
Selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada semua calon 2010.. Setelah berhempas pulas mengikuti proses pembelajaran serta ulangkaji, kini tibalah proses penilaian yang akan menentukan ke mana hala tuju anda selepas ini.. Ada yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.. Ada yang tak boleh berpisah dengan famili pilih IPTA je la.. Ada yang dah plan nak buat bisnes.. Terpulang kepada minat sendiri.. Biarlah mendapat restu keluarga dalam apa jua keputusan yang kita lakukan..Ibu bapa pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak..

Kisah 9 tahun dahulu, zaman aku amik SPM.. Aku merupakan salah seorang perintis
SMK Seri Pekan, Pekan, Pahang (Sekolah Indera Syahbandar Pahang).. Duk asrama 5 tahun kat sana.. Semua aku kena urus sendiri.. Basuh baju, sidai baju, gosok baju, lipat baju (baju je ke?? semua la skali kan :p) Seronok sebab hari2 jumpe, makan, tido, solat, main bola,
mandi ngan kawan-kawan.. Lepak dalam dorm lebih kurang 20 orang.. Macam2 hal time remaje dulu..

Tahun 2001 aku masih lagi aktif sukan dan nyanyian.. So proses pembelajaran waktu itu memang agak terganggu.. Kelas kimia and bio selalu aku skip.. Malas sangat time 2.. Sampai dah dekat SPM pun banyak bende yang aku still tak faham..

Giler punye otai time 2.. Aku serius tak nampak mana aku nak pegi kecuali matrikulasi.. Dan bile SPM menjelma aku all out tuk masuk matriks je.. Hasilnya, dalam kemalasan aku tapi tetap ade kekreatifan dalam menggoreng jawapan esei.. Dapat la 5A je.. Yang aku soronok skali aku lulus kimia and bio dengan cukup-cukup makan.. Kuang3.. Waktu terima slip 2 aku dah dapat jangka subjek Ekonomi Asas (feveret aku nih) dapat A1.. Aku seyes minat ekonomi nie.. Konon2 nak jadi pakar ekonomi negara.. Tapi apakan daya.. Hajat xkesampaian..
Aku akhirnya melanjutkan ke
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dengan mengambil aliran Fizikal..

Di sini memang betul2 mengubah hidup aku apabila dikelilingi best students around Malaysia.. Setakat straight A's berlambak.. Aku rasa diri aku yang 5A ni macam kerdil je.. Aku bertekad dalam diri aku.. "
One day i'll beat u guys" Semangat aku melonjak secara tiba-tiba.. Subjek kimia yang aku rase killer 2 aku rasa senang pulak.. Cikgu Wani (my chem lecturer) time 2 mengubah prespektif aku terhadap bidang
Chemistry.. Guess wat?? Dari seorang yang x pernah dapat A@B kat sekolah dulu, aku score A in every test and exam.. Hingga kemuncaknya aku hampir dapat 100% in one of the test.. Incredible.. Lecturer aku time 2 memang hebat.. Thanx cikgu :) Waktu matrik aku score 3.94 (1st sem) & 4.00 (2nd sem).. See, aku dah kotakan janji aku waktu 2..

Bile dah kuar result aku pun mula sibuk cari borang
UPU.. Aku plan nak amik
Chemical Engineering waktu 2..But my parent asked me to take
Electrical instead.. Huh, im frustrated coz aku lemah sket fizik ni.. My 1st choice time 2 for sure "
UTM....... Sanjungan Bangsa".. 4 tahun aku terpaksa menempuh hari-hari sukar dalam hidup aku.. Dengan minat aku terhadap bidang lain, aku tercari rentak seorang yang bergelar mahasiswa.. Aku kembali aktif nyanyian join choir, nasyid, akustika, band kat UTM.. Wat show je kejenye around JB.. Sampai dah jadi macam artis plak.. Dan bila konvo aku hepi sebab dapat bagi parent aku degree yang dorang nak.. Result aku takde la membanggakan sangat.. Hanya kepujian kelas kedua rendah.. Syukurlah kan ade kepujian maknanya usaha aku lakukan selama 4 tahun terpuji kerana dapat menamatkan program Ijazah.. Hehe..

And now I'm Electrical Engineer in .... I hope one day i can make it to
Kru Studios Cyberjaya and then setup my own business.. Kepada adik-adik yang sedang menghadapi SPM atau sedang belajar di IPTA teruskan usaha.. Rancang kehidupan anda dari sekarang,, Rezeki ada di mana-mana.. Yang penting adalah ilmu dan minat..
"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan"
"Nak seribu daya, tak nak sudah"
No comments:
Post a Comment