Entri kali ni sambungan dari
Langkawi Mission - Part 1 .. Hari ni kita terjah suasana bengkel dan
Kilim Geoforest Park.. Sebab masa terhad, tak sempat nak pegi tempat-tempat bersejarah (Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh).. Maybe next time kalau pegi bercuti kat sini lagi..
Dewan Aquamarine, Hotel Bayview
Peserta bengkel..Ada yang kenal ke?
Sesi perbincangan kumpulan
Cukup la kot 3 gambo bengkel.. Korang mesti boring kan.. Hehe.. Saje la letak kang ingt aku pi sini nak makan angin je.. Tapi alang-alang da sampai kena la berjalan kan.. Penat je datang kalau duk dalam hotel je.. So sempat la tengok keindahan alam kat pulau ni.. Duk KL asyik tengok bangunan tinggi2 je.. Jom kite travel same2 ek..
Ni map die.. Sila pilih destinasi anda..Ikut aku je la senang
Trip kita akan bermula dari Pekan Kuah..Kita pusing 1 pulau.. Destinasi pertama ialah Kilim Geoforest Park.. Mengembara melihat keindahan sekitar hutan paya bakau di sepanjang Sungai Kilim..
Sebelum tu kita tengok dulu notis ni
Pilih2 nak bot yang mana..Pakej 2 jam@8 org = RM250.. Bat Cave>Fish Farm>Crocodile Cave>Eagle Feeding>Open Sea>Mangrove Sightseeing
Pemandu pelancong anda..hehe
Hah, ni dia pandangan Gua Kelawar dari atas bot.. Sebab takde orang nak turun aku pun malas..Huhu
Teruskan perjalanan menyusuri Sungai Kilim
Menghampiri Fish Farm@Sangkar ikan
Ikan Sumpit..Cara dorang attack makanan di tempat tinggi dengan cara menyumpit air..Video kat
siniIkan buntal air tawar mempunyai jangka hayat selama 5 tahun sahaja..
Memberanikan diri menyentuh ikan pari..
Restoran atas air :: Hole in the Wall :: Pakej Lunch RM 25/pax (Lokasi filem Gerak Khas The Movie 3)
Gua Mulut Buaya..Menyerah diri nampaknya..
Memasuki Crocodile Cave yang tak brape nak seram..:p
Geng Kelawar sedang beradu..
DarkBatman kenal la dorang ni..Hehe
Salah satu lokasi di Sungai Kilim yang menjadi kunjungan burung helang
Nampak tak burung helang tu menyambar makanan (kulit ayam je pun)
Keliling laut Andaman..Dari sini ke Thailand dalam 20minit kalau naik speedboat..
Pulau Kasut..Mengakhiri entri kali ini..Ikuti sambungan part 3 di sekitar Gunung Mat Cincang & Pantai Cenang..Tamat