Bawal Power memang Power | Video Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama

Salam semua. Gelanggang Maharaja Lawak Mega dah pun menemui peminat Jumaat lepas. 47 orang pelawak  (2 solo & 15 kumpulan ) bakal berentap untuk membawa pulang hadiah utama sejumlah wang tunai RM 350,000. Dengan penyertaan dari 3 buah negara Malaysia, Singapura dan Indonesia edisi julung kali ini bakal meneruskan fenomena Maharaja Lawak yang meletup-letup.


kumpulan bawal power maharaja lawak mega astro,senarai peserta maharaja lawak mega astro,anggota bawal power bob kuman dan sobri anuar,tonton video maharaja lawak mega minggu pertama secara online percuma


Okayh.. Cite panjang takde sapa nak bace. Aku kagum dengan persembahan kumpulan Bawal Power yang diwakili Bob Kuman dan Sobri. Mendapat giliran ke-16, dorang memang memecahkan perut penonton malam tu. Konsep santai ala-ala mengumpat mengata habis semua yang terlibat jadi mangsa.



Dari rakan peserta (Yassin Yahya) bukan nama sebenar kepada Afdlin Shauki dan Presiden Seniman. Zainal Abidin Hassan turut terkena tempiasnya. "Pemain bola sepak jadi juri" Hahaha.. Siap dengan cadangan untuk adakan juri untuk pengacara. Memang kaw-kaw kena. Tapi disampaikan dalam bentuk lawak. Memang tak tercapai dek akal.


Aksi Kumpulan Bawal Power | Maharaja Lawak Mega




Masalah "Aku takut kalau aku menang je" memang simple dan sesuai untuk pengenalan minggu pertama ni. Ala-ala suai kenal gitu. Si Sobri ni aku dulu-dulu penah tengok die berlakon dengan Erra & Adlin dalam 1 drama. Tak ingat tajuk pe. Masa tu di jadi pelakon extra je. Sekarang ni mulut tak berhenti bercakap. Berleter je kat atas pentas tu. Kelakar.

Link Maharaja Lawak Mega kat bawah


Siap request juri Datuk Chef Wan. Sampai serba salah Datuk nak komen sebab dia rase tergugat ;) Tapi pemilihan juri tetap memang unik. Sorang tukang masak, sorang pemain bola sepak dan sorang lagi penyanyi. Mungkin sebab otai-otai dah masuk bertanding kot.



Tapi bila tengok otai-otai, membuatkan aku teringat pada idola aku Allahyarham Din Beramboi. Rindu dengan lawak spontan beliau. 



SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA

Berkumpulan:

Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:

Keputusan Undian Perlawanan Suku Akhir Carling Cup 2011/2012 | Manchester United Terselamat

Carling Cup Quarter-Finals Draw | Undian Suku Akhir Piala Carling 2011

Perlawanan menarik bakal menanti peminat bola sepak. Pertemuan sesama gergasi bola sepak Inggeris bakal tercipta. Setelah keputusan pusingan keempat Piala Carling diketahui pada hari Khamis, 8 buah pasukan telah diundi untuk pertembungan peringkat suku akhir pada akhir bulan November nanti.


keputusan undian suku akhir piala carling cup 2011,carling cup 2011 quarter finals draws,undian peringkat suku akhir piala carling cup 2011,jadual perlawanan suku akhir piala carling cup 2011


Arsenal , Chelsea, Liverpool , Manchester City, Manchester United, Cardiff City , Crystal Palace & Blackburn Rovers. Teruja untuk ketahui keputusan undian yang baru selesai tadi??



Keputusan Undian Suku Akhir Piala Carling 2011/2012



Arsenal vs Manchester City

Chelsea vs Liverpool

Manchester United vs Crystal Palace

Cardiff City vs Blackburn Rovers






5 pasukan gergasi bola sepak Inggeris yang layak ke peringkat suku akhir membuktikan masing-masing kini serius untuk memenangi Piala Carling. Mungkin kerana persaingan yang semakin sengit sejak akhir-akhir ini. Manchester United dilihat sebagai pasukan yang bernasib baik kerana berjaya mengelak dari bertemu pasukan handalan.


Antara Arsenal, Liverpool , Chelsea dan Manchester City dua pasukan akan tersingkir menjelang saingan separuh akhir. United boleh dianggap berada sebelah kaki ke separuh akhir kerana undian suku akhir berpihak kepada mereka di Old Trafford. Pada yang masih tidak percaya bola juga bergantung pada nasib, ini mungkin gambaran awal kepada mereka.


p/s : Jadual Perlawanan Suku Akhir akan dikemaskini kemudian.

Manchester United Tersungkur Di Laman Sendiri | Amukan Si Jiran Tetangga

Perit untuk menerima atas kekalahan besar Manchester United kepada Manchester City. Tapi itulah hakikat yang bakal tercatat di dalam sejarah perlawanan derby. Keputusan 1-6 merupakan kekalahan terbesar United kepada City di Old Trafford sejak 1955 dan mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 1926. City meleburkan rekod tanpa kalah selama 18 bulan dan 19 kemenangan EPL berturut-turut di Old Trafford. Entri "Manchester City bakal jadi pencabar utama Manchester United[klik]" membuktikan ramalan awal Kafe Que tepat.




Banyak perkara yang kita boleh pelajari dari kekalahan besar itu. Penyokong baru (lalang) Manchester City mungkin gembira kerana berjaya menewaskan juara EPL 19 kali, Manchester United di tempat sendiri. Penyokong Arsenal, Chelsea, & Liverpool juga melompat kegembiraan sekurang-kurang 3-4 kali bila City menjaringkan gol-gol mudah. Tapi adakah kegembiraan itu akan berpanjangan. Jawapan hanya akan diketahui pada bulan Mei 2012 nanti.



Aku harus akui Manchester United tidak berhak untuk menang perlawanan itu. Walaupun menguasai perlawanan pada 20 minit pertama, tetapi pemain United tidak langsung melakukan cubaan berbahaya ke arah pintu gol City yang dikawal Joe Hart. Wira City pada malam itu nyata menjadi milik Balotelli dan David Silva dengan gerakan bijak dan penyudah yang berbisa.


Highlights Perlawanan Manchester United vs Manchester City





Kesan kekalahan 1-6 :

1) Manchester City kekal di tangga teratas liga dengan kelebihan 5 mata hasil dari 9 perlawanan


2) Perbezaan gol 

    Sebelum perlawanan : hanya +2 memihak kepada City

    Selepas perlawanan : melebar hingga +12 berpihak kepada City


3) Rekod musnah

    Manchester United tidak pernah kalah dalam tempoh 18 bulan di Old Trafford

    Manchester United menang 19 perlawanan EPL berturut-turut di Old Trafford


4) Kekalahan terbesar Sir Alex Ferguson bersama Manchester United



Untuk tewas 1-3 masih masuk akal.. 1-6 adalah keputusan memalukan bagi standard United lebih-lebih lagi di hadapan penyokong tuan rumah. Bukan hanya bolos 6 gol tetapi perbezaan gol dalam kedudukan liga juga bertambah kepada 10 gol (United - 5 City + 5) dan ini akan memberi kesan pada perebutan takhta liga pada akhir musim jika pasukan berkongsi mata yang sama. Bermain 10 orang dalam masa 45 minit (termasuk masa tambahan) perlu ada strategi dan taktik. Menentang City yang dibarisi pemain serangan ternama dunia tidak boleh diambil mudah.





Siapa yang harus bertanggungjawab atas kekalahan ini?? 


Jonny Evans - Kad merah pada minit ke-47 apabila melakukan foul menarik Balotelli

Rio Ferdinand - 81 caps bersama pasukan England tetapi hilang punca pada separuh masa kedua

Patrice Evra - Bek kiri yang sudah bertukar peranan menjadi pemain sayap sejak akhir-akhir ini

Nani - Crossing tanpa arah tuju dan kurang konsisten di dalam kawasan Manchester City

Anderson - Kurang kreatif di bahagian tengah tidak seperti Silva dan Milner

Sir Alex Ferguson - Gagal menurunkan Vidic, Hernandez dan Park dalam perlawanan penting (Derby)

Tom Cleverley - Beliau antara sebab Ferguson tidak mahu membelanjakan wang untuk mendapatkan Sneijder

Penyokong - Selepas gol Ballotelli mereka terdiam kaku.

Kafe Que - Line Unifi kau tidak berfungsi sekaligus gagal menyampaikan mesej kepada Sir Alex



Siapa?? Jawapannya anda fikir sendiri. Gol Balotelli pada minit ke-22 mengubah permainan. Tekanan beralih kepada pasukan United yang gagal mengawal David Silva dan Milner berkeliaran dalam kawasan mereka. Penyudah luar biasa Balotelli meletakkan City selesa hingga waktu rehat.



Percaya pada kemampuan mereka seperti dilakukan pada perlawanan Community Shield, United turun awal ke padang menanti kehadiran City yang agak lewat. Segala perancangan musnah apabila Jonny Evans diarahkan keluar padang. Formasi United terpaksa dirombak untuk mengisi kekosongan Evans. Rooney terpaksa bermain sebagai midfielder dan meninggalkan Welbeck seorang diri berdepan dengan Kompany dan Lescott.






Yang peliknya posisi Evra yang sangat mudah dibolosi. Adakah beliau sudah jemu untuk bertahan?? Mengapa tiada back up plan sebagai kapten dalam perlawanan itu. Komunikasi dengan Ferdinand sebagai pertahanan senior seolah-olah tiada langsung. Mentaliti menyerang itu perlu tetapi haruslah kena pada tempatnya. Jika anda boleh lihat semula highlights di atas :


Gol ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6 City semua berpunca dari sebelah kiri. Tidak dinafikan David Silva mempunyai kreativiti yang sangat tinggi. Tapi ianya boleh dikurangkan jika pemain United mengawal beliau dengan lebih ketat (man marking). Silva bijak mencari ruang dan melakukan lorongan cantik kepada rakannya.




Ada orang kata Manchester City akan menang liga pada musim 2011/2012 selepas menang besar ke atas Manchester United. Masih terlalu awal untuk aku bersetuju dengan kenyataan itu. "Its just a beginning Mancini". Untuk muncul sebagai pendahulu liga lebih mudah dari mengekalkannya. Berapa ramai antara anda yang memuji permulaan hebat dari Manchester United setelah mengharungi 9 perlawanan ini? Kejayaan menewaskan Tottenham, Arsenal, Chelsea kemudian seri dengan Stoke City dan Liverpool. 20 mata dari 9 perlawanan sukar di awal musim sebenarnya amat baik untuk Manchester United.




Keputusan 9 perlawanan Terakhir Manchester United | Manchester City

Klik untuk lihat hakikat sebenar sehingga saat ini



Rajah di atas merupakan antara fakta yang ramai antara kita tak nak tau. Manchester United telah mengharungi 6 perlawanan sukar dari 9 perlawanan dan berjaya mengutip 20 mata dari keseluruhan 27 mata. Manchester City pula baru berdepan dengan 2 perlawanan menentang pasukan 6 teratas liga musim lalu. Mereka hanya kehilangan 2 mata dari 27 mata keseluruhan.



Jadual perlawanan Manchester United | Manchester City Hingga 1 Januari 2012




Everton dan Aston Villa mungkin antara perlawanan yang agak mencabar namun masih terkawal. Lihat pula lawan utama Manchester City selepas ini. Liverpool, Chelsea dan Arsenal menanti giliran dalam masa 3 minggu. Pada waktu itu barulah kita akan tahu siapa pendahulu liga menjelang tahun baru 2012.



Manchester United telah merasai susunan jadual padat menentang pasukan handalan berturut-turut. Ia bukanlah satu kelebihan kerana jika sebelum perlawanan anda kehilangan pemain utama yang cedera dan memerlukan rehat yang panjang, maka anda tidak dapat menurunkan pemain itu untuk 2 perlawanan penting. Itu adalah risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengurus pasukan. Begitu juga sekiranya anda tewas dalam pertemuan yang pertama, anda tidak mahu menentang lawan yang sukar lagi selepas itu kerana moral pemain yang telah jatuh. Jadi jarak perlawanan seeloknya diselang selikan dengan perlawanan yang agak mudah untuk menaikkan kembali moral pemain anda.



Manchester United perlu bangkit. Kehadiran Tom Cleverley bakal membakar semangat rakan yang lain. Rio Ferdinand mungkin perlu bersedia untuk dijual selepas ini jika tidak menunjukkan peningkatan dalam perlawanan besar. Sekian untuk penerangan serba ringkas episod duka United.


Dari tepi katil Que..

Manchester United ke Suku Akhir Carling Cup | Aldershot 0 - 3 United

Gol dari Berbatov, Owen dan Valencia membantu Manchester United melangkah ke suku akhir Piala Carling 2011/2012. Setelah kecewa dengan kekalahan besar 1-6 kepada jiran tetangga Ahad lalu, Sir Alex melakukan 11 pertukaran menentang kelab divisyen 3 (League Two) England awal pagi tadi. Kemenangan 3-0 sedikit sebanyak menggembirakan peminat United melihat pasukan mereka kembali pada landasan yang sebenar.


keputusan perlawanan aldershot vs manchester united carling cup,senarai pemain united vs aldershot,gol perlawanan manchester united vs aldershot piala carling cup 2011/2012,undian suku akhir piala carling cup 2011/2012,pasukan yang layak ke suku akhir carling cup 2011,perlawanan suku akhir carling cup 2011/2012


Apa yang menarik perhatian ialah kemunculan Tom Cleverley setelah terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan di Stadium Reebok. Kehilangan beliau di bahagian tengah nyata memberi kesan terhadap pertahanan yang longgar dan kurangnya kreativiti dalam perlawanan sebelum-sebelum ini. 



Peningkatan mendadak Cleverley juga menjadi punca mengapa Sir Alex Ferguson tidak mahu membeli pemain tengah yang handal seperti Wesley Sneijder. Peluang selama 60 minit yang diberi dimanfaatkan Cleverley untuk menyakinkan pengurusnya bahawa beliau mampu meneraju bahagian tengah Manchester United semula. Cleverley terlibat dalam gerakan cantik untuk gol pertama United apabila melakukan one-two bersama Park Ji Sung sebelum menolak kepada Berbatov yang mudah menewaskan penjaga gol Aldershot.


 Video Highlights | Aldershot vs Manchester United | 4th Round Carling Cup 2011/2012


 Berbatov (15'), Owen (41') Valencia (48')


Berbatov kemudiannya menggunakan skillnya mengawal dan melorongkan bola kepada Owen untuk gol kedua United. Ketiadaan pemain berpengalaman seperti Berbatov, Park dan Vidic amat dirasai sewaktu menentang Manchester City.


"Undian Suku Akhir Pada Sabtu Ini "



Valencia kemudiannya menambah gol ketiga seawal minit ke-3 separuh masa kedua dengan rembatan padu hasil lorongan Cleverley. Keseluruhannya pasukan United yang bertukar wajah ini lebih berdisiplin ketika bertahan tidak seperti pasukan utama yang teruk dibelasah City. Mungkin Aldershot bukan pencabar setanding dengan United tapi konsep bertahan itu masih sama.


Keputusan lain :

Arsenal 2-1 Bolton
Cardiff 1-0 Burnley
Crystal Palace 2-0 Southampton
Everton 1- 2 Chelsea
Wolverhampton 2-5 Manchester City
Stoke City 1-2 Liverpool
Blackburn 4-3 Newcastle

Klik sini untuk lihat jadual esok pagi.

Siaran Langsung Piala Carling 4th Round | Perlawanan League Cup 2011/2012

Pusingan Keempat Piala Liga Inggeris Musim 2011/2012 | 4th Round Carling Cup

siaran langsung live astro aldershot vs manchester united piala carling cup 2011,live streaming aldershot vs manchester united waktu malaysia,jadual piala carling league cup piala liga 4th round pusingan keempat waktu malaysia,live astro supersport aldershot vs manchester united 26 oktober 2011,waktu malaysia aldershot vs man utd carling cup 2011 2012


Lama tak update blog ni. Line tenet prob pulak.. Jom tengok jadual perlawanan Piala Carling minggu ini. Siaran Langsung di Astro dan Live Streaming @ Kafeque.



26 Oktober 2011

Aldershot vs Manchester United
02.45 am waktu Malaysia, Live @ Astro SuperSport 3 (817)

Arsenal vs Bolton
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @  Kafe Que

Crystal Palace vs Southampton
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @  Kafe Que

Cardiff City vs Burnley
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @  Kafe Que


-----------------------------------------------
27 Oktober 2011

 Stoke City vs Liverpool
02.45 am waktu Malaysia, Live @ Astro SuperSport 3 (817)

Everton vs Chelsea
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @  Kafe Que

Wolverhampton Wanderers vs Manchester City
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @  Kafe Que

Blackburn vs Newcastle United
02.45 am waktu Malaysia, Live Streaming @  Kafe Que



Mampukah Manchester United bangkit dari kekalahan besar tempoh hari?? Pemain simpanan lain akan berusaha memastikan United layak ke pusingan seterusnya. Nantikan entri "Kenapa United Dibelasah Teruk"

PC Expo 2011 At Mid Valley Megamall Kuala Lumpur | 4 - 6 November 2011

PC Expo 2011 kembali lagi | Mid Valley Megamall 4 - 6 November 2011

IT FAIR
pc expo 2011 at midvalley megamall 4 6 november 2011,aktiviti di pc expo 2011,bila pc expo 2011 mid valley,jualan lelong pc expo,barang lelong pc expo 2011,jadual pc expo 2011,jualan barangan it fair gadjet,lelong jual barang ict



Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.. Jualan lelong gadjet ICT terkini : Samsung Galaxy Tab 10.1 pada harga bermula dari RM 1. Jangan ketinggalan untuk menghadirkan diri ada ke PC Expo 2011 pada 4 hingga 6 November ini di Mid Valley Megamall.



Entri : PC Expo 2011 @ PWTC 22-24 Julai (Hadiah yang bakal menanti anda)

Entri : Aktiviti PC Expo 2011 @ PWTC (Jualan lelong kaw2)

Siaran Langsung Perlawanan Otelul Galati vs Manchester United | Fakta menarik

Live Streaming | Astro ESPN HD | Otelul Galati vs Manchester United | 2.45 am 19 October 2011
Group C UEFA Champions League

*Update : Otelul 0 - Man Utd 2 (Rooney pen 64, pen 90)


siaran langsung perlawanan otelul galati vs manchester united uefa champions league 2011 19 oktober,senarai barisan pemain manchester united,fakta mengenai manchester united vs otelul galati,live streaming otelul galati vs manchester united waktu malaysia live di astro espn,logo manchester united vs otelul galati,keputusan otelul galati vs manchester united liga juara-juara eropah 2011
Waktu Malaysia



Awal pagi esok akan berlangsung perlawanan UEFA Champions League Matchday 3 [klik untuk lihat jadual penuh]. Manchester United bertandang ke Stadium Otelul dalam misi mencari kemenangan pertama saingan kumpulan C. Selepas berjaya mencuri satu mata di Anfield, Sir Alex Ferguson kembali merombak kesebelasan utamanya.



Pertahanan England yang semakin tersisih, Rio Ferdinand bakal direhatkan untuk mengekalkan kecergasan menjelang pertemuan derby hujung minggu ini. Nemanja Vidic terbang bersama skuad 23 pemain. Berikut adalah senarai barisan Manchester United ke Romania.



Man Utd squad: De Gea, Lindegaard, Amos, Evans, Evra, Fabio, Jones, Smalling, Vidic, Anderson, Carrick, Fletcher, Giggs, Nani, Park, Young, Valencia, Berbatov, Diouf, Hernandez, Owen, Rooney, Welbeck.




Fakta  Perlawanan Otelul Galati vs Manchester United

 
  • Ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu

  • Ini merupakan kali kedua Manchester United bertemu pasukan dari Romania. Kali pertama mereka menewaskan Dinamo Bucharest dalam perlawanan kelayakan UEFA Champions League musim 2004/2005     

  • Otelul Galati mempunyai ketepatan hantaran bola yang paling teruk dan hanya Bayern Leverkusen (39) melakukan foul lebih banyak dari Otelul Galati (38) setakat ini

    • Manchester United hanya bolos sekali dalam tujuh (7) perlawanan terakhir di tempat lawan

    • Musim 1998/1999 Manchester United memulakan kempen UEFA Champions League dengan dua (2) mata dari dua (2) perlawanan, tetapi akhirnya berjaya mencipta kejayaan TREBLE (Premier League, FA Cup dan UEFA Champions League)



      Diterjemah dari sumber


      Kafe Que Prediction : Otelul Galati 0 - 3 Manchester United

      Kisah Si Tukang Ketuk Yang Dapat RM 20 Ribu | Kuasai Bidang Anda

      Salam kepada semua pembaca Blog Kafe Que. Selepas mengharungi hujung minggu yang hangat dengan perlawanan bola sepak Liverpool vs Manchester United , hari Isnin adalah hari paling bosan. Bosan sebab kena masuk pejabat lah.. Hehe.. Tiba-tiba rasa terpanggil nak buat entri pasal motivasi. Niat dah lama ada cuma nak menaip pasal bidang yang kurang mahir ni agak liat. Bab bola tak yah nak fikir susah2. Sume dalam kepala je (riak 2..insap)


      tips motivasi di tempat kerja,buku hebat di pejabat karya ahmad sazmy,kisah si pembaiki kapal,kisah si tukang ketuk,si tukang yang kaya,teknik kuasai bidang ilmu anda,cerita motivasi diri


      'Jangan membazirkan masa memikirkan bagaimana anda boleh melakukan kerja orang lain dengan lebih  baik daripadanya, sebaliknya fokuskan bagi melakukan kerja anda dengan lebih baik.'

      - H.A. Schenfeld-


      Aku bukan kelasi kapal, jauh sekali seorang mekanik. Tapi kisah di bawah ini bakal membuka mata anda betapa pentingnya ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang itu. Jangan fikir kerja mekanik tak boleh hidup senang.



       Ceritanya bermula begini.....


      Sebuah kapal tersadai di pelabuhan kerana masalah enjin. Puas si jurutera kapal cuba repair kerosakan itu namun masih lagi gagal. Kapten kapal yang bosan menunggu mengambil keputusan untuk memanggil soeorang pakar untuk meminta bantuan.



      Tidak lama kemudian...


      Muncul seorang lelaki bersama toolboxnya. Kapten kapal terus membawa lelaki itu ke tempat enjin tadi. Setelah mendengar masalah yang berlaku, lelaki tersebut terus mengeluarkan sebatang tukul besi dari toolboxnya. Beliau pun mengetuk enjin yang rosak tadi beberapa kali.

       

      "Bos, cuba start enjin kapal jap," lelaki itu besuara.


      " Vroommmm!" dengan sekali try je enjin kapal tadi berjaya dihidupkan semula. Kapten kapal itu sangat gembira kerana kapalnya dapat meneruskan pelayaran.



      Lelaki tadi pun nak baliklah. Tak kan dia nak ikut belayar pulak kan. So sebelum pulang si tukang ketuk ni bagilah sekeping resit untuk bayaran membaiki enjin kapal.


      "Aik?? Kenapa sampai RM 20,000?? Kamu hanya mengetuk-ngetuk enjin itu je," Kapten tadi bertanya dengan nada yang emo.

      "Saya perlukan detail bill dulu, kemudian baru saya bayar." tambahnya lagi.

      "Baiklah bos, nanti saya hantar ye," jawab si tukang ketuk itu dengan selamba.



      Selang beberapa minggu....


      Setelah kembali dari pelayarannya, kapten kapal masuk ke pejabat dan melihat bil dari si tukang ketuk tempoh hari. Sesudah membaca dengan teliti, kapten itu geleng kepala seperti sukar mempercayai apa yang tertulis di atas kertas. Beliau segera mengarahkan anak buahnya menyediakan cek bayaran kepada si tukang ketuk itu.


      Korang nak tau apa yang tertera di atas bil itu???


      Jeng..jeng..jeng



      tips motivasi di tempat kerja,buku hebat di pejabat karya ahmad sazmy,kisah si pembaiki kapal,kisah si tukang ketuk,si tukang yang kaya,teknik kuasai bidang ilmu anda,cerita motivasi diri,contoh bil baiki kereta kapal motor,cara menulis bil





      Harga ketuk-ketuk murah je. Tapi servis charge untuk tahu tempat mana yang nak diketuk tu yang mahal. Oleh itu, walau kerja apa sekali pun yang kita lakukan, mahirkan lah. Walaupun hanya sekadar pembuat tauhu. Jika betul-betul hebat tauhu korang tu akan terkenal dan laris sehingga mendapat keuntungan yang lumayan.



      Kenapa si tukang ketuk tu boleh demand? Kerana kemahiran yang dia miliki sangat tinggi. Sebab itu beliau dipanggil setelah jurutera kapal sendiri gagal menyelesaikan masalah itu. Berbalik kepada kata-kata pujangga nun di atas tadi, jangan kita duk sibuk fikir macam mana nak buat kerja orang lebih baik daripada mereka, sebaliknya fikirkan bagaimana kita boleh lakukan kerja kita dengan lebih baik. InsyaAllah ada keberkatan di situ. Usaha itu tangga kejayaan.



      Tips Minggu Ini : "Kuasai Bidang Anda!"



      Entri : Tabiat manusia di tempat kerja

      Entri : Jangan mengumpat di tempat kerja


      Diolah dari buku 'Hebat Di Pejabat'
      Karya Ahmad Sazmy Abd Aziz

      Analisis Perlawanan Liverpool 1 - Manchester United 1 | Gamble Line Up Berhasil

      Tengok je line up aku dah risau.. Mana Rooney yang dah score 9 league goals setakat ini.. Mana si anak rusa Nani dengan skill gentel tak ingatnya.. Mana Anderson yang rajin kejar bola.. Dilabelkan sebagai  'game of the season' oleh media, Sir Alex Ferguson nampak tenang apabila hanya membariskan skuad understrength menentang Liverpool, gergasi bola sepak Inggeris suatu masa dahulu.

      keputusan perlawanan liverpool vs manchester united 15 oktober 2011,analisis perlawanan liverpool vs manchester united,rekod manchester united vs liverpool di anfield,barisan pemain manchester united vs liverpool,manchester united line up vs liverpool,highlights video perlawanan liverpool 1-1 manchester united,gamble line up by sir alex ferguson vs liverpool,otelul galati vs manchester united waktu malaysia live astro espn,siaran langsung perlawanan uefa champions league otelul galati vs manchester united,fungsi pemain defensive midfielder peranan tugas,gol gerrard liverpool vs manchester united,david de gea wira manchester united,phil jones bermain di posisi midfield,kenapa rooney tak main menentang liverpool
      Kredit : google


      Agak menarik apabila pandangan peminat mengenai peranan Jones sebagai defensive midfielder akhirnya tanpa disangka menjadi realiti dalam perlawanan malam tadi. Formasi yang diramal 4-5-1 juga diguna pakai untuk menyekat kemaraan Liverpool. Vidic pula tidak diturunkan kerana masih kurang cergas dan hampir pasti bermain dalam perlawanan UCL menentang Otelul Galati Rabu nanti.



      Apakah faktor disebalik line up gamble Sir Alex Ferguson malam tadi?? Menurut tilikan serta pemerhatian yang dilakukan, jawapannya sila dapatkan di bawah ini.


      Keputusan Akhir Perlawanan Liverpool vs Manchester United | 15 Oktober 2011

      Liverpool : Steven Gerrard (68')   Man Utd : Chicharito (81')



      1. Perlawanan Antarabangsa

      Semua dah tau minggu lepas EPL, Serie A , Bundesliga, La Liga, Ligue 1 dan lain-lain berehat seketika bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan, kelayakan EURO 2012 dan kelayakan World Cup 2014. Ramai di antara pemain United yang terpaksa travel jauh untuk bermain bersama negara mereka. Nani berhempas pulas sebelum Portugal tewas kepada Denmark. Chicharito baru tiba beberapa hari dari Mexico. Rooney pula dengan kontroversi kad merahnya. Ferguson mahukan line up yang lebih fresh. Giggs dan Park masing-masing telah bersara dari pasukan negara mendapat kepercayaan.




      2. Kepincangan Pertahanan 


      3 gol dilepaskan ketika menentang FC Basel walaupun mendahului 2 gol pada suatu ketika. Nampak kelam kabut sewaktu bertemu Norwich City dan hampir meleburkan rekod kemenangan di Old Trafford. Mengetahui bahaya yang akan menanti, Sir Alex buat pertama kali menukar formasi kepada 4-5-1. Jones pemain pertahanan yang versatil diarahkan mengisi posisi defensive midfielder disebabkan kebolehannya membaca gerakan serta mempunyai kekuatan fizikal bagi menyukarkan gerakan lawan.


      Seorang defensive midfielder bertindak sebagai cover kepada pertahanan pasukan dan juga sebagai pemain yang memulakan gerakan kepada bahagian serangan. Tugas defensive midfielder untuk memberi tekanan kepada pemain tengah lawan supaya melakukan kesilapan. Sentiasa peka pada tempo permainan dan berada di belakang sebagai langkah berjaga-jaga.



      keputusan perlawanan liverpool vs manchester united 15 oktober 2011,analisis perlawanan liverpool vs manchester united,rekod manchester united vs liverpool di anfield,barisan pemain manchester united vs liverpool,manchester united line up vs liverpool,highlights video perlawanan liverpool 1-1 manchester united,gamble line up by sir alex ferguson vs liverpool,otelul galati vs manchester united waktu malaysia live astro espn,siaran langsung perlawanan uefa champions league otelul galati vs manchester united,fungsi pemain defensive midfielder peranan tugas,gol gerrard liverpool vs manchester united,david de gea wira manchester united,phil jones bermain di posisi midfield,kenapa rooney tak main menentang liverpool
      Kredit : google


      3. Pengorbanan


      Permainan bola sepak bukan semata-mata bergantung kepada mencari kemenangan dalam 1 perlawanan. Tetapi bagaimana anda mengurus pasukan untuk menguasai sesuatu kejohanan yang disertai. Rahsia kejayaan United di bawah pengurusan Ferguson adalah kemampuan mereka mencuri mata berharga dalam perlawanan penting. Ada masanya kita boleh korbankan perlawanan (away @ harapan tipis) yang di mana masih ada peluang untuk cover balik selepas itu.


      Contohnya : Perlawanan vs Liverpool di Anfield merupakan yang ke-8 dari jumlah keseluruhan 38. Ferguson tahu bahawa United masih ada baki 30 perlawanan untuk menyusun strategi bagi mengekalkan penguasaan liga jika tewas sekalipun. Macam-macam boleh jadi dalam tempoh 7 bulan. Dalam kes ini, beliau berani gamble supaya setiap pemain berada dalam keadaan terbaik sebelum menentang Otelul Galati (must win game) dan Manchester City minggu depan.



      4. Must win game vs Otelul Galati


      Siapa Otelul Galati ni ?? Pada mereka yang blur lagi, Otelul Galati merupakan salah sebuah kelab bola sepak Romania. Mereka menjuarai liga Romania buat pertama kali pada musim lalu sekaligus melayakkan mereka beraksi buat julung kalinya di kejohanan UEFA Champions League 2011/2012. United hanya mengumpul 2 mata dari 2 perlawanan. Berada pada kedudukan ke-3 kumpulan C tidak menyakinkan untuk melayakan diri ke pusingan kalah mati.


      Perlawanan Otelul Galati menjadi tumpuan. FC Basel bakal melayan Benfica dan salah 1 pasukan akan drop points. Justeru, kemenangan pagi Rabu ini sangat diperlukan. Pastinya rombakan pemain sekali lagi bakal dilakukan dengan Vidic, Valencia, Anderson, Owen, Berbatov dan Carrick masing-masing direhatkan ketika menentang Liverpool.



      Kredit : google


      5. Manager Pasukan Manchester United


      Sir Alex Ferguson memang unggul. Rekod kejuaraan membuktikan segalanya. Beliau lebih mengetahui kemampuan pemainnya. Apa yang pasti beliau hanya seorang insan biasa yang kadang-kadang masih melakukan kesilapan. Normal. Rivalry antara Liverpool vs Manchester United sememangnya ramai peminat. Kunjungan 3 kali terakhir ke Anfield mengecewakan beliau. Dan kali ini dengan persediaan dan pemain baru, beliau datang dengan 1 misi. TIDAK KALAH. Ya, formasi yang digunakan tidak menunjukkan permainan Manchester United yang sebenar.


      Tetapi timing gol pertama Liverpool oleh kapten Gerrard merosakkan plan. Nani dan Rooney sedang menunggu giliran untuk dibawa masuk. Giggs yang ditugaskan menjadi benteng membuat aksi tarian Africa sekaligus membuka ruang kepada rembatan sepakan percuma Gerrard singgah ke jaring. Panik akan kehilangan rekod tanpa kalah musim ini, Ferguson menghantar Chicharito yang aku labelkan sebagai 'super sub' terbaik United ketika ini. Dan hanya 5 minit diperlukan pemain berjersi no.14 itu untuk menyamakan kedudukan. Liat jugak nak tengok United kalah kan..Hehe



      Gol Chicharito vs Liverpool dalam masa kecederaan | 6 Mac 2011




      Menyingkap kembali perlawanan di stadium yang sama awal tahun ini, Chicharito menjaringkan gol saguhati juga menerusi tandukan. Perlawanan separuh masa pertama malam tadi agak hambar dengan kedua pasukan menpamerkan corak permainan berhati-hati. Sehingga gol Gerrard dan kemasukan bintang United Rooney dan Nani, barulah perlawanan bertukar rancak dengan insiden rivalry sejati.



      Liverpool mungkin berhak menang manakala United berhak mendapat satu mata atas usaha mereka di Anfield. Tahniah Manchester United. Satu mata berharga ini bakal menjadi pemisah bagi menentukan siapa juara EPL musim 2011/2012.



      keputusan perlawanan liverpool vs manchester united 15 oktober 2011,analisis perlawanan liverpool vs manchester united,rekod manchester united vs liverpool di anfield,barisan pemain manchester united vs liverpool,manchester united line up vs liverpool,highlights video perlawanan liverpool 1-1 manchester united,gamble line up by sir alex ferguson vs liverpool,otelul galati vs manchester united waktu malaysia live astro espn,siaran langsung perlawanan uefa champions league otelul galati vs manchester united,fungsi pemain defensive midfielder peranan tugas,gol gerrard liverpool vs manchester united,david de gea wira manchester united,phil jones bermain di posisi midfield,kenapa rooney tak main menentang liverpool
      Kredit : google


      Sebelum terlupa, wira Manchester United sepanjang 90 minit ialah David de Gea. Berapa banyak save aku tak kira pulak. Yang aku sempat recall dia save shot dari Suarez masa 1st half, Kuyt 2nd half dan last Henderson pada minit-minit akhir. Top class saves wa cakap sama lu. Mula-mula datang dah kena kritik. "Man Utd rugi beli mamat ni harga mahal, bola senang pun tak leh tangkap". Sekarang bunyi langau tu dah hilang. Mungkin dorang pulak berbisik dalah hati "Ceh nasib je dia save, aku pun boleh buat ... dalam game PES". Moral of the story, jangan menilai seseorang pemain itu terlalu awal.



      Ingat apa terjadi pada waktu mula-mula Vidic dan Evra datang ke Manchester United. Pada awalnya mereka dikritik kerana menyumbang kepada kekalahan United. Tengok sekarang apa jadi?? Vidic sangat kebal bertahan. Evra pula ligat overlaping dari sebelah kiri. Sebagai seorang pemain luar dari England, mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran, gaya permainan dalam liga baru, bahasa pertuturan seharian dan macam-macam lagi. Tidak adil untuk kita menghukum kesilapan mereka secepat itu kerana pemain bola sepak juga seorang manusia.



      Saksikan Siaran Langsung 


      Perlawanan Kumpulan C UEFA Champions League 2011/12

      Otelul Galati vs Manchester United




      02.30 am waktu Malaysia , 19 Oktober 2011 (Rabu)

      Live @ Astro ESPN (812) HD (832)





      Aduh, panjang sangat pulak entri ni. Kan senang kalau aku tulis result pastu letak video je..Hehe.. Tapi benda 2 dah ramai blogger buat.. Penulisan aku hanya untuk berkongsi pandangan serta mendidik peminat bola sepak supaya menghargai seni permainan ini.. Bukan dek kerana terlalu fanatik kepada satu-satu pasukan membuatkan kita 'buta' fakta dan statistik. Kita mudah untuk kritik tapi kita tidak mahu kaji mengapa ianya terjadi sebegitu. Kafe Que akan membuka minda anda untuk melihat bola sepak dari sudut yang berbeza.

      Entri 4 jam di depan TV
      Penulis : Que

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Paid To Promote