Tersebutlah kesah di alam fantasia,Dunia Narnia sejarah terukir,
Putera Que yang comel datang menjelma,
Ikuti kesudahan pengembaraan terakhir.

Pada malam itu, ketika semua orang sedang nyenyak tidur.. Tiba-tiba, kedengaran bunyi aneh di dalam rumah.. Aku yang ketika itu penuh curiga menyangkakan pencuri sedang menceroboh rumah banglo 3 tingkat tinggalan arwah datuk ku. Berbekalkan lampu picit, aku menyusuri tangga menuju ke tingkat bawah tanah di mana bunyi itu muncul.. Aku masuk ke dalam bilik usang yang menempatkan barang-barang antik hasil simpanan datuk moyang terdahulu.. Aku terpandang sebuah almari usang (The Wardrobe) bergerak-bergerak mengeluarkan cahaya yang aneh.. Perasaan ingin tahu membuak-buak lalu aku nekad untuk melihat apa yang berlaku di dalamnya..

Krekkkk, bunyi pintu almari antik.. Alangkah terkejutnya aku apabila ternampak sebuah dunia salji di sebalik almari usang itu.. Aku memberanikan diri untuk melangkah masuk..Maklumlah belum pernah ada salji kat Malaysia ni..Uish,sejuknya..Aku lupa nak bawa sweater..Sedang elok aku nak berpatah semula tiba-tiba pintu almari tertutup sendiri.. Adui..Aku terperangkap di dalam tempat asing yang tidak pernah aku mimpikan selama ini. Aku pun mengambil keputusan untuk bersiar-siar melihat pemandangan di kawasan sekitar.. Semasa dalam perjalanan aku terjumpa segulung kertas.. Eh, peta rupanya.. Dalam peta itu ada menunjukkan jalan ke sebuah pulau bernama Galma..Tempat keluar dari Narnia!!

Aku terus menuju ke destinasi seterusnya "The Lamp Post" seperti yang ditunjukkan di dalam peta tadi.. Tiba di tiang lampu itu, aku harus memilih jalan ke kanan atau kiri.. Tiba-tiba muncul makhluk yang pelik separuh manusia separuh haiwan.. Ajaib betul tempat ni,bisik hati kecilku.. Aku memberanikan diri untuk berkenalan dengan makluk aneh bernama Mr. Tumnus itu.. Beliau menceritakan segalanya tentang dunia Narnia dan masalah yang meraka hadapi..

Dalam cerita itu, Mr Tumnus memberitahu sebelum ini sudah ada empat orang kanak-kanak yang sesat dalam dunia Narnia itu.. Mereka adalah adik beradik Pevensie.. Peter, Susan, Edmund dan Lucy.. Aku khusyuk mendengar cerita Mr Tumnus dan meminta bantuan beliau membawa aku berjumpa dengan geng Pevensie..
Dalam perjalanan aku melihat hutan, sungai serta haiwan yang semulajadi. Tidak seperti di Malaysia yang kini sudah tercemar dek anasir-anasir yang hanya tahu mengaut keuntungan. Setelah tiba di "Beaver's Dam" aku berhenti rehat bersama Mr Tumnus untuk minum dan kedatangan aku disambut pula oleh Mr dan Mrs Beavers penghuni tetap di sungai itu..

Mr dan Mrs Beavers melayan aku dengan baik dan menghidangkan kami makanan yang lazat.. Setelah selasai berehat kami (aku, Mr Tumnus dan Beavers famili) meneruskan perjalanan mencari adik beradik Pevensie.
Senja telah tiba..Ketika melalui kawasan hutan, rombongan kami dihalang oleh seorang pemuda kacak bersama kuncu-kuncunya.. Prince Caspian pula ingin bertemu dengan raja Narnia iaitu Aslan, si singa yang gagah untuk meminta bantuan ekoran kekejaman King Miraz untuk menghancurkan seluruh penghuni Narnia..
Prince Caspian tidak berpuas hati lalu lari ke dalam hutan untuk mencari ketua Narnia itu.. Pada malam itu kami terpaksa bermalam di dalam hutan kerana tiada tempat rehat.. Aku dan Prince Caspian bercerita tentang keadaan di negeri masing-masing sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya..

Pagi itu agak mendung, aku bersama tentera Prince Caspian meneruskan perjalanan mencari Aslan dan adik beradik Pevensie.. Menyusuri lembah dan rimba, kami akhirnya bertemu adik beradik Pevensie sedang menaiki sampan bersama orang kerdil..

Sungai itu diberi nama "The Greatest River" kerana kepanjangan serta kedalamannya.. Airnya juga sungguh jernih.. Setelah penat berjalan kami pun mandi di sungai itu.. Aku sempat beramah mesra dengan Peter, Susan, Edmund dan Lucy.. Walaupun usia mereka masih muda tetapi mereka sudah pandai berdikari.. Kami meneruskan perjalanan mencari Aslan..

Namun, perjalanan kami tidak semudah yang disangka.. Di dalam hutan itu tinggal tentera ahli sihir bernama "White Witch".. Alamak, aku yang tidak bersenjata berasa amat takut.. Nasib baik tentera Prince Caspian dapat membantu menentang tentera White Witch.. Aku dan adik beradik Pevensie membantu dari belakang.. Akhirnya kami berjaya mengalahkan tentera White Witch.. Namun beberapa rakan lain terkorban antaranya Mr Tumnus, Mr dan Mrs Beaver.. Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan mencari Aslan.. Nun jauh di atas bukit terdapat banyak khemah-khemah dipasang..

Kami difahamkan bahawa Aslan serta tentera sedang berkampung di sana.. Kami di bawa berjumpa Aslan.. Aslan ada menerangkan bahawa kami berlima telah dipilih untuk menyelamatkan Narnia.. Wah, aku bersa sungguh terharu dan tekad untuk berkorban nyawa untuk Narnia tercinta.. Sekiranya berjaya, aku akan dapat balik ke dunia realiti ku..

Selama dua hari kami mengumpul bala tentera serta strategi peperangan.. Tentera Prince Caspian, Aslan serta penghuni Narnia telah bersiap sedia.. Kami berlima ditugaskan menjaga kubu terakhir Narnia.. Waktu yang ditunggu telah tiba.. Tentera King Miraz seramai 10,000 orang datang memusnahkan hutan.. Kami menyiapkan peralatan perang dan menunggu arahan Aslan..

Pertempuran epik bermula.. Pasukan pemanah yang diketuai Susan melepaskan panah ke arah tentera King Miraz.. Ramai yang terkorban.. Bantuan dari pokok bernyawa membantu tentera Narnia yang sedikit bilngannya.. Aslan mengempur tentera King Miraz bersama Peter dan Edmund.. Aku dan Prince Caspian menaiki kuda menyerang dari sebelah kiri dan kanan.. Lucy bersama pasukan medik merawat tentera yang tercedera..

Setelah hampir 3 jam bertarung, akhirnya tentera Narnia menang dan menangkap saki baki tentera King Miraz.. Kami semua bergembira pada malam itu meraikan kejayaan mempertahan kan Narnia..

Aslan memberi cadangan agar kami semua pergi ke Pulan Galma sebelum senja keesokan harinya untuk kembali ke dunia masing-masing.. Aku, Peter, Susan, Edmund dan Lucy mengucapkan terima kasih kepada semua penghuni Narnia atas layanan yang sangat baik.. Prince Caspian akan menemani kami pulang ke Pulau Galma..

Esoknya, kami bertolak ke pantai.. Suasana pagi itu sungguh tenang meraikan kejayaan Narnia semalam.. Tiba di pantai, aku terkejut melihat sebuah kapal yang sangat besar.. Kapal ini yang akan membawa kami ke pulau Galma.. Destinasi akhir pengembaraan ku.. Dalam kapal itu, kami beseronok kerana akan balik ke dunia realiti.. Aku pun rindu dengan skandal-skandal..Dah lama tak jumpa..Haha..
~~The End~~
Visit for more info.
So, what exactly is up for grabs? The most creative blog posts will win:
Grand Prize x 1: 1 Brand New Sony Ericsson Xperia™ X10 worth RM1,999
Top 20 : 2 GSC 3-D Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (1 December 2010 starts at 8.45 pm)
Consolation Prize x 90: 2 GSC Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (1 December 2010 starts at 9.30 pm )
Grand Prize x 1: 1 Brand New Sony Ericsson Xperia™ X10 worth RM1,999
Top 20 : 2 GSC 3-D Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (1 December 2010 starts at 8.45 pm)
Consolation Prize x 90: 2 GSC Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (1 December 2010 starts at 9.30 pm )
No comments:
Post a Comment