Salam 20 Ramadhan kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t. Semakin hampir kita ke penghujung Ramadhan nampaknya. 10 hari terakhir dalam fasa ke-3 (pembebasan dari api neraka) menguji kesabaran dan ketaqwaan kita kepada Allah. Adakah kita termasuk dalam golongan yang ingin berlumba-lumba melakukan ibadat atau sibuk dengan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
Eloklah kita menggunakan baki 10 hari di bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amalan baik semoga kita mendapat keberkatan serta pahala di suatu malam yang paling dicari-cari, Lailatul Qadar. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu software tafsir Al-Quran bahasa melayu. Kalau anda terbaca entri Nuzul Al-Quran sebelum ini, ini peluang untuk anda fahami isinya.
Software ini mengandungi 30 Juzuk / 114 surah dan terjemahan dalam bahasa Inggeris atau Melayu. Anda juga boleh muat turun bacaan dari imam yang berbeza mengikut citarasa. Berikut disertakan link software ini..
Tafsir Al-Quran Melayu - Part 1 (350MB)
Tafsir Al-Quran Melayu - Part 2 (316MB)
Tutorial cara nak install ada disertakan bersama. Tak tahu cara nak gabungkan files part 1 & part 2?? Klik sini
Al-Quran ini perlu dibaca dengan sebutan dan tajwid yang betul. Bagi membantu anda mempelajari tajwid dan makhraj Kafe Que menyediakan satu lagi aplikasi yang tidak kurang hebatnya. Jom kita belajar tajwid Al-Quran.
Sekurang-kurangnya software ini membantu kita untuk lebih faham serta mengingati jenis-jenis hukum bacaan yang terkandung di dalam ayat Al-Quran.
Marilah kita pupuk semangat celik Al-Quran dalam generasi kita sekarang. Bukan hanya celik IT sahaja yang penting. Tanpa didikan yang sempurna, ilmu IT boleh disalahguna oleh anak-anak kita. Jom baca Al-Quran di bulan Ramadhan.
“Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapatkan satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.”
Tapi di dalam bulan Ramadhan ia dilipatgandakan kepada 70 kali.. Bayangkan banyak mana pahala yang kita dapat. Baca je dah dapat pahala. Kalau susah nak bayang kita amik contoh ni. Satu hari bos datang kat meja kita. " Salman, tolong siapkan tesis Master saya ni. Satu perkataan saya bayar RM1". Rasa-rasa apakah reaksi Salman selepas mendapat tugasan itu?
a. Duduk termenung sambil pikir entri apa nak ditulis dalam blog pada hari itu .
b. Terus search dalam google untuk cari maklumat berkaitan tajuk tesis yang diberikan
Lumrah manusia. Kita lebih teruja jika diberi ganjaran dalam bentuk wang dari pahala. Sebab pahala kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Tapi orang yang beriman akan percaya bahawa pahala itu benar. Renungkan lah.
No comments:
Post a Comment