Selamat tahun baru 2011 kepada semua..Da lama tak update blog ni kan..Lately rasa macam nak hibernate sekejap..Cari idea baru tuk share ngan kawan2..
Topik kali ni agak menarik. Selalu kita dengar salah faham serta pergaduhan baik suami isteri atau pun pasangan yang sedang hangat bercinta.. Sejauh mana kita kenal dengan pasangan kita?? Lelaki dan perempuan sangat berbeza dari segi perwatakan dan emosi.. Kelebihan lelaki pada akal mereka yang suka berfikir sama ada benda baik atau buruk. Manakala perempuan mempunyai kelebihan emosi dan gemar bercakap.
Mungkin ada yang dah tau cara masing2 menyelesaikan masalah dan tekanan. Lelaki akan cuba untuk berdiam diri jika mereka mempunyai masalah dan berasa stress.. Mereka akan cuba menyelesaikan sendiri dan akan melakukan perkara yang akan membuatkan mereka lupa tentang perasaan itu.. Contohnya tengok TV, baca suratkhabar dan surf internet.. Pendekatan lelaki seolah2 nampak seperti masuk ke dalam gua dan bertapa buat sementara waktu.. Berilah mereka masa..
Bagi perempuan pula, mereka lebih cenderung untuk bekongsi masalah dengan kawan dan pasangan mereka. Kebolehan mereka untuk bercakap sehingga 30,000 patah perkataan sehari sangat dikagumi berbanding lelaki hanya 7,000 patah sahaja. Perempuan tidak suka pendam apa yang dirasakannya. Jadi mereka mengharapkan pasangan mereka boleh menjadi pendengar yang baik untuk menenangkan jiwa mereka yang sedang lara.
Sedikit info untuk dikongsi bersama. Perlu ada toleransi dalam apa jua hubungan. Renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment