan Chelsea semakin membara tatkala penyerang kesayangan Roman berjaya menjaringkan gol ke-2 dari 24 perlawanan selepas berhijrah ke Stamford Bridge. Rooney mengimbau 'tragedi Moscow' apabila tergelincir ketika berpeluang untuk meletakkan United di depan dengan 4-1.. Ramires kemudiannya bijak melakukan thru pass kepada Torres yang hanya perlu menolak masuk bola ke gawang yang tidak dikawal namun gagal, sekaligus meranapkan impian Chelsea untuk mencuri 1 mata dalam pertemuan malam tadi.


Torres amat berbahaya sekiranya mendapat ruang melakukan larian dan through pass yang cantik. Satu-satunya kehilangan yang dirasai sejak berpindah ke Stamford Bridge. Kombinasi Gerrard dan Torres hampir membawa kejayaan kepada Liverpool dalam musim 2008/2009




Berbatov mungkin tidak selaju Hernandez, tapi amat berguna untuk mengawal bola di bahagian serangan sementara menunggu sokongan rakan yang lain



Secara personalnya aku merasakan kelemahan Manchester United masih lagi di bahagian tengah. Untuk menang liga bukan bergantung kepada 5, 10 atau 20 perlawanan. Tapi 38 perlawanan perlu ditempuhi. Pasukan paling konsisten dan mendapat tuah bakal bergelar juara. Formasi Chelsea yang menggunakan 3 pemain midfield memberi penguasaan lebih pada mereka di bahagian tengah. Sebaliknya United lebih tertumpu pada bahagian sayap yang dibarisi Nani dan Young. Sumbangan Hernandez juga agak terhad kerana tiada hantaran ke bahagian serangan. Dan orang paling gembira dalam perlawanan malam tadi tentunya Dimitar Berbatov yang bakal diturunkan pada perlawanan League Cup menentang Leeds United  pagi Rabu ini.




AWAS..Kepada pencabar Chelsea selepas ini. Chelsea antara pasukan yang berpengalaman dalam memburu kejuaraan dan mempunyai skuad yang mantap. Mereka telah bermain dalam semua pertandingan dan tahu bagaimana untuk menang. Biarpun tewas di Old Trafford pujian harus diberikan kerana semangat juang yang ditunjukkan. Manchester City mungkin sudah mula merasai kesukaran bermain 3 games dalam seminggu. Ketahanan fizikal dan mental amat perlu dalam perlawanan liga Inggeris yang sangat kompetitif. 



Manchester United membuat 8 pertukaran ketika menentang Benfica dalam UEFA Champions League dan masih pulang dengan 1 mata. Squad rotation adalah kelebihan dimiliki Sir Alex sejak 2 dekad yang lepas. Beliau akan sekali lagi merombak skuad selepas ini sebelum bertandang ke Britannia Stadium untuk melayan Stoke City yang sudah pun mengejutkan Liverpool dan mencuri 1 mata daripada Chelsea. Khidmat Chicharito mungkin tidak dapat digunakan kerana kecederaan yang dialaminya.


League Cup Third Round | Carling Cup 2011/2012


Siaran langsung Perlawanan

Leeds United vs Manchester United
21 September 2011 , 02.45 am
Live @ Astro SuperSport 3 (817)


Selamat Hari Malaysia | Kemerdekaan Ke-54 "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

Salam Hari Malaysia kepada semua. Lately agak busy dengan majlis jamuan hari raya sampai takde mase nak update blog. Siap kena wat show pulak tu. Teringat zaman kegemilangan dulu2.. Hehe.. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Malaysia yang terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (1963). Hanya perpaduan antara semua kaum yang boleh mengekalkan keharmonian negara tercinta ini.





Tahun ini Hari Malaysia disambut bersama Hari Kemerdekaan negara ke-54 yang bertemakan "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Hargailah negara kita. Jangan jadi orang yang buta sejarah yang tak kenal siapa pejuang siapa pemberontak. Sekian.

Siaran Langsung & Jadual Perlawanan UEFA Champions League 2011/2012 | Liga Juara-Juara Eropah @ Astro Live Streaming

Awal pagi esok bakal bermula Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2011/2012. Setelah undian peringkat kumpulan yang telah diadakan pada akhir bulan Ogos (lihat di sini), sebanyak 32 buah pasukan akan merebut piala UEFA Champions League yang telah dimenangi Barcelona musim lalu. Pada yang nak join Fantasy UCL boleh pegi sini.



siaran langsung astro jadual perlawanan liga juara - juara eropah uefa champions league ucl 2011 2012 waktu malaysia,live streaming astro uefa champions league 2011/2012 match,uefa fantasy 2011 website,jadual penuh siaran langsung uefa champions league 2011/2012,masa perlawanan uefa champions league ucl waktu malaysia



Antara perlawanan tumpuan di peringkat kumpulan tentunya pertemuan pasukan dari kumpulan H antara Barcelona dan AC Milan. Barcelona seperti yang anda ketahui memiliki ramai pemain bertaraf dunia manakal AC Milan tidak kurang hebatnya dengan rekod kejuaraan 7 kali.



Kafe Que akan mengemaskini jadual setiap pusingan dalam entri ini dan highlights perlawanan UCL pilihan yang akan disiarkan di Astro ESPN (812) dan STAR Sports (813).






Matchday 6

7 Disember 2011


Chelsea [3] vs [0] Valencia
03.45 am waktu MalaysiaLive @ ESPN (812)  HD (832)

Olympiakos [3] vs [1] Arsenal
03.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)

Barcelona [4] vs [0] BATE
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


Plzen [2] vs [2] AC Milan
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Dortmund [2] vs [3] Marseille
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Apoel [0] vs [2] Shaktar
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Genk [1] vs [1] Bayern Leverkusen
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Porto [0] vs [0] Zenit
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


8 Disember 2011


FC Basel [-] vs [-] Manchester United
03.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)

Manchester City [-] vs [-] Bayern Munich
03.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Benfica [-] vs [-] Otelul Galati
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Villarreal [-] vs [-] Napoli
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Dinamo Zagreb [-] vs [-] Lyon
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Inter Milan [-] vs [-] CSKA Moscow
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Ajax [-] vs [-] Real Madrid
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Marseille [0] vs [1] Olympiacos
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


-----------------------------------------------------------------------------------------

Matchday 5

23 November 2011


CSKA Moscow [0] vs [2] Lille
01.00 am waktu MalaysiaLive @ ESPN (812)  HD (832)

Manchester United [2] vs [2] Benfica
 03.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Napoli [2] vs [1] Manchester City
03.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)

Real Madrid [6] vs [2] Dinamo Zagreb
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Bayern Munich [3] vs [1] Villarreal
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Trabzonspor [1] vs [1] Inter Milan
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Lyon [0] vs [0] Ajax
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Otelul Galati [2] vs [3] FC Basel
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


24 November 2011


Zenit [0] vs [0] Apoel
01.00 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

BATE [0] vs [1] Plzen
02.00 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Bayern Leverkusen [2] vs [1] Chelsea
03.45 am waktu Malaysia, Live @ Live @ STAR Sports (813)

AC Milan [2] vs [3] Barcelona
03.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Arsenal [2] vs [1] Borussia Dortmund
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Valencia [7] vs [0] Genk
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Shaktar [0] vs [2] Porto
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Marseille [0] vs [1] Olympiacos
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


-----------------------------------------------------------------------------------------


Matchday 4

2 November 2011


BATE [1] vs [1] AC Milan
01.00 am waktu MalaysiaLive @ ESPN (812)  HD (832)

Zenit [1] vs [0] Shaktar 
 01.00 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813) 

Arsenal [0] vs [0] Marseille
03.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Genk [1] vs [1] Chelsea
03.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813) 

Valencia [3] vs [1] Bayern Leverkusen
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Plzen [0] vs [4] Barcelona
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Apoel [2] vs [1] Porto
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Dortmund [1] vs [0] Olympiacos
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


3 November 2011


Manchester United [2] vs [0] Otelul Galati
03.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Lyon [0] vs [2] Real Madrid
03.45 am waktu MalaysiaLive @ STAR Sports (813)

Villareal [0] vs [3] Manchester City
03.45 am waktu MalaysiaLive Streaming @ Kafe Que 

Bayern Munich [3] vs [2] Napoli
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Ajax [4] vs [0] Dinamo Zagreb
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Inter Milan [2] vs [1] Lille
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Trabzonspor [0] vs [0] CSKA Moscow
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Benfica [1] vs [1] FC Basel
03.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


-----------------------------------------------------------------------------------------


Matchday 3

19 Oktober 2011


Otelul Galati [0] vs [2] Manchester United
02.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Manchester City [2] vs [1] Villarreal
02.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)  

CSKA Moscow [3] vs [0] Trabzonspor
00.00 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Real Madrid [4] vs [0] Lyon
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Napoli [1] vs [1] Bayern Munich
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Lille [0] vs [1] Inter Milan
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Dinamo Zagreb [0] vs [2] Ajax
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

FC Basel [0] vs [2] Benfica
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


20 Oktober 2011


Marseille [0] vs [1] Arsenal
02.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Bayern Leverkusen [2] vs [1] Valencia
02.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)  

Barcelona [2] vs [0] Plzen
00.00 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Chelsea [5] vs [0] Genk
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Olympiacos [3] vs [1] Borussia Dortmund
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

AC Milan [2] vs [0] BATE
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Shakhtar [2] vs [2] Zenit
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

FC Porto [1] vs [1] Apoel
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


-----------------------------------------------------------------------------------------


Matchday 2

28 September 2011


Manchester United [3] vs [3] FC Basel
02.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Bayern Munich [2] vs [0] Manchester City
02.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)  

CSKA Moscow [2] vs [3] Inter Milan
00.00 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Trabzonspor [1] vs [1] Lille
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Real Madrid [3] vs [0] Ajax
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Otelul Galati [0] vs [1] Benfica
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Napoli [2] vs [0] Villareal
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Lyon [2] vs [0] Dinamo Zagreb
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


29 September 2011


Valencia [1] vs [1] Chelsea
02.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Arsenal [2] vs [1] Olympiacos
02.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)  

Zenit [3] vs [1] FC Porto
00.00 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

BATE [0] vs [5] Barcelona
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

AC Milan [2] vs [0] Plzen
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Bayern Leverkusen [2] vs [0] Genk
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Shakhtar [1] vs [1] Apoel
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Marseille [3] vs [0] Borussia Dortmund
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


-----------------------------------------------------------------------------------------


Matchday 1

14 September 2011


Barcelona [2] vs [2] AC Milan
02.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Chelsea [2] vs [0] Bayern Leverkusen
02.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)  

Borussia Dortmund [1] vs [1] Arsenal
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Olympiacos [0] vs [1] Marseille
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Genk [0] vs [0] Valencia
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Plzen [1] vs [1] BATE
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Apoel [2] vs [1] Zenit
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Porto [2] vs [1] Shakhtar
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


15 September 2011


Benfica [1] vs [1] Manchester United
02.45 am waktu Malaysia, Live @ ESPN (812)  HD (832)

Manchester City [1] vs [1] Napoli
02.45 am waktu Malaysia, Live @ STAR Sports (813)  

Dinamo Zagreb [0] vs [1] Real Madrid
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Ajax [0] vs [0] Lyon
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Inter Milan [0] vs [1] Trabzonspor
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Lille [2] vs [2] CSKA Moscow
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Villarreal [0] vs [2] Bayern Munich
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

FC Basel [2] vs [1] Otelul Galati
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote