Astro Arena Perlukan Pengulas Sukan Profesional | Kelantan Juara Lagi

Selamat bercuti panjang buat semua. Tadi aku sempat tengok perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih 2011 antara pasukan Kelantan dan Selangor. Saluran 801 Astro Arena menjadi pilihan aku. Namun apa yang mengecewakan aku ialah sikap profesionalisme Zainal Abidin Rawop dan Azlan Johar dalam membuat ulasan sepanjang perlawanan. Nampak bercelaru dan kadang2 macam syok sendiri. Sebagai seorang peminat bola sepak, apa yang biasa aku lihat, kehangatan sesuatu perlawanan bergantung pada cara penyampaian pengulasnya.




Astro Arena perlu melakukan sesuatu untuk mencari bakat baru yang berpengetahuan dengan susunan bahasa@ayat yang lebih teratur. Maklumlah nama Astro kini terkenal sebagai penyiar sukan no. 1 di Malaysia. Lain pula kisahnya bila aku menukar ke saluran 101 (TV 1). Pengacara bertugas sangat tenang dengan nada suara yang mantap dan jelas. Selaku pengulas, mereka yang diamanahkan perlu bersikap profesional dengan tidak berat sebelah pada mana2 pasukan. Persediaan rapi pada malam sebelumnya amat membantu dalam penggunaan tatabahasa yang sesuai pada waktu tertentu. Bahasa pasar@rojak amatlah tidak digalakkan kerana ianya boleh mengudang gelak ketawa pendengar. 



Tahniah kepada pasukan Kelantan yang menjuarai Piala Sumbangsih 2011 buat kali pertama  malam tadi. Norshahrul Idlan Talaha dan rakan-rakan menghukum pertahanan Selangor yang kelihatan pincang sepanjang perlawanan. Khairul Fahmi Che Mat (pemain terbaik perlawanan) pula unggul mengawal gawang Kelantan walaupun tertewas dengan tandukan Amri Yahyah yang diselamatkan pertahanannya. Secara keseluruhan, persembahan Selangor amat mengecewakan dengan penjaga gol mereka melakukan kesilapan besar untuk memberi gol ke-2 kepada pasukan Kelantan. Semoga pasukan Kelantan dapat mengharungi kempen musim ini dengan lebih baik dan konsisten untuk menjuarai Liga Super.

Pengulas bola sepak English Premier League begitu profesional dengan intonasi yang membuatkan kita menghayati suasana perlawanan dengan lebih baik. Cara mereka mengulas sejarah sesuatu pasukan serta pemain tampak sempurna dan memberi infomasi terkini kepada penonton. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote