Top 10 - Perpindahan Pemain Termahal Bola Sepak Dunia | Hari Wilayah 2011

Arghh...Entri sukan lagi?? Ade dah org mule komen. Lately ni byk sangat post sukan..Sori sbb mood aku pasal sport je skrg ni..Even aku tensen pasal keje last week. Aku masih menapis ayat2 takut ade yg terase nanti. Pe kes lak entri kali?? Torres dah pindah ke Chelsea!! (Harga rujuk kat bawah sket).. Aku kesah ni pehal. Memang aku risau la. Sebab aku support team musuh dorang. Aku tau ape Torres boleh lakukan bila die ade kat Chelsea.


pemain bola sepak termahal dunia,top 10 pemain termahal dunia,perpindahan pemain termahal dunia,senarai pemain termahal dunia,harga pemain termahal dunia bola sepak,ranking perpindahan termahal dunia bola sepak,terres ke chelsea harga,ronal ke real madrid harga,caroll ke liverpool harga
Kredit : Google


Sesungguhnya perpindahan ini sangat sangatlah menguntungkan Chelsea. Manchester United?? Selagi Alex Ferguson berpijak di bumi nyata, aku yakin. Tapi bila die start nak wat experimen tak kena tempat, aku pasrah je r. Aku hanya peminat picisan yang hanya pandai mengkritik. Huhu.. Dan yang pastinya, perebutan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menyaksikan pertarungan 4 kuasa besar antara Manchester United, Arsenal, Machester City dan Chelsea. Totenham?? Aku harap dorang masuk sekali. Tapi rasenye tak sesuai lagi kot. Ngan Fulham pun kene belasah 4 gol (pe cite lu bai). Liverpool  pun kene tunggu lagi 2 musim.


pemain bola sepak termahal dunia,top 10 pemain termahal dunia,perpindahan pemain termahal dunia,senarai pemain termahal dunia,harga pemain termahal dunia bola sepak,ranking perpindahan termahal dunia bola sepak,terres ke chelsea harga,ronal ke real madrid harga,caroll ke liverpool harga


Back to the topic. Sebelum ini umum dah tau perpindahan termahal setakat ni dipegang oleh Encik Ronaldo kite. Rekod 80 Juta Euro (RM 336 Juta) dari Manchester United ke Real Madrid. United beli die dulu 12 Juta Euro je.. Bisnes bola sepak memang masyuk.. Aku pun teringin ni nak join (aku men bola pun xterer mane).. Mane2 kelab tolong la offer weh kalau korg bace entri aku kali ni. Jom kite skodeng carta Top 10 perpindahan termahal dunia. Tahun 2011 menyaksikan kemasukan 2 lagi nama baru.


pemain bola sepak termahal dunia,top 10 pemain termahal dunia,perpindahan pemain termahal dunia,senarai pemain termahal dunia,harga pemain termahal dunia bola sepak,ranking perpindahan termahal dunia bola sepak,terres ke chelsea harga,ronal ke real madrid harga,caroll ke liverpool harga
pemain bola sepak termahal dunia,top 10 pemain termahal dunia,perpindahan pemain termahal dunia,senarai pemain termahal dunia,harga pemain termahal dunia bola sepak,ranking perpindahan termahal dunia bola sepak,terres ke chelsea harga,ronal ke real madrid harga,caroll ke liverpool harga

Klik imej untuk tumbesaran berkekalan

Amacam? Mahal kan harga dorang ni..Gaji seminggu ade yang cecah 200k Euro seminggu. 2 la Que dulu org suh main bola ko main mende lain. Skrg ko keje review pasal bola je r.. Cukup kot cite pasal bola. Sempena Hari Wilayah yang disambut setiap 1 Februari, maka yang cuti hanyalah penduduk@pekerja di sekitar Wilayah Persekutuan sahaja. Buat masa ni ade 3, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kat KL ni celebrate tiap2 tahun pun jalan sesak gak.. Aku dah tensen kalau gi keje pagi2. Kalau DUKE (Duta - Ulu Kelang Expressway) pun dah jam aku xtau nak cakap pe lagi. Layankan je r. Sape suh keje kat KL. Sekian...


sambutan hari wilayah 2011,hari wilayah 2011,tema hari wilayah 2011,acara hari wilayah 2011
Kredit : Google


Selamat Hari Wilayah 2011

Chelsea Merisik Fernando Torres | Lin Dan Tundukkan Pemain No 1 Dunia

Panass, mendebarkan, pelik tapi benar.. Desas desus perpindahan Fernando Torres ke Chelsea kini semakin hangat diperkatakan.. Siapa tak kenal Torres. Penyerang kebangsaan Sepanyol dan Liverpool yang cukup digeruni oleh mana2 defender pasukan lawan.. Memiliki penyudah yang berbisa serta skill kawalan bola yang tinggi menarik minat kelab ternama dunia untuk memancing khidmat beliau. 

Kredit : Google


Terbaru dalam sesi perpindahan bulan Januari, Chelsea mula menagih khidmat beliau bagi menyelamatkan misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Ketinggalan 10 mata dibelakang Manchester United, (hebat ke team ni??) Chelsea tidak akan menyerah kalah dengan baki 15 perlawanan. Liverpool yang melalui musim sukar, memaksa Torres untuk membuat keputusan meninggalkan pasukan itu dan menyambar peluang bermain dengan pasukan yang lebih baik.



Koleksi penyudah Torres dan mengapa beliau diperlukan Chelsea ketika ini..



Terbaru Chelsea melancarkan bidaan 50 Juta Euro (RM 210 Juta) untuk mendapatkan pemain itu. Jika hasrat ini termakbul maka pasukan The Blues itu akan mempertaruhkan serangan 3 serangkai Anelka-Drogba-Torres yang bakal menggegar dan mencabar bola sepak eropah terutamanya pasukan terbaik di kala ini, Barcelona. Kebolehan Torres melakukan sesuatu diluar jangkaan bakal menguntungkan pasukan Chelsea yang kini banyak bergantung kepada Lampard dan pemain tengah untuk menghasilkan gol. Sebelum pintu perpindahan ditutup beberapa jam lagi, kita akan mengetahui sejauh mana kebenaran dan keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab.


Kredit : Google


Dalam pada itu, sedikit berita mengenai keputusan perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Korea 2011 antara Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei. Tahniah dan syabas untuk kedua-dua pemain yang mempamerkan aksi menarik sepanjang kejohanan. Tak dinafikan Chong Wei kalah pada jaguh sebenar badminton dunia. Walaupun hanya berada pada ranking ke-4 dunia, Lin Dan membuktikan beliau masih pemain terbaik di arena badminton ini. Chong Wei pula banyak melakukan kesilapan mudah apabila gagal menjangka bola keluar dengan tepat sehingga memberikan mata mudah kepada Lin Dan. Mungkin ketiadaan Misbun dirasai beliau tamabahan pula di saat genting bertemu dengan musuh utama.



Sedutan perlawan akhir Lin Dan vs Chong Wei


Lin Dan nampak lebih bersemangat dengan permainan psikologinya. Bijak memberi tekanan kepada pihak lawan dengan gaya tangan serta mimik muka. Chong Wei pula nampak seperti pemain yang sangat innocent dan jujur dalam memburu kemenangan. Namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi beliau. Lin Dan nyata lebih unggul dalam permainan 3 set. Lin Dan menang 21-19, 14-21, 21-16. Kembalilah Misbun, Chong Wei masih lagi perlukan nasihat dan bimbingan anda..

Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan | Final Korea Open Super Series 2011

Chong Wei ke final lagi. Kali ini beliau akan bertemu musuh ketat, Lin Dan (perlawanan yang dinantikan)  selepas menjuarai Terbuka Malaysia minggu lepas. Lin Dan, pilihan ke-6 kejohanan terpaksa menarik diri di pusingan suku akhir tempoh hari ekoran kecederaan belakang yang dialaminya. Chong Wei kini berada pada prestasi terbaik beliau dan perlawanan ini bakal menyajikan aksi-aksi menarik dari kedua pemain.


Kredit : BadmintonLife

Beregu utama negara, Koo Kien Keat - Tan Boon Heong pula terkandas di separuh akhir Terbuka Korea 2011 kepada pasangan tuan rumah, Jae Sung Jung -  Yong Dae Lee dalam rubber set 20-22, 21-9, 21-10.. Sekali lagi Malaysia hanya dapat bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei untuk membawa khabar gembira bagi sleuruh peminat badminton tanah air. Seperti biasa, perlawanan akhir dimonopoli pemain China yang sudah mengesahkan kemenangan buat negara mereka dalam 3 acara.

Nak Buat Duit Online Mudah??Klik sini


Jika berdasarkan rekod pertemuan, perlawanan di antara 2 jaguh ini lebih memihak kepada Lin Dan. Kali terakhir Chong Wei mengecapi kemenangan adalah pada Terbuka Jepun 2010. Dalam perlawanan itu Lin Dan banyak melakukan unforced errors dan peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Chong Wei. Ramai pihak yang mengatakan corak permainan agresif Lin Dan serta kelebihan tangan kiri beliau sebagai senjata utama. Namun jika kena pada gayanya, Chong Wei mampu mengawal permainan jaring yang merupakan kelebihannya. Jom kita memberi sokongan padu buat permata negara ini. Perlawanan akhir perseorangan lelaki dijangka berlangsung pada jam 1715 waktu tempatan.

Kredit : MSN Sport


Saksikan Perlawanan Akhir Terbuka Korea 2011
Live on Astro Supersport 811 @ Visual Live Score

Astro Arena Perlukan Pengulas Sukan Profesional | Kelantan Juara Lagi

Selamat bercuti panjang buat semua. Tadi aku sempat tengok perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih 2011 antara pasukan Kelantan dan Selangor. Saluran 801 Astro Arena menjadi pilihan aku. Namun apa yang mengecewakan aku ialah sikap profesionalisme Zainal Abidin Rawop dan Azlan Johar dalam membuat ulasan sepanjang perlawanan. Nampak bercelaru dan kadang2 macam syok sendiri. Sebagai seorang peminat bola sepak, apa yang biasa aku lihat, kehangatan sesuatu perlawanan bergantung pada cara penyampaian pengulasnya.




Astro Arena perlu melakukan sesuatu untuk mencari bakat baru yang berpengetahuan dengan susunan bahasa@ayat yang lebih teratur. Maklumlah nama Astro kini terkenal sebagai penyiar sukan no. 1 di Malaysia. Lain pula kisahnya bila aku menukar ke saluran 101 (TV 1). Pengacara bertugas sangat tenang dengan nada suara yang mantap dan jelas. Selaku pengulas, mereka yang diamanahkan perlu bersikap profesional dengan tidak berat sebelah pada mana2 pasukan. Persediaan rapi pada malam sebelumnya amat membantu dalam penggunaan tatabahasa yang sesuai pada waktu tertentu. Bahasa pasar@rojak amatlah tidak digalakkan kerana ianya boleh mengudang gelak ketawa pendengar. 



Tahniah kepada pasukan Kelantan yang menjuarai Piala Sumbangsih 2011 buat kali pertama  malam tadi. Norshahrul Idlan Talaha dan rakan-rakan menghukum pertahanan Selangor yang kelihatan pincang sepanjang perlawanan. Khairul Fahmi Che Mat (pemain terbaik perlawanan) pula unggul mengawal gawang Kelantan walaupun tertewas dengan tandukan Amri Yahyah yang diselamatkan pertahanannya. Secara keseluruhan, persembahan Selangor amat mengecewakan dengan penjaga gol mereka melakukan kesilapan besar untuk memberi gol ke-2 kepada pasukan Kelantan. Semoga pasukan Kelantan dapat mengharungi kempen musim ini dengan lebih baik dan konsisten untuk menjuarai Liga Super.

Pengulas bola sepak English Premier League begitu profesional dengan intonasi yang membuatkan kita menghayati suasana perlawanan dengan lebih baik. Cara mereka mengulas sejarah sesuatu pasukan serta pemain tampak sempurna dan memberi infomasi terkini kepada penonton. 

Manchester United Pamer Aksi Sang Juara | Blackpool 2 - 3 Man Utd

Manchester United bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2 sebaik tamat masa perlawanan. United yang bermain kurang 1 perlawanan sebelum ini melayan pasukan Blackpool di Bloomfield Road, England. Perlawanan yang sangat mendebarkan buat penyokong Manchester United seluruh dunia kerana pencapaian luar biasa pasukan lawan pada musim ini.


Kredit : Soccernet

Alex Ferguson melakukan rombakan daripada skuad United yang membenam Birmingham Sabtu lalu dengan memasukkan Fletcher menggantikan Carrick yang tercedera, Scholes dan Gibson menggantikan Anderson dan Giggs yang beraksi cemerlang tempoh hari. Dengan formasi 4-5-1, Rooney dan Nani bermain di bahagian sayap untuk membantu Berbatov sebagai penyerang tunggal.


Kredit : Soccernet

Akibatnya, pasukan United gagal menemui rentak pada pertengahan babak pertama sekaligus membenarkan Blackpool mendominasi gerakan di bahagian tengah. Blackpool menjaringkan gol pertama melalui sepakan suduk kapten pasukan Charlie Adam dan tandukan bekas pemain United, Cathcart meletakkan Blackpool di hadapan pada minit ke -15. Tersentak dengan gol tuan rumah, United cuba mengatur gerak untuk menyamakan kedudukan. Namun kebuntuan idea serta taktik yang mudah dibaca tidak membuah sebarang hasil. Sebaliknya, Blackpool pula menambah jaringan pada minit ke - 43 juga berpunca dari sepakan sudut.

Taktik yang digunakan oleh Blackpool sewaktu sepakan sudut adalah dengan menarik perhatian 2 pemain pertahanan United, Vidic dan Smalling untuk tidak berada pada kawasan '6 yard box' dan menghantar bola pada kawasan itu untuk disudahkan oleh rakan sepasukan. Kedua-dua gol berpunca dari taktik bijak ini.


Kredit : Google

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-0. Ferguson yang tersedar akan kesilapan taktik yang digunakan segera memasukkan pemain veteran Giggs untuk menggantikan Gibson yang sangat mengecewakan. Dengan formasi 4-4-2 (terbaik United) asakan demi asakan dilancarkan ke kubu Blackpool untuk mencari gol. Pada minit ke - 66 Rooney dikeluarkan untuk memberi laluan kepada penyerang Mexico 'Chicharito'. Ferguson kini menagih khidmatnya untuk menyelamatkan maruah serta rekod tanpa kalah pasukan United. 

Tips : Gunakan formasi dan pemain terbaik yang anda miliki jika perlawanan itu sangat penting. Setelah selesa mendahului anda boleh rehatkan pemain itu untuk mengelakkan kecederaan atau mengekalkan kecergasan beliau. Dalam kes United, Ferguson merombak bahagian tengah United dengan Giggs(yang dikeluarkan awal dalam perlawanan sebelumnya) dan Anderson berada di bangku simpanan walhal mereka bermain dengan begitu cemerlang ketika membelasah Birmingham. 


Kredit : Soccernet

Penyudahnya, Berbatov berjaya menjaringkan gol pertama United pada min ke -72 hasil hantaran lintang Fletcher. Selang 2 minit Giggs bijak mencari 'Chicharito' yang melepaskan diri dari perangkap offsaid untuk menjaringkan gol penyamaan. United mengekalkan momentum dan terus menyerang dan Berbatov sekali lagi menjadi wira dengan gol kemenangan pada minit ke - 88. Masa tambahan 10 minit (perlawanan dihentikan ekoran kecederan teruk yang dialami Rafael) memberi ruang kepada Blackpool untuk mencari gol penyamaan. Namun, kekentalan benteng pertahanan United berjaya mengekang asakan pasukan lawan. Keputusan penuh Blackpool 2 - Manchester United 3




Glory, Glory Man Utd!!

Datuk Lee Chong Wei Tepati Ramalan | Juara Terbuka Malaysia 2011

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan jurulatihnya Misbun Sidek di atas kejayaan merangkul kejuaraan acara badminton perseorangan lelaki kali ke - 7 edisi Terbuka Malaysia sejak tahun 2004.  Walaupun mendapat tekanan hebat daripada seluruh rakyat Malaysia, sebagai wakil tunggal negara Datuk Lee Chong Wei bijak mengawal keadaan seterusnya memenangi pertemuan dengan juara dunia 2005, Taufik Hidayat dengan straight set 21-8, 21-17.

 Kredit : Berita Harian

Set pertama menampakkan penguasaan penuh Chong Wei dan Taufik gagal menyaingi rentak permainan anak buah Misbun itu. Namun di set ke-2 pada suatu ketika seolah-olah pemain no 1 dunia itu akan menang mudah apabila mendahului 18-8. Namun kesilapan demi kesilapan mudah memberi ruang kepada Taufik Hidayat untuk mengutip 8 mata berturut-turut untuk merapatkan jurang kepada 18-16. Bagaikan tersedar dari lamunan, Chong Wei yang mendapat nasihat dari Misbun menamatkan set ke-2 dan sekaligus menggamatkan suasana Stadium Putra dengan sorakan penyokong badminton negara.


Dalam keputusan lain, China ternyata unggul dengan menyapu kesemua baki 4 perlawanan. Kita hanya mampu melihat peningkatan pemain-pemain dari China. Tatkala Lin Dan mampu untuk berehat daripada kejohanan kecil disebabkan lambakan pemain muda yang mampu menggalas cabaran negaranya, Chong Wei dilihat terpaksa bertungkus lumus untuk mengekalkan status pemain no 1 dunia. Strategi China mendedahkan pemain muda mereka di peringkat awal menjadi senjata utama mengapa China mempunyai pelapis berbakat besar dalam satu-satu kategori. Mungkin teknik latihan serta taktik analisis permainan musuh meletakkan mereka sebagai kuasa besar dunia badminton kala ini.

 Kredit : Bernama

Justeru, kemelut BAM dan Misbun perlu diselesaikan segera bagi mengembalikan zaman kegemilangan badminton negara. Misi merampas kembali Piala Thomas kini hampir 20 tahun tiada jawapannya.

Taufik Hidayat Halangan Terakhir Chong Wei | Proton Malaysia Open Super Series 2011

Salam peminat badminton tanah air.. Kepada mereka yang menonton siaran langsung perlawanan separuh akhir petang semalam pastinya terhibur dan bangga dengan persembahan menyakinkan Datuk Lee Chong Wei menewaskan wakil tunggal China dalam perseorangan lelaki, Chen Long. Chong Wei yang mendapat sokongan padu peminat di Stadium Putra menang mudah straight set 21-9, 21-9 dalam masa 39 minit. Chen Long nampak seperti gagal membaca gerakan Chong Wei dan kerap kali melakukan kesilapan.




Lawan yang menanti Chong Wei di pusingan akhir adalah Taufik Hidayat dari Indonesia. Taufik di peringkat separuh akhir menewaskan rakan senegaranya Simon Santoso 21-15, 21-19. Sebuah lagi pertarungan epik antara 2 buah negara yang sememangnya tak lekang dengan kontroversi. Chong Wei yang berada pada prestasi terbaik pastinya bersemangat untuk memburu gelaran ke-7 dalam Malaysia Super Series. Dalam rekod pertemuan sebelum ini, dari 16 perlwanan menentang Taufik Hidayat, Chong Wei menang 10 daripadanya. Namun Taufik, pemain pilihan ke-2 kejohanan tidak akan memberi laluan mudah untuk Chong Wei merakamkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.


Dalam 4 lagi pertemuan peringkat akhir, hampir kesemuanya didominasi wakil dari China. Beregu campuran, perseorangan wanita dan beregu wanita sudah pasti milik negara China. Hanya beregu lelaki yang bakal menyaksikan saingan dari negara Denmark. Apa pun yang pastinya perlawanan yang dinantikan adalah perseorangan lelaki yang melibatkan pemain negara kita yang tercinta. Jika mengikut jadual, perlawanan akhir beregu campuran akan bermula tepat pukul 2.00pm. Diikuti beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan perseorangan lelaki menutup kalendar Malaysia Open Super Series 2011. Jika tiada aral Datuk Lee Chong Wei akan beraksi sekitar jam 5.30pm - 6.00pm. Sama-samalah kita doakan kejayaan wakil tunggal negara di perlawanan akhir nanti. Adakah kemenangan itu nanti bakal menjadi titik tolak kepada penyatuan semula Misbun dan BAM??Tunggu..




Siaran Langsung di TV1, Astro 811, 831 HD 
(2pm-7pm) Available in Visual LiveScore Here

Chong Wei Harapan Tunggal Malaysia | Proton Malaysia Open Super Series 2011

Kejohanan yang masuk hari ke-5 menyaksikan wakil Malaysia semakin berkurang hari demi hari. Kekalahan beregu utama negara pada pusingan pertama mengejutkan ramai peminat badminton Malaysia. Tambahan pula kita beraksi di gelanggang sendiri. Bak kata Rexy, jurulatih beregu Koo Kien Keat - Tan Boon Heong 'Pasangan kita sudah hilang taring dan corak permainan mudah dibaca oleh beregu China'. Peringkat suku akhir pula hanya menampilkan 2 wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki (Mohd Zakry Abdul Latif - Hoon Thien How) dan perseorangan lelaki siapa lagi kalau bukan pemain nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei.



Persoalannya sekarang sampai bila kita mahu mengharapkan Datuk Lee Chong Wei untuk meraih kejayaan untuk negara. Jika dilihat dari senarai perlawanan separuh akhir hari ini, rata-rata dikuasai pemain China. Walaupun ramai yang mengharapkan pertarungan 2 musuh ketat Lin Dan - Chong Wei, namun hakikatnya Choog Wei hanya akan bertemu pilihan ke-3 kejohanan, Chen Long. Kecederaan belakang yang dialami Lin Dan memastikan beliau tidak dapat meneruskan perlawanan suku akhir menentang rakan senegara Chen Long yang akan turun menentang satu-satunya wakil negara dalam separuh akhir petang ini.


Sesuatu harus dilakukan oleh BAM untuk melatih lebih ramai pelapis negara bagi kejohanan besar akan datang. Jepun yang dahulunya hanya negara kecil dalam dunia badminton kini sudah menampakkan peningkatan mendadak. Tidak mustahil dalam 4 tahun akan datang mereka bakal memberi saingan sengit kepada China, Indonesia, Malaysia dan Denmark. Perancangan yang teliti harus dilakukan dan kita perlu melihat dan mengkaji bagaimana cara negara China menghasilkan begitu ramai pemain hebat. Sehingga kini dalam 4 edisi terakhir Piala Thomas mereka mendominasi dari semua aspek.


Untuk peminat badminton negara, jom sama-sama kita memberi sokongan padu kepada Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan separuh akhir sebentar lagi. Jika sebelum ini kehadiran Misbun Sidek memberi semangat luar biasa kepada beliau untuk melakar kemenangan mudah, bagaimana pula hari ini?
Siaran langsung di TV1, Astro 811, HD 831


Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Siapa? | Pembuangan Sampah Merata-rata

Sampah?? Definisi am ~ benda-benda yang dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yang tidak dikehendaki (spt kertas kotor, botol, plastik).. Isu yang ingin diutarakan di sini ialah sejauh mana keprihatinan anda terhadap alam sekitar.. Adakah kita mahukan khazanah bumi bertahan untuk 10 atau 20 tahun dari sekarang?


membuang sampah merata-rata,tabiat buang sampah,kebersihan alam sekitar,gejala pembuangan sampah di malaysia,bilangan sampah dibuang setiap hari,berapa banyak sampah dihasilkan di malaysia,tanggungjawab membersihkan alam sekitar,kempen jaga kebersihan alam sekitarmalaysia kotor dengan sampah,dilarang membuang sampah merata-rata,poster buang sampah dilarang


Mengapa masalah ini bagai tiada penghujungnya? Merata-rata tempat di negara kita telah dibanjiri dengan sampah..Baik di laut, sungai, longkang, padang, jalan, taman perumahan, lot kedai dsb. Adakah kita sebagai rakyat mahu melihat negara kita kotor serta berpenyakit? Atau kita mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan segala sisa kotoran yang ditinggalkan?

membuang sampah merata-rata,tabiat buang sampah,kebersihan alam sekitar,gejala pembuangan sampah di malaysia,bilangan sampah dibuang setiap hari,berapa banyak sampah dihasilkan di malaysia,tanggungjawab membersihkan alam sekitar,kempen jaga kebersihan alam sekitarmalaysia kotor dengan sampah,dilarang membuang sampah merata-rata,poster buang sampah dilarang


Pembuangan sampah merata-rata tidak akan selesai sekiranya individu itu tidak mempunyai kesedaran sivik. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan swasta mahupun NGO. Namun masih terdapat di kalangan kita yang mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan. Adakah kita akan tersedar hanya apabila semuanya telah terlambat? Kalau di rumah perlu sentiasa bersih, kenapa di luar rumah tidak begitu?


Bila memandu, sampah di dalam kereta akan dibuang ke luar tingkap..
Bila berjalan, tangan akan membuang sampah ke dalam longkang atau semak..
Bila tinggal di flat, akan ada sampah yang dihumban ke bawah..


membuang sampah merata-rata,tabiat buang sampah,kebersihan alam sekitar,gejala pembuangan sampah di malaysia,bilangan sampah dibuang setiap hari,berapa banyak sampah dihasilkan di malaysia,tanggungjawab membersihkan alam sekitar,kempen jaga kebersihan alam sekitarmalaysia kotor dengan sampah,dilarang membuang sampah merata-rata,poster buang sampah dilarang
kredit : google


Anehnya, walaupun telah diletakkan tanda amaran "Dilarang Membuang Sampah..Denda RM500" masih terdapat banyak timbunan sampah di kawasan tersebut.. Adakah rakyat kita tidak takut pada undang2? Atau ada di antara mereka ingin menguji kepekaan pihak berkuasa? Jika sejuta orang membuang seketul sampah, kita sudah menghasilkan sekurang2nya sejuta ketul sampah.. Pendidikan sivik perlu diterapkan sejak dari kecil lagi.. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan kepada anak2 mereka. Bukan mengajar mereka membuang sampah merata2.


membuang sampah merata-rata,tabiat buang sampah,kebersihan alam sekitar,gejala pembuangan sampah di malaysia,bilangan sampah dibuang setiap hari,berapa banyak sampah dihasilkan di malaysia,tanggungjawab membersihkan alam sekitar,kempen jaga kebersihan alam sekitarmalaysia kotor dengan sampah,dilarang membuang sampah merata-rata,poster buang sampah dilarang


Sayangilah dan hargailah bumi kita untuk untuk generasi mendatang. Negara kita tanggungjawab kita. Latih diri untuk buang sampah di tempat sepatutnya. Biar kita susah, tapi jangan susahkan orang lain.

Malaysia Ranking ke - 142 Dunia | Juara Piala Suzuki AFF 2010

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia di atas kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF 2010. Berdasarkan ranking terbaru FIFA, Malaysia berjaya mendaki 2 anak tangga dari kedudukan 144 kepada 142 dunia dari 203 buah negara. Harap ini akan menjadi permulaan yang indah untuk mutu bola sepak tempatan yang sebelum ini dilanda episod duka.


Setelah bermacam2 usaha dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan era 'Super Mokh' dan rakan-rakan maka lahirlah generasi baru pemain Malaysia yang berdisiplin serta bersemangat tinggi. Ditambah pula dengan kehadiran jurulatih yang berdedikasi, K.Rajagobal dilihat sebagai watak penting dalam merencana strategi kebangkitan skuad kebangsaan.

Namun jika dibandingkan dengan kedudukan pencabar serantau, kita masih lagi ketinggalan jauh di belakang. Merujuk kepada ranking terbaru FIFA, Malaysia berada dibelakang Thailand (#119), Indonesia (#126), Vietnam (#136) dan Singapura (#139).

Ranking Table : FIFA

Apa pun sekalung tahniah sekali lagi di atas peningkatan positif yang dipersembahkan. Pendedahan perlu diberikan kepada pemain-pemain supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan serta mempelajari teknik dan taktik agar setanding dengan pemain luar negara. Insentif demi insentif yang diterima seharusnya menjadi pemangkin kepada semangat pemain kebangsaan. Jangan biarkan diri mereka lena dibuai mimpi. Ayuh Harimau Malaya. Tunjukkan taring anda di peringkat yang lebih tinggi. Anda semua adala wira negara!!

Kredit : Google

Pemilihan Messi & Mourinho Sebagai Terbaik Dunia Memang Tepat

Majlis Anugerah FIFA Ballon d'Or 2010 berlangsung dengan meriahnya di Zurich semalam. Keputusan yang tidak boleh disangkal apabila Lionel Messi & Jose Mourinho masing2 ditabalkan sebagai pemain dan jurulatih terbaik dunia. Tidak seperti Anugerah Juara Lagu 25 yang menyaksikan kemenangan Ana Raffali yang menewaskan lagu pilihan aku 'Drama King'.. (Nak gak aku masukkan)


Messi, 23, telah menjaring 60 gol untuk kelab dan negara sepanjang tahun 2010 dianggap sebagai pemain yang dianugerahkan dengan bakat semulajadi seorang bintang dalam generasinya. Sebagai pemain negara Argentina, beliau merupakan jelmaan Diego Maradonna yang pernah menjadi fenomena dalam sukan bola sepak satu masa dahulu. Messi menewaskan rakan sepasukan dari kelab Barcelona, Xavi Hernandes dan Andres Iniesta  Berikut adalah pencapaian Lionel Messi di peringkat kelab :

Kejuaraan Liga Sepanyol : 4 kali - Musim 2004/2005, 2005/2006, 2008/2009, 2009/2010
Kejuaraan Copa del Rey : 1 kali - Musim 2008/2009
Kejuaraan Liga Juara Eropah : 2 kali - Musim 2005/2006, 2008/2009
Spanish Super Cup : 4 kali - 2005, 2006, 2009,2010
UEFA Super Cup : 1 kali - 2009


Jose Mourinho merangkul anugerah Jurulatih Terbaik Tahun 2010 menewaskan Vicente del Bosque (Sepanyol) dan Pep Guardiola (Barcelona) apabila membawa Inter Milan memenangi 3 kejuaraan pada musim 2009/2010. Bagi aku beliau seorang yang sangat berkaliber dan berfalsafah dalam pertuturannya.. Setiap komen atau jawapan yang diberikan sungguh mendalam dan berbisa. Mari kita lihat rekod sepanjang karier beliau selaku jurulatih.

Porto (2002–2004)
  • 2003 Portuguese Liga
  • 2003 Portuguese Cup
  • 2003 UEFA Cup
  • 2003 Portuguese Super Cup
  • 2004 Portugese Liga
  • 2004 UEFA Champions League
Chelsea (2004–2007)
  • 2005 FA Premier League
  • 2005 League Cup
  • 2005 FA Community Shield
  • 2006 FA Premier League
  • 2007 League Cup
  • 2007 FA Cup
Internazionale (2008–2010)
  • 2008 Supercoppa Italiana
  • 2009 Serie A
  • 2010 Serie A
  • 2010 Coppa Italia
  • 2010 UEFA Champions League

Dalam tempoh 8 tahun sahaja beliau sudah mampu memimpin pasukannya memenangi pelbagai kejuaraan dengan 3 pasukan berbeza. Sewaktu bersama Chelsea, beliau telah membawa pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim pertama berkhidmat begitu juga sewaktu di Itali bersama skuad Inter Milan. Hebat cukup hebat. Mungkin ada yang kurang senang dengan permainan minda yang sering digunakan sebelum sesuatu perlawanan bermula. Namun beliau telah membuktikan dengan kejayaan demi kejayaan. Kini bersama Real Madrid, beliau mempunyai misi baru untuk menamatkan dominasi Barcelona. Adakah beliau mampu mengubahnya?? Sama2 kita tunggu dan lihat..

Award list in full:
Men's Player of the Year: Lionel Messi (Barcelona and Argentina).
Women's Player of the Year: Marta (FC Gold Pride, Santos and Brazil).
Men's Coach of the Year: Jose Mourinho (Inter Milan and Real Madrid).
Women's Coach of the Year: Silvia Neid (Germany).
World XI: Iker Casillas (Real Madrid and Spain); Maicon (Inter Milan and Brazil), Gerard Pique (Barcelona and Spain), Lucio (Inter Milan and Brazil), Carles Puyol (Barcelona and Spain); Andres Iniesta (Barcelona and Spain), Xavi (Barcelona and Spain), Wesley Sneijder (Inter Milan and Holland); Cristiano Ronaldo (Real Madrid and Portugal), David Villa (Barcelona and Spain), Lionel Messi (Barcelona and Argentina).
Puskas Award (Goal of the Year): Hamit Altintop (Kazakhstan vs Turkey).
Fair Play Award: Haiti Women Under-17s.
Presidential Award: Desmond Tutu.
Credit : ESPNSTAR

Teka-Teki Anugerah Juara Lagu 25 & Piala FA Manchester United vs Liverpool

Dua rancangan 'Live' menarik malam ini.. Buat peminat industri hiburan tanah air, TV3 akan menyajikan siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-25 dari Stadium Putra Bukit Jalil.. Bagi peminat bola sepak Inggeris, perlawanan pusingan ke-3 Piala FA bakal menyaksikan pertembungan 2 gergasi Manchester United dan Liverpool terus ke kaca TV anda.. 


Ade tak yang layan 2-2 ni?? Sebab AJL mula awal so aku akan layan dulu..Kul 9.25pm tukar Starsport (channel Astro 813) tgk game Manchester United vs Liverpool..Half time kang tukar TV3 balik..Haha..Clash nak wat cmne kan.. So sapa pilihan korang tuk menang AJL & FA Cup malam ini??


Ramai yang sokong Faizal Tahir menang malam ni..Tapi aku suka lagu "Drama King" gabungan padu Meet Uncle Hussein & Black.. Lirik yang penuh makna serta melodi yang menarik.. Amacam ade brani?? Vokal terbaik pun aku rasa akan menjadi pertarungan 2 penjuru antara Faizal Tahir & Black.. Melainkan kalau nak kelainan maybe Ana Raffali & Yuna boleh mencabar dari tepi..Hehe..




Buat Manchester United aku tetap sokong korang sampai mati.. Mungkin rekod tanpa kalah dalam liga tidak boleh diambil kira dalam perlawanan kali ini.. Apa-apa boleh terjadi.. So sila bermain dgn baik dan turunkan kesebelasan utama pasukan untuk berjuang malam ini. Liverpool pastinya bersemangat dgn kehadiran semula pengurus Kenny Dalglish, lagenda yang kali terakhir membawa mereka menjuarai Liga pada tahun 1990.. Perhatian harus diberi kepada penyerang berbisa Fernando Torres & midfield general Steven Gerrard. Persembahan terbaik dari Anderson, Vidic, Berbatov ditagih peminat Manchester United untuk melangkah ke pusingan seterusnya.. Glory,Glory Man Utd!!

Jack Black Kembali Menyengal Dalam Filem Gulliver's Travels

Siapa yang tak kenal Jack Black ni.. Pelakon komedi yang sengal dan tak kering ngan idea yang tak masuk akal.. Aku minat ngan Jack Black selepas tengok aksi die dalam filem "Tenacious D in The Pick Of The Destiny"  [2006]..


Poster filem terbaru "Gulliver's Travels" menarik minat aku untuk menonton aksi Jack Black kali ini. Sempena Tahun Baru 2011, aku gi tengok wayang pada 1.1.11. Dari awal sampai habis cerita memang aku xleh tahan nak gelak..Haha..Lawak sangat tahap cipan..


Filem ini berdasarkan cerita dongeng dulu kala yang mengisahkan pengembaraan Gulliver yang akhirnya terperangkap di sebuah pulau orang kenit. Gulliver seorang despatch di syarikat  New York Newspaper yang jatuh hati kepada seorang editor pengembaraan bernama Darcy.. Usaha beliau untuk menarik perhatian Darcy akhirnya membawa Gulliver ke Segitiga Bermuda.. Perjalanan yang bosan tiba-tiba bertukar menjadi tragedi apabila kapal yang dinaikinya dipukul ombak kuat.. Apabila tersedar, Gulliver telah ditawan oleh sekumpulan askar kenit di pulau Liliput.


Di sinilah bermula pelbagai adegan lucu dan gelagat Jack Black menangani telatah makhluk kenit yang menganggap beliau seorang gergasi.. Gulliver dijadikan kuli untuk membantu pembangunan Liluput.. Musuh ketat mereka Blefuscia yang cuba menculik puteri Liliput dan Gulliver berjaya menyelamatkan keadaan dan seterusnya berjaya mendapat kepercayaan Raja yang memberi pangkat general kepadanya untuk mengetuai askar Liliput menentang serangan musuh.


Tidak dilupakan telatah Gulliver menipu penduduk Liliput apabila mereka menonton teater sejarah kehidupan beliau dalam watak Star Wars, Titanic, Avatar yang menunjukkan seolah-olah beliau terlibat dalam semua cerita..Hehe.. Beliau juga menyamar sebagai Presiden US dan tinggal di White House.. Penghujung cerita Gulliver mendamaikan negara Liliput & Blefuscia dan berjaya menawan hati Darcy.. Tak rugi tengok cerita ni..Sangat lucu dan selamba dengan olahan tersendiri dari sentuhan pengarah yang sebati dengan Jack Black.


Kepada semua peminat Jack Black jangan lupa saksikan "Gulliver's Travels" di pawagam berdekatan..

Lelaki akan masuk gua bila??

Selamat tahun baru 2011 kepada semua..Da lama tak update blog ni kan..Lately rasa macam nak hibernate sekejap..Cari idea baru tuk share ngan kawan2..

Topik kali ni agak menarik. Selalu kita dengar salah faham serta pergaduhan baik suami isteri atau pun pasangan yang sedang hangat bercinta.. Sejauh mana kita kenal dengan pasangan kita?? Lelaki dan perempuan sangat berbeza dari segi perwatakan dan emosi.. Kelebihan lelaki pada akal mereka yang suka berfikir sama ada benda baik atau buruk. Manakala perempuan mempunyai kelebihan emosi dan gemar bercakap.


Mungkin ada yang dah tau cara masing2 menyelesaikan masalah dan tekanan. Lelaki akan cuba untuk berdiam diri jika mereka mempunyai masalah dan berasa stress.. Mereka akan cuba menyelesaikan sendiri dan akan melakukan perkara yang akan membuatkan mereka lupa tentang perasaan itu.. Contohnya tengok TV, baca suratkhabar dan surf internet.. Pendekatan lelaki seolah2 nampak seperti masuk ke dalam gua dan bertapa buat sementara waktu.. Berilah mereka masa..


Bagi perempuan pula, mereka lebih cenderung untuk bekongsi masalah dengan kawan dan pasangan mereka. Kebolehan mereka untuk bercakap sehingga 30,000 patah perkataan sehari sangat dikagumi berbanding lelaki hanya 7,000 patah sahaja. Perempuan tidak suka pendam apa yang dirasakannya. Jadi mereka mengharapkan pasangan mereka boleh menjadi pendengar yang baik untuk menenangkan jiwa mereka yang sedang lara.


Sedikit info untuk dikongsi bersama. Perlu ada toleransi dalam apa jua hubungan. Renung-renungkan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote