Chong Wei ke final lagi. Kali ini beliau akan bertemu musuh ketat, Lin Dan (perlawanan yang dinantikan) selepas menjuarai Terbuka Malaysia minggu lepas. Lin Dan, pilihan ke-6 kejohanan terpaksa menarik diri di pusingan suku akhir tempoh hari ekoran kecederaan belakang yang dialaminya. Chong Wei kini berada pada prestasi terbaik beliau dan perlawanan ini bakal menyajikan aksi-aksi menarik dari kedua pemain.
Kredit : BadmintonLife
Beregu utama negara, Koo Kien Keat - Tan Boon Heong pula terkandas di separuh akhir Terbuka Korea 2011 kepada pasangan tuan rumah, Jae Sung Jung - Yong Dae Lee dalam rubber set 20-22, 21-9, 21-10.. Sekali lagi Malaysia hanya dapat bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei untuk membawa khabar gembira bagi sleuruh peminat badminton tanah air. Seperti biasa, perlawanan akhir dimonopoli pemain China yang sudah mengesahkan kemenangan buat negara mereka dalam 3 acara.
Nak Buat Duit Online Mudah??Klik sini
Kredit : Tournament Sofware
Jika berdasarkan rekod pertemuan, perlawanan di antara 2 jaguh ini lebih memihak kepada Lin Dan. Kali terakhir Chong Wei mengecapi kemenangan adalah pada Terbuka Jepun 2010. Dalam perlawanan itu Lin Dan banyak melakukan unforced errors dan peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Chong Wei. Ramai pihak yang mengatakan corak permainan agresif Lin Dan serta kelebihan tangan kiri beliau sebagai senjata utama. Namun jika kena pada gayanya, Chong Wei mampu mengawal permainan jaring yang merupakan kelebihannya. Jom kita memberi sokongan padu buat permata negara ini. Perlawanan akhir perseorangan lelaki dijangka berlangsung pada jam 1715 waktu tempatan.
Kredit : MSN Sport
Saksikan Perlawanan Akhir Terbuka Korea 2011
Live on Astro Supersport 811 @ Visual Live Score
No comments:
Post a Comment