Bersalam di pagi raya di mana silapnya | Mahram vs Haram

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog Kafe Que yang beragama Islam.. Persiapan macam mane?? Zakat dah bayar?? Duit raya dah masuk sampul?? Kalau belum masih ada masa lagi. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sepanjang perkenalan. Maklumlah manusia ni tak boleh lari dari buat salah. Nak bagi duit raya kat semua tak dapat la kan sebab ramai sangat plus semua dah besar-besar. Jadi sempena Syawal yang bakal menjelma Kafe Que menyediakan sedikit pedoman untuk kalian semua.

"Iklan paling cool bulan ini"

video ustaz muhammad irwan,mahram vs haram ustaz irwan,suara takbir cover version,maksud mahram dan muhrim,definisi mahram mengikut islam,larangan bersalam dengan bukan mahram,siapa mahram kita,ciri mahram,syarat mahram,hukum bersalam di pagi raya



Anda tau siapa mahram anda? Kadang kala orang tersilap dengan istilah muhrim. Dua-dua ini mempunyai maksud yang jauh berbeza. Mahram ialah orang yang mempunyai pertalian darah dan diharamkan berkahwin dengannya sama ada haram sementara atau buat selama-lamanya. Muhrim pula merujuk kepada orang yang memakai ihram sewaktu menunaikan umrah atau haji.


Dalam keghairahan kita menyambut hari raya, memang tak dinafikan kita akan menziarahi sanak saudara yang dah lama tak jumpe. Tahukah kita bahawa tidak semua di kalangan saudara mara itu adalah mahram kita yang boleh kita bersalam. Entri ini bukan untuk mencari salah siapa cuma eloklah kita belajar dan faham apa maksud mahram itu kerana ia melibatkan banyak hukum yang lain. Insyaallah.


Mahram vs Haram Part 1 - Ustaz Muhammad Irwan



Jadi bila kita sudah tahu dengan siapa kita boleh bersalam atau tidak maka kuranglah dosa di pagi raya. Tapi kalau orang yang tak faham mereka akan kata, "Ish sombongnye budak ni.Tak reti nak bersalam dah ngan orang tua".. Adapun begitu sekiranya ada yang menghulurkan tangan (orang tua) untuk bersalam, sambutlah dan segeralah bertaubat selepas itu. Demi menjaga hubungan.


Mahram vs Haram Part 2 - Ustaz Muhammad Irwan






"Ada satu golongan sepupu yang kita boleh bersalam (berlainan jantina) iaitu sepupu yang berlapik"


Video penuh berkenaan Mahram vs Haram ini agak panjang. Dan fokus entri kali ini untuk bersalam di pagi raya. Sekiranya ada yang berminat untuk mendalami isu ini boleh tinggal komen untuk diberikan link download.


Suara Takbir - Cover Version




Lagu ni dirakamkan bersama rakan sepejabat sempena hari raya. Layankan je..Hehe

Siaran Langsung Perlawanan Manchester United vs Arsenal 28 Ogos 2011 | Keputusan Undian Pusingan Ketiga League Cup

Malam ini bakal berlangsung pertembungan klasik antara 2 kelab ternama EPL, Manchester United vs Arsenal. Manchester United sudah pasti ingin menambah luka Arsenal yang baru kehilangan Fabregas dan Nasri ke Barcelona dan Manchester City. Anak didik Wenger pula kembali mendapat keyakinan selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan UEFA Champios League [lihat sini]. 

siaran langsung live streaming keputusan manchester united vs arsenal 28 ogos 2011,jadual manchester united vs arsenal epl 2011/2012,keputusan undian 3rd round league cup 2011/2012 pusingan ketiga piala liga inggeris,live astro manchester united vs arsenal 28 ogos 2011,rekod manchester united vs arsenal,senarai pemain manchester united vs arsenal,alex ferguson vs arsene wenger,poster manchester united vs arsenal,manchester united vs leeds united league cup 2011,park ji sung goal vs arsenal 2010



Kedua pasukan mungkin menghadapi masalah kecederaan dan pergantungan beberapa pemain utama, namun perlawanan ini tetap menjanjikan persembahan yang menarik dengan kelebihan masing-masing melakukan serangan balas yang pantas. Phil Jones dan Jonny Evans bakal diuji sekali lagi oleh barisan serangan Arsenal yang dibarisi pemain lincah seperti Walcott,Van Persie dan Arshavin.



Pasukan manakah yang akan menang akan diketahui awal pagi esok. Jika musim lalu Manchester United berjaya mengatasi Arsenal 1-0 menerusi jaringan tunggal Park Ji Sung dan seterusnya mengekalkan rekod kemenangan di Old Trafford dalam EPL. Mampukah kali ini mereka mempertahankan kubu kuat United??



Arsenal dikhabarkan cuba mendapatkan khidmat Park Chu-Young untuk menyelamatkan season mereka



Saksikan perlawanan antara dua rival 

English Premier League, Manchester United vs Arsenal

Siaran Langsung 

Astro SuperSport 3 (817) HD (831) 3D (830) jam 11.00 pm waktu Malaysia





Dalam pada itu, Manchester United telah diundi untuk bertemu Leeds United di Elland Road dalam pusingan ketiga piala liga Inggeris musim ini. Perlawanan dijangka berlansung pada minggu ke-3 bulan September.


Keputusan penuh undian pusingan ketiga League Cup 2011/2012

Cardiff vs Leicester
Wolves vs Millwall
Chelsea vs Fulham
Aldershot or Carlisle vs Rochdale
Arsenal vs Shrewsbury
Burnley vs MK Dons
Leeds vs Manchester United
Brighton vs Liverpool
Nottingham Forest vs Newcastle
Manchester City vs Birmingham
 Blackburn vs Leyton Orient or Bristol Rovers
 Swindon or Northampton vs Charlton or Preston
 Everton vs West Brom
Crystal Palace or Wigan vs Middlesbrough
Aston Villa vs Bolton
Stoke vs Tottenham 

Keputusan Undian UEFA Champions League Peringkat Kumpulan 2011/2012 | Liga Juara - Juara Eropah

Awal pagi telah berlangsungnya satu majlis undian peringkat kumpulan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2011/2012 yang diadakan di Grimaldi Forum, Monaco, Perancis. Manchester United yang diletakkan di dalam kelompok pertama diundi bersama pasukan Benfica (Portugal), FC Basel (Switzerland) dan  FC Oţelul Galaţi (Romania) untuk melengkapkan saingan Kumpulan B.

"Iklan Petronas Hari Raya + Merdeka"

senarai penuh keputusan undian peringkat kumpulan uefa champions league liga juara-juara eropah 2011 2012 draws result monaco,kumpulan manchester united dalam uefa champions league 2011/2012,pemain terbaik eropah uefa 2010/2011 lionel messi,video live siaran langsung undian peringkat kumpulan highlights 25 26 ogos august 2011,jadual uefa champions league peringkat kumpulan musim 2011/2012
kredit : google


Juara bertahan Barcelona telah diundi bersama AC Milan, juara 7 kali di dalam kumpulan H bersama FC BATE Borisov (Bulgaria) dan FC Viktoria Plzeň (Czech Republic). Sementara itu, Arsenal dan Manchester City pula menghadapi undian sukar dan dijangka menghadapi tentangan sengit dari lawan masing-masing. 


Berikut adalah senarai keputusan penuh undian peringkat kumpulan Kejohanan UEFA Champions League 2011/2012


keputusan undian peringkat kumpulan uefa champions league 2011 2012 draws result monaco,kumpulan manchester united dalam uefa champions league 2011/2012,pemain terbaik eropah uefa 2010/2011 lionel messi,video live siaran langsung undian peringkat kumpulan highlights,jadual uefa champions league peringkat kumpulan musim 2011/2012

Kumpulan A

Bayern Munich (Germany)
Villarreal (Spain)
Manchester City (England)
Napoli (Italy)


Kumpulan B

Inter Milan (Italy)
CSKA Moscow (Russia)
Lille (France)
Trabzonspor (Turkey)


Kumpulan C

Manchester United  (England)
Benfica (Portugal)
FC Basel (Switzerland)
Oţelul Galaţi (Romania)


Kumpulan D

Real Madrid (Spain)
Olympique Lyon (France)
Ajax (Netherland)
Dinamo Zagreb (Crotia)


Kumpulan E

Chelsea (England)
Valencia (Spain)
Bayer Leverkusen (Germany)
Genk (Belgium)


Kumpulan F

Arsenal (England)
Marseille (France)
Olympiacos (Greece)
Borussia Dortmund (Germany)

Kumpulan G

 Porto (Portugal)
Shakhtar Donetsk (Ukraine)
Zenit St Petersburg (Russia)
APOEL(Cyprus)


Kumpulan H

Barcelona (Spain)
AC Milan (Italy)
 BATE Borisov (Bulgaria)
Viktoria Plzeň (Czech Republic)


Sedutan Video Undian peringkat Kumpulan UEFA Champions League | 26 Ogos 2011





Semua perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan pada 13/14 September, 27/28 September, 18/19 Oktober, 1/2 November, 22/23 November and 6/7 Disember. Jadual perlawanan boleh rujuk di sini



keputusan undian peringkat kumpulan uefa champions league 2011 2012 draws result monaco,kumpulan manchester united dalam uefa champions league 2011/2012,pemain terbaik eropah uefa 2010/2011 lionel messi,video live siaran langsung undian peringkat kumpulan highlights,jadual uefa champions league peringkat kumpulan musim 2011/2012
kredit : uefa.com


Dalam majlis yang sama Lionel Messi telah dipilh sebagai pemain terbaik UEFA musim 2010/2011 selepas membantu pasukannya menjuarai kejohanan itu musim lalu. Messi mengetepikan saingan dari Xavi Hernander dan Cristiano Ronaldo.


UEFA Best Player in Europe 2010/2011 (1st ever award)



Keputusan Perlawanan EPL Manchester United vs Tottenham 23 Ogos 2011

Siapa kata Manchester United main tak best?? Walaupun menurunkan barisan pemain muda, United masih boleh menang 3-0 ke atas Tottenham. Hanya Evra melepasi umur 30 tahun merangkap kapten pada game awal pagi tadi. Kalau nak tau rahsia kejayaan Manchester United terus gah di EPL boleh baca entri ini. De Gea akhirnya berjaya mendapatkan 'cleen sheet' yang pertama bersama United dengan bantuan Smalling, Jones, Evans dan Evra.

"Jawab soalan mudah dan menang FREE top up"


keputusan perlawanan english premier league manchester united vss tottenham,video highlight manchester united vs tottenham,senarai pemain manchester united vs tottenham hotspur,aksi de gea di old trafford,purata umur pemain united lawan tottenham,rahsia kejayaan manchester united,manchester united vs arsenal epl 2011/2012


Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan keputusan 3-0. Phil Jones nampak solid di bahagian pertahanan, Ashley Young dan Nani seperti biasa memberikan masalah kepada fullbacks Tottenham. Link up play Rooney dan Welback bertambah terbaik (Berbatov pening la camni). Cleverley dan Ando mengawal midfield dengan tenang. Cuma 1st half Manchester United agak gopoh dan gagal mencipta peluang menarik.


Mengejutkan apabila Chicharito berada dibangku simpanan kali ini. Ingatkan masih direhatkan hingga game Arsenal. Ditemani Lindergaard, Fabio, Carrick, Giggs, Park & Berbatov, United mempunyai skuad yang mantap walaupun dibangku simpanan.


Ikuti sedutan perlawanan 
Manchester United vs Tottenham | EPL Match Highlight 23 Ogos 2011


Man Utd : Welbeck (61'), Anderson (76'), Rooney (87')



Purata umur barisan utama United hanya 23 tahun disebabkan beberapa kecederaan serta peningkatan mendadak pemain muda yang terus mendapatkan kepercayaan pengurusnya, Sir Alex Ferguson. De Gea (20 tahun) , Smalling (21) , Jones (19) , Cleverley (22) , Welbeck (20) antara prospek masa depan skuad Manchester United untuk 10 tahun akan datang.


Permainan yang ditunjukkan United selepas memperoleh gol pertama sangat memberangsangkan. Tottenham seolah-olah tiada jawapan kepada 'free flowing passing' oleh anak buah Ferguson. Sepertimana yang diketahui lawan United pada awal musim 2011/2012 lebih mencabar dari sebelumnya [check this out]. Selepas ini Arsenal dan Chelsea akan berkunjung ke Old Trafford. Bolton dan Stoke akan menanti kunjungan United ditempat masing-masing. Bulan Oktober Liverpool dan Manchester City pulak.


keputusan perlawanan english premier league manchester united vss tottenham,video highlight manchester united vs tottenham,senarai pemain manchester united vs tottenham hotspur,aksi de gea di old trafford,purata umur pemain united lawan tottenham,rahsia kejayaan manchester united,manchester united vs arsenal epl 2011/2012
kredit : manutd.com


Memang tepat pada masanya. Ramai pengkritik mengatakan pasukan Manchester United ialah pasukan yang 'lambat panas' atau 'slow starter'. Kali ini 6 kemenangan perlawanan pra musim serta Persiai Komuniti membuktikan United sudah bersedia awal dan berada pada prestasi terbaik. Jelas dalam perlawanan awal pagi tadi pemain United lebih fit dan tersusun berbanding Spurs yang terpaksa melupakan aksi menentang Everton minggu lalu. Jika tidak kerana kecekapan Brad Friedel mungkin Manchester United boleh menambah bilangan gol mereka.



Gol pertama hadir pada minit ke-61 apabila Welbeck dengan bijak menanduk (placing header) hantaran lintang menarik Cleverley. Kombinasi pemain muda yang hebat bukan? Brad Friedel hanya mampu melihat dan berkata 'Wow!' dalam hatinya. Asakan demi asakan United akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila Welbeck sekali lagi terlibat dalam gol kedua United. Hasil gerakan 'one two' bersama Anderson, Welbeck melakukan  'backheel' yang mengelirukan dan Ando terus menyambar untuk gol yang penting buat United melebarkan jurang.



Kegarangan United tidak berhenti di situ. Kemasukan trio Giggs, Park dan Hernandez memberikan masalah baru buat pertahahan Spurs. Dengan permainan berbaki 3 minit, Rooney menambah derita Spurs di OT apabila mudah menanduk masuk hantaran Giggsy untuk gol ketiga Manchester United. Manchester United 3-0 Tottenham Hotspur.


keputusan perlawanan english premier league manchester united vss tottenham,video highlight manchester united vs tottenham,senarai pemain manchester united vs tottenham hotspur,aksi de gea di old trafford,purata umur pemain united lawan tottenham,rahsia kejayaan manchester united,manchester united vs arsenal epl 2011/2012
kredit : manutd.com


Mengenai persembahan De Gea, beliau menghadapi sedikit masalah di akhir 15 minit perlawanan dengan tangkapan kurang kemas dan hampir-hampir membenarkan Spurs kembali merapatkan kedudukan. Namun masih terlalu awal untuk menilai tahap sebenar penjaga gol muda yang mengisi tempat Edwin Van der Sar itu. Mungkin beliau tidak sebesar dan segagah Schemeichel dan Van Der Sar. Tapi kehebatan beliau sebagai 'shot stopper' dan 'distribution ball' yang tepat sama ada menggunakan kaki atau balingan jarak jauh tidak boleh dinafikan. Clean sheet di kubu kuat United akan memberi lebih keyakinan kepada De Gea. Dan Arsenal pasti menjanjikan serangan yang lebih bahaya dengan Van Persie, Arshavin dan Theo mampu melakukan gerakan dari kiri dan kanan.


keputusan perlawanan english premier league manchester united vss tottenham,video highlight manchester united vs tottenham,senarai pemain manchester united vs tottenham hotspur,aksi de gea di old trafford,purata umur pemain united lawan tottenham,rahsia kejayaan manchester united,manchester united vs arsenal epl 2011/2012



Kesimpulannya, pemain muda Manchester United melepasi ujian pertama di Old Trafford musim ini. Bring on The Gunners!!


p/s : Manchester United harus perbaiki attacking set pieces corner yang langsung tidak mencabar pertahanan lawan



United: De Gea; Smalling, Jones, Evans, Evra; Young, Cleverley, Anderson, Nani; Rooney, Welbeck. 
Subs: Lindegaard, Fabio, Carrick, Giggs, Park, Berbatov, Hernandez

Tottenham: Friedel; Walker, Dawson, Kaboul, Assou-Ekotto; Lennon, Kranjcar, Livermore, Bale; van der Vaart, Defoe.
Subs: Gomes, Bassong, Corluka, Huddlestone, Jenas, Townsend, Pavyluchenko

Diskaun Tol Hari Raya dan Kemerdekaan Malaysia 2011 | Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS


Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca setia Kafe Que. Hari ni ingat nak share entri pasal balik kampung. Kurang dari seminggu ada di antara kita yang dah mula ambil cuti panjang untuk pulang beraya di kampung. Dikhabarkan sebanyak 24 lebuh raya akan memberi diskaun istimewa kepada pengguna sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan Malaysia (30 & 31 Ogos 2011) pada tahun ini. Wow!!

senarai lebuh raya diskaun tol hari raya dan merdeka 2011,jadual perjalan balik kampung 2011 plus,lebuhraya latar percuma tol,tol percuma hari raya 2011,panduan perjalanan pulang berhari raya,harga tol di musim raya 2011,senarai harga tol lebuh raya di malaysia
kredit : google


Antara Lebuh Raya yang memberikan perkhidmatan tol PERCUMA

  1. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor @ LATAR (Percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos)

  2. Lebuh Raya LDP (Percuma pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari )


Mulai 25 Ogos 2011 (Khamis) ini antara lima (5) Lebuh Raya yang paling awal memberikan diskaun adalah:

  • Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)

  • Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

  • Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)

  • Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)

  • Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)



Peta Lebuh Raya LATAR



    Senarai 23 Lebuh Raya yang memberi DISKAUN 5% – 37.5%
  1. Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)

  2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

  3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)

  4. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua)

  5. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)

  6. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)

  7. Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT)

  8. Lebuh Raya KL-Karak (KLK)

  9. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)

  10. Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

  11. Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

  12. Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)

  13. Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)

  14. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)

  15. Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)

  16. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)

  17. Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE)

  18. Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga)

  19. Lebuh Raya Smart (SMART)

  20. Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)

  21. Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)

  22. Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK)

  23. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)



Bagi melancarkan perjalanan pulang berhari raya dan bercuti, pihak PLUS ada mengeluarkan Jadual Perjalanan Balik Kampung sebagai panduan pengguna lebuh raya nanti.


senarai lebuh raya diskaun tol hari raya dan merdeka 2011,jadual perjalan balik kampung 2011 plus,lebuhraya latar percuma tol,tol percuma hari raya 2011,panduan perjalanan pulang berhari raya,harga tol di musim raya 2011,senarai harga tol lebuh raya di malaysia
klik untuk tumbesaran @ muat turun


Selamat bercuti dan balik kampung. Pandu dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang.

Sumber berita : BHarianPLUS

    [Edisi EPL 2011/2012] Manchester City Bakal Jadi Pencabar Utama Manchester United

    Haluu kepada peminat-peminat setia English Premier League (EPL). Ni entri pertama aku wat pasal EPL 2011/2012 (3 jam woo gua tulis). Jadual perlawanan setiap minggu boleh cek kat sini ye. Minggu pertama dah berlalu. Apa yang korang nampak? Banyak pasukan pilihan gagal mengutip mata penuh kecuali Manchester United dan Manchester City. Perlawanan Tottenham dan Everton pula terpaksa ditunda ekoran rusuhan yang melanda kota London.


    analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012,rahsia kejayaan manchester united juara epl 19 kali,zaman kegemilangan chelsea arsenal liverpool
    kredit gambar : klik


    Manchester United memulakan misi mempertahankan gelaran juara EPL dengan kemenangan 2-1 ke atas West Brom (jadual penuh Manchester United 2011/2012 kat sini). Ashley Young menjadi wira pada perlawanan itu dengan merencanakan kedua-dua gol. Pemain muda seperti Cleverley Welbeck, Jones & Evans terus mendapat kepercayaan Sir Alex. Cuma yang menjadi masalah ialah kecederaan Vidic dan Ferdinand sedikit meresahkan penyokong The Red Devils


    Jika ditanya apakah rahsia Manchester United terus unggul di dalam kancah EPL. Jawapannya kesinambungan pemain pelapis yang begitu ramai ditambah dengan pengalaman pemain veteran dan diperkuatkan pemain berkualiti yang dibawa masuk setiap musim. Acuan yang betul dapat menghasilkan pasukan yang mantap di samping kebijaksaan jurulatih serta pengurusnya, Sir Alex Ferguson. Bagi memastikan mereka kekal berada pada status salah satu kelab terbaik di dunia, Manchester United terus melahirkan pemain remaja dari akademi serta mencari bakat muda yang boleh digilap ke dalam skuad sedia ada.


    analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012
    kredit gambar : klik


    Tidak seperti sesetengah pasukan yang lebih gemar berbelanja besar membeli pemain bertaraf bintang dengan harapan dapat memenangi kejuaraan dalam masa yang singkat. Memang boleh menang tapi mereka akan jatuh selepas usia pemain mereka meningkat dan hampir bersara. Chelsea umpamanya mengecapi zaman kegemilangan mereka pada tahun 2005- 2007. Lampard, Drogba, Cole, Robben, Essien Terry, Carvalho satu ketika dulu amat digeruni pemain EPL dan Mourinho antara pengurus terhebat yang pernah hadir di saat dominasi Arsenal dan Manchester United. 


    kredit gambar : klik


    Kini ramai antara mereka sudah melepasi usia 30an dan kualiti serta tenaga tidak lagi sama seperti 6 tahun lepas. Kejuaraan EPL terakhir mereka pada 2009/2010 hanya melebihi 1 mata dari Manchester United yang pada ketika itu mempunyai krisis di bahagian pertahanan yang sangat kritikal. Pertukaran pengurus yang begitu kerap juga tidak langsung membantu peningkatan kelab The Blues itu. Kemasukan Torres dalam sistem permainan 4-3-3 dan hantaran jauh masih tidak menampakkan kesan.  Andre Villas-Boas perlu cepat menyesuaikan diri untuk mendapatkan rentak kemenangan serta kejuaraan jika tidak mahu mengikuti jejak langkah 5 orang pengurus yang dipecat di bawah  naungan Abramovich.


    Ferguson sendiri terpaksa menunggu 5-6 tahun sebelum berjaya memenangi trofi dan seterusnya mendominasi EPL untuk tempoh yang lama. Dan kini United menjadi pasukan yang memegang rekod 19 kali kejuaraan EPL. Pemain hebat datang dan pergi. Sir Alex masih bertahan sebagai pengurusnya.


    analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012
    kredit gambar : klik


    Kini Manchester City pula hadir dengan misi yang sama. Memecah dominasi jirannya sejak sekian lama. Selepas Mark Hughes gagal dalam percubaannya memuaskan hati pemilik Abu Dhabi United Group, Roberto Mancini akhirnya menamatkan penantian sekian lama dengan trofi Piala FA 2010/2011. Dibarisi pemain bintang seperti Tevez, Silva, Milner, Barry, Lescott, Kompany, Johnson, Toure, de Jong, Joe Hart, Aguero, Balotelli dan Clichy inilah pencabar sebenar United pada ketika ini. Kenapa bukan Arsenal dan Liverpool?


    analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012
    kredit gambar : klik


    Arsenal satu ketika menjadi pencabar hebat kepada United ketika kehadiran Arsene Wenger. Misi kelab The Gunners pada ketika itu jelas untuk menamatkan dominasi United. Namun selepas 10 tahun menguruskan Arsenal, Wenger beralih kepada polisi pemain muda dan tidak berbelanja besar untuk seorang pemain. Akibatnya? 6 musim tanpa trofi cukup pahit untuk ditelan pemain handalan mereka. Selepas Ashley Cole berhijrah ke kelab Chelsea, beliau memenangi 6 trofi selama 6 tahun. Sementara rakan lamanya di Arsenal berputih mata sekalipun hampir menamatkan kemarau pada final League Cup 2010/2011 menentang Birmingham.

    kredit gambar : klik


    Risiko untuk pemain muda ialah kekuatan mental dan juga persembahan yang tidak konsisten. Ini yang tidak dapat dilihat oleh Wenger yang tetap dengan pendiriannya menghasilkan sebuah pasukan muda dengan corak permainan menarik. Persoalannya sampai bila mereka perlu bermain dan menghiburkan peminat tanpa sebarang trofi? Permulaan kempen musim ini menyaksikan Arsenal kehilangan kapten yang berpengaruh, Fabregas. Tindakan bijak untuk kembali kepada pasukan yang pernah melatih beliau sewaktu remaja membuahkan hasil. Hanya perlu 2 hari, beliau telah memenagi Spanish Super Cup bersama Barcelona yang menewaskan Real Madrid 5-4 secara agregat (lihat highlight perlawanan di sini)


    analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012
    kredit gambar : klik


    Lain pula ceritanya di Anfield. Kemasukan semula Kenny Dalglish memberi sinar baru kepada kelab Liverpool yang bercita-cita mengembalikan zaman kegemilangan mereka pada tahun 70an dan 80an. Penjualan Torres pada awal tahun ini dilihat sebagai detik suram kepada kelab The Reds. Namun persembahan Luis Suarez menutup mulut pengkritik bola sepak dengan aksi menyakinkan ketika menewaskan Manchester United 3-1. Musim ini, Kenny membawa masuk Charlie Adam, Stewart Downing, Jordan Henderson, Jose Enrique dan Doni. Namun kelemahan Liverpool di bahagian pertahanan akan menyukarkan perjuangan mereka untuk merebut takhta kejuaraan liga pada musim kali ini.


    kredit pic : klik


    Habis aku bercerita pasal pencabar Manchester United. Sebelum ketinggalan ada satu lagi pasukan yang boleh menggugat perjalanan United. Lawannya pada pagi Selasa nanti, Tottenham Hotspur juga tidak kurang hebatnya. Mungkin prestasi Gomez dan pertahanan mereka boleh diragui. Namun jika dilihat dari pemain bahagian serangan yang dimiliki Harry Redknapp seperti Lennon, Bale, Defoe, Van der Vaart dan Modric, mereka ini bisa menghukum kelekaan mana-mana pertahanan lawan. Kepantasan mereka melakukan counter attack cukup hebat. Ini terbukti apabila mereka mudah menewaskan pasukan Hearts dari Scotland dengan kemenangan bergaya 5-0 (lihat highlight di sini)


    Ujian besar bakal dihadapi pemain muda United yang akan membarisi pertahanan tatkala kecederaan menghantui kapten pasukan, Vidic dan Ferdinand. Prestasi De Gea dalam 2 perlawanan sebelum ini masih lagi tidak memuaskan. Namun diharapkan kesemua pemain dapat membuktikan kekuatan sebenar United kali ini dihadapan penyokong tuan rumah.


    kredit gambar : klik


    Perlawanan pilihan minggu ini akan tertumpu di Stadium Emirates, di mana Arsenal yang dibelenggu dengan masalah kehilangan tonggak utama, kecederaan dan penggantungan pemain bakal berdepan Liverpool yang sudah pasti ingin menggunakan peluang mengutip 3 mata penuh selepas dipaksa berpuas hati dengan 1 mata dengan Sunderland.




    Selamat menonton!! Live Streaming @ Kafe Que


    Dari katil Que

    Software Tafsir Al-Quran Dalam Bahasa Melayu | Free Aplikasi Belajar Tajwid

    Salam 20 Ramadhan kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t. Semakin hampir kita ke penghujung Ramadhan nampaknya. 10 hari terakhir dalam fasa ke-3 (pembebasan dari api neraka) menguji kesabaran dan ketaqwaan kita kepada Allah. Adakah kita termasuk dalam golongan yang ingin berlumba-lumba melakukan ibadat atau sibuk dengan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. 

    software tafsir al-quran dengan terjemahan bahasa melayu,aplikasi al quran dengan tafsir malay,al quran digital dengan bacaan imam,belajar tajwid melalui online,aplikasi belajar tajwid percuma,flash belajar tajwid bacaan al quran multimedia,software makhraj bacaan al quran sebutan yang betul,cara bacaan tajwid dalam al quran,pahala mengaji dalam bulan ramadhan,pahala bacaan al quran satu 1 huruf 70 kali



    Eloklah kita menggunakan baki 10 hari di bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amalan baik semoga kita mendapat keberkatan serta pahala di suatu malam yang paling dicari-cari, Lailatul Qadar. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu software tafsir Al-Quran bahasa melayu. Kalau anda terbaca entri Nuzul Al-Quran sebelum ini, ini peluang untuk anda fahami isinya.



    Software ini mengandungi 30 Juzuk / 114 surah dan terjemahan dalam bahasa Inggeris atau Melayu. Anda juga boleh muat turun bacaan dari imam yang berbeza mengikut citarasa. Berikut disertakan link software ini..






    Tutorial cara nak install ada disertakan bersama. Tak tahu cara nak gabungkan files part 1 & part 2?? Klik sini


    software tafsir al-quran dengan terjemahan bahasa melayu,aplikasi al quran dengan tafsir malay,al quran digital dengan bacaan imam,belajar tajwid melalui online,aplikasi belajar tajwid percuma,flash belajar tajwid bacaan al quran multimedia,software makhraj bacaan al quran sebutan yang betul,cara bacaan tajwid dalam al quran,pahala mengaji dalam bulan ramadhan,pahala bacaan al quran satu 1 huruf 70 kali



    Al-Quran ini perlu dibaca dengan sebutan dan tajwid yang betul. Bagi membantu anda mempelajari tajwid dan makhraj Kafe Que menyediakan satu lagi aplikasi yang tidak kurang hebatnya. Jom kita belajar tajwid Al-Quran.





    software tafsir al-quran dengan terjemahan bahasa melayu,aplikasi al quran dengan tafsir malay,al quran digital dengan bacaan imam,belajar tajwid melalui online,aplikasi belajar tajwid percuma,flash belajar tajwid bacaan al quran multimedia,software makhraj bacaan al quran sebutan yang betul,cara bacaan tajwid dalam al quran,pahala mengaji dalam bulan ramadhan,pahala bacaan al quran satu 1 huruf 70 kali



    Sekurang-kurangnya software ini membantu kita untuk lebih faham serta mengingati jenis-jenis hukum bacaan yang terkandung di dalam ayat Al-Quran.



    software tafsir al-quran dengan terjemahan bahasa melayu,aplikasi al quran dengan tafsir malay,al quran digital dengan bacaan imam,belajar tajwid melalui online,aplikasi belajar tajwid percuma,flash belajar tajwid bacaan al quran multimedia,software makhraj bacaan al quran sebutan yang betul,cara bacaan tajwid dalam al quran,pahala mengaji dalam bulan ramadhan,pahala bacaan al quran satu 1 huruf 70 kali


    Marilah kita pupuk semangat celik Al-Quran dalam generasi kita sekarang. Bukan hanya celik IT sahaja yang penting. Tanpa didikan yang sempurna, ilmu IT boleh disalahguna oleh anak-anak kita. Jom baca Al-Quran di bulan Ramadhan.


    Rasulullah SAW bersabda,

    “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapatkan satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.”



    Tapi di dalam bulan Ramadhan ia dilipatgandakan kepada 70 kali.. Bayangkan banyak mana pahala yang kita dapat. Baca je dah dapat pahala. Kalau susah nak bayang kita amik contoh ni. Satu hari bos datang kat meja kita. " Salman, tolong siapkan tesis Master saya ni. Satu perkataan saya bayar RM1". Rasa-rasa apakah reaksi Salman selepas mendapat tugasan itu?



    a. Duduk termenung sambil pikir entri apa nak ditulis dalam blog pada hari itu .
    b. Terus search dalam google untuk cari maklumat berkaitan tajuk tesis yang diberikan


    Lumrah manusia. Kita lebih teruja jika diberi ganjaran dalam bentuk wang dari pahala. Sebab pahala kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Tapi orang yang beriman akan percaya bahawa pahala itu benar. Renungkan lah.

    Keputusan Perlawanan Barcelona vs Real Madrid 2nd Leg Spanish Super Cup 2011

    Wohooo...Menarik.. Ganas.. Pantas.. Pertembungan El Clasico awal pagi tadi mengumpul pemain bintang Sepanyol, Portugal, Argentina & Brazil. Perlawanan timbal balik 2nd leg itu berkesudahan dengan Barcelona 3-2 Real Madrid. Memang klasik dengan kedua pasukan saling berbalas serangan serta gol. Tackles keras tak dapat dipisahkan dalam pertemuan dua kelab gergasi bola sepak Spain ini.

    keputusan siaran langsung barcelona vs real madrid spanish super cup 2nd leg el clasico 2011,video insiden pergaduhan pemain barcelona vs real madrid spanish super cup,kad merah marcelo ozil barcelona vs real madrid,penjaring gol barcelona vs real madrid spanish super cup 2011,video highlights barcelona vs real madrid el clasico spanish super cup,piala pertama fabregas sebagai pemain kelab barcelona,perpindahan fabregas ke barcelona 2011,line up barcelona vs real madrid spanish super cup 2011
    kredit : google


    Secara agregatnya Barcelona menang 5-4 selepas keputusan seri 2-2 di Santiago Bernabeu 4 hari lalu. Iniesta  menyudahkan hantaran cantik Messi pada minit ke-15 untuk meletakkan Barcelona di hadapan. Real Madrid harus menyalahkan pertahanan mereka yang cuba bermain high defensive line dan perangkap offsaid. Silap besar kerana pemain Barca pantas dan bijak mencari ruang di bahagian tengah.


    Keputusan Perlawanan Barcelona vs Real Madrid  3-2| Video Highlights | Spanish Super Cup 2011




    Barcelona : Iniesta (15') Messi (45' , 89') Real Madrid : Ronaldo (20') Benzema (82')


    Ronaldo menyamakan kedudukan 5 minit kemudian walaupun pemain Barcelona cuba membantah keputusan pengadil ekoran gol yang nampak seperti offside. Ketika permainan separuh masa pertama hampir tamat dengan kedudukan 1-1, Messi menggamatkan suasana Nou Camp dengan jaringan cantik hasil hantaran backheel Pique. Halftime Barcelona 2-1 Real Madird.



    keputusan siaran langsung barcelona vs real madrid spanish super cup 2nd leg el clasico 2011,video insiden pergaduhan pemain barcelona vs real madrid spanish super cup,kad merah marcelo ozil barcelona vs real madrid,penjaring gol barcelona vs real madrid spanish super cup 2011,video highlights barcelona vs real madrid el clasico spanish super cup,piala pertama fabregas sebagai pemain kelab barcelona,perpindahan fabregas ke barcelona 2011,line up barcelona vs real madrid spanish super cup 2011
    kredit : google


    Separuh masa kedua bermula agak perlahan. Tackles bersilih ganti. Kad kuning demi kad kuning dilayangkan. Kehangatan 'El Clasico' semakin dirasai... Percubaan Real Madrid akhirnya membuahkan hasil apabila Benzema mudah menolak masuk bola berpunca dari sepakan sudut Kaka yang gagal dikeluar dengan sempurna oleh pertahanan Barcelona pada minit ke-82. Pep Guardiola membawa masuk pemain baru yang dibeli murah dari Arsenal, Fabregas untuk menyuntik idea di bahagian tengah.



    keputusan siaran langsung barcelona vs real madrid spanish super cup 2nd leg el clasico 2011,video insiden pergaduhan pemain barcelona vs real madrid spanish super cup,kad merah marcelo ozil barcelona vs real madrid,penjaring gol barcelona vs real madrid spanish super cup 2011,video highlights barcelona vs real madrid el clasico spanish super cup,piala pertama fabregas sebagai pemain kelab barcelona,perpindahan fabregas ke barcelona 2011,line up barcelona vs real madrid spanish super cup 2011
    kredit : soccernet


    Ketika ramai menjangkakan perlawanan akan memasuki masa tambahan, muncul sekali lagi pemain terbaik dunia yang gemar menjaringkan gol di saat-saat akhir perlawanan. Minit ke-89 gerakan one two Messi dan Adriano menamatkan usaha Real Madrid untuk mencari gol kemenangan. Sekali lagi Mourinho terpaksa akur dengan kehebatan Messi dan Barcelona. Insiden terjahan keras Marcelo ke atas Fabregas berlaku  minit akhir perlawanan. Two footed challenge itu memberikan kad merah dan membawa kepada pergaduhan di tepi padang antara pemain Barcelona dan Real Madrid. Ozil dan Villa yang telah dikeluarkan juga menerima kad merah akibat kekasaran yang dilakukan.


    Insiden pergaduan Barcelona vs Real Madrid | 2nd Leg 18 Ogos 2011






    Fabregas akhirnya berjaya memperolehi piala pertama beliau sebagai pemain kelab setelah beberapa hari menyertai Barcelona. Keputusan yang sangat bijak. Tiada pemain bola sepak ternama yang tidak mahu memenangi sebarang piala. Jika ada mungkin kerana kesetiaan pada sesuatu kelab ataupun cuba menidakkan kenyataan.


    Line up FC Barcelona: Valdes, Alves, Pique, Mascherano, Abidal , Busquets (Keita), Xavi, Iniesta, Messi, Pedro (Fabregas), Villa (Adriano)


    Line up Real Madrid: Casillas, Ramos, Pepe, Carvalho, Coentrao , Alonso, Khedira (Marcelo), Di Maria (Higuain), Ozil (Kaka), Cristiano, Benzema


    Dari meja Que

    Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan | Baca Dan Fahamilah Kitab Suci Allah

    Salam 17 Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan Ramadhan dalam fasa kedua iaitu pengampunan dari Allah S.W.T. MasyaAllah (Allah Maha Agung). Tanyalah pada diri kita berapa banyak kebaikan yang telah kita lakukan di bulan yang mulia ini. Adakah kita mengambil peluang yang diberikan Allah untuk bersama-sama merasai kedatangan Ramadhan pada tahun ini.

    nuzul alquran 2011,tema nuzul alquran,sejarah nuzul quran,17 ramadhan sambutan nuzul quran,hadis berkaitan alquran,lagu surah-surah alquran,lagu terjemahan al fatihah,senandung al fatihah,baca faham dan amalkan al quran


    Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ia dipercayai berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


    Persoalannya sekarang sejauh manakah kita umat Nabi Muhammad s.a.w pada hari ini menjadikan Al-Quran ini sebagai panduan hidup? Berapa ramai antara kita yang membaca serta  memahami kandungannya? Adakah kita mengerti makna Surah Al-Fatihah yang dibaca hari-hari dalam solat kita? 


    Umpamanya seperti kita mengulangkaji pelajaran atau membaca surat khabar. Kita baca sesuatu topik itu, tapi kita tidak faham. Apalah gunanya. Betul tak?


    Terjemahan Al-Fatihah



    Kadang-kadang lebih mudah menghafal sesuatu dengan melagukannya.



    Dalam kita mengejar kesenangan dan keseronokan dunia, ada yang sanggup melupakan Al-Quran. Mari kita lihat beberapa hadis mengenai Al-Quran.



    Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

    Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.

    ( Hadith Riwayat Muslim )




    Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :


    “Sebaik manusia di antara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.




    Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :


    “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran”.


    ( Hadith Riwayat Muslim )





    Surah-surah di dalam Al-Quran (114)




    Sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan semua umat Islam, kembalilah kepada ajaran Al-Quran kerana di dalamnya terdapat segalanya  tentang halal haram, kehidupan dan sebagainya. Baca, fahami dan amalkan. InsyaAllah kita semua akan diberkati Allah s.w.t. Allahu Akbar!!


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Paid To Promote