Ramadhan Datang Lagi | Software Al-Quran Dengan Tafsir

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua pengunjung Kafe Que yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak rahmat dalam hidup kita. Untuk pengetahuan, Kafe Que tetap akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan ini ;) Perbanyakkan ibadah terutamanya berzikir dan mengaji di waktu lapang. Kerjakanlah solat sunat tarawih (rujuk fadhilat di sini) pada malam harinya. 

amalan di bulan ramadhan,fadhilat solat sunat tarawih,lagu ramadhan brothers dengan lirik,software al-quran dengan tafsir download,lafaz niat puasa dan berbuka,kadar zakat fitrah tahun 2011,waktu berbuka puasa seluruh malaysia,bazar ramadhan,tips di bulan puasa,pahala di bulan puasa,mengaji software al quran.poster manchester united puasa


Bazar Ramadhan antara aktiviti yang menarik sepanjang bulan ini. Kita puasa ni memanglah lapar, dahaga, penat sume ada. Bila dah nampak juadah mulalah rambang mata. Beli itu, beli ini, sume kita nak. Jangan ikut sangat nafsu tu (membazir amalan syaitan). Sebenarnya bila dah berbuka dengan sebiji kurma dan segelas air pun dah cukup. Punyalah hebat nikmat berbuka tu bukan. InsyaAllah (jadi ustaz plak dah)


Amalan-amalan di Bulan Ramadhan (klik sini)

Lafaz niat Ramadhan bersama Raihan (Klik video)


Lafaz Niat Berpuasa

amalan di bulan ramadhan,fadhilat solat sunat tarawih,lagu ramadhan brothers dengan lirik,software al-quran dengan tafsir download,lafaz niat puasa dan berbuka,kadar zakat fitrah tahun 2011,waktu berbuka puasa seluruh malaysia,bazar ramadhan,tips di bulan puasa,pahala di bulan puasa,mengaji sotfware al quran
nawaitu sauma godhin 'an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aala

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala



Lafaz Niat Berbuka Puasa


amalan di bulan ramadhan,fadhilat solat sunat tarawih,lagu ramadhan brothers dengan lirik,software al-quran dengan tafsir download,lafaz niat puasa dan berbuka,kadar zakat fitrah tahun 2011,waktu berbuka puasa seluruh malaysia,bazar ramadhan,tips di bulan puasa,pahala di bulan puasa,mengaji sotfware al quran

allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang








"Waktu Berbuka Boleh Rujuk Di Sidebar Selamat Berpuasa"

Lagu : Ramadhan
Artis : Brothers


Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula 
Ramadhan yang mulia

Di Ramadhan Ya Allah
Rahmatmu ku rasa
Ku banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Ilahi
Banyakkan ibadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala

Semoga beroleh maghfirah
Moga kita kan jadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain

Ramadhan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan

Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhirat nanti



amalan di bulan ramadhan,fadhilat solat sunat tarawih,lagu ramadhan brothers dengan lirik,software al-quran dengan tafsir download,lafaz niat puasa dan berbuka,kadar zakat fitrah tahun 2011,waktu berbuka puasa seluruh malaysia,bazar ramadhan,tips di bulan puasa,pahala di bulan puasa,mengaji sotfware al quran
 klik untuk imej yang lebih jelas


Software Al-Quran dengan tafsir lengkap 30 juzuk. Ada bacaan suara audio. Boleh pilih ikut surah yang kita nak.  Sesuai untuk digunakan di pejabat dan di rumah. Sama-samalah kita tambah pahala dengan mengaji sambil berblog :) 

"Muat turun Software Al-Quran dengan tafsir kat sini"

Part 1 (400mb)
Part 2 (180mb)


"Klik tutorial nak combine semua part"



Kadar Zakat Fitrah Tahun 2011

"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"

 - Ikhlas Dari Kafe Que

Keputusan Perlawanan Manchester United vs Barcelona | US Tour 2011 Friendly Match

Menakjubkan!! Perlawanan persahabatan awal pagi tadi berakhir dengan keputusan Manchester United 2 -1 Barcelona. Kedua pasukan menurunkan ramai pemain remaja dalam edisi pemanas badan kali ini. Sir Alex memberi kepercayaan kepada de Gea, Tom Cleverley, Danny Welbeck untuk disenaraikan sebagai kesebelasan utama Manchester United. Gol-gol United dijaringkan Nani (22') dan Owen (76') dan Thiago (70') untuk Barcelona.

keputusan manchester united vs barcelona friendly US tour 2011,manchester united vs barcelona highlights and goals,manchester united vs barcelona result,manchester united vs barcelona 31 julai 2011,tom cleverley thiago alcantara danny welbeck, line up manchester united vs barcelona,pep guardiola vs alex ferguson


Tampak seperti sudah lebih bersedia kali ini, barisan United dilihat tenang mengawal keadaan sekalipun Barcelona lebih banyak menguasai bola. Dan taktik counter attack United nyata berbisa dengan 2 gol cantik dari Nani dan Owen. Thiago Alcantara menyinar di bahagian tengah Barcelona dengan rembatan deras meninggalkan de Gea terpaku.



Keputusan Terkini Manchester United vs Barcelona | US Tour 2011 Friendly



Secara keseluruhannya pasukan United kali ini lebih bijak dan cergas. Mereka tidak melakukan tackles secara melulu tetapi hanya mengawal pemain Barcelona dan menunggu saat yang tepat untuk merampas bola. Mungkin ketiadaan Messi dan Xavi memberi impak pada corak permainan Barca. Tom Cleverley terutamanya seakan-akan membuktikan beliau sudah bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Scholes. Tenang mengawal bahagian tengah serta bijak melorongkan bola tinggi dan rendah, United nyata menagih khidmat beliau dalam keadaan tertentu pada musim 2011/2012.


keputusan manchester united vs barcelona friendly US tour 2011,manchester united vs barcelona highlights and goals,manchester united vs barcelona result,manchester united vs barcelona 31 julai 2011,tom cleverley thiago alcantara danny welbeck, line up manchester united vs barcelona,pep guardiola vs alex ferguson
kredit gambar : klik


Penjaring gol pertama United, Nani juga bermain dengan baik sama ada ketika menyerang dan bertahan. Dan beliau memang layak untuk mendapatkan anugerah "Man of The Match" pada perlawanan pagi tadi. Separuh masa pertama nyata milik United dengan Rooney hampir membuka jaringan namun sepakannya tersasar setelah lorongan cantik dari Nani. Ashley Young dan Anderson mengawal bahagian kiri United dengan cemerlang dan menghadkan ruang kepada pemain Barcelona untuk mengatur gerak. Minit ke-22 hasil dari counter attack, Welbeck bijak membuat thru pass kepada Nani yang tidak offsaid untuk menyudahkan gol pertama United.



keputusan manchester united vs barcelona friendly US tour 2011,manchester united vs barcelona highlights and goals,manchester united vs barcelona result,manchester united vs barcelona 31 julai 2011,tom cleverley thiago alcantara danny welbeck, line up manchester united vs barcelona,pep guardiola vs alex ferguson
kredit : 10 perkara menarik mengenai Thiago Alcantara (klik)


Separuh masa kedua United melakukan pertukaran dengan membawa masuk Owen, Giggs dan Smalling menggantikan Rooney, Evra dan Anderson. Barcelona lebih banyak menguasai permainan di kala pemain United baru mencari rentak. Thiago pemain muda berbakat akhirnya berjaya membolosi gawang United pada minit ke-70 dengan rembatan dari luar kotak penalti untuk gol penyamaan 1-1. Gol itu nyata menyuntik semangat pasukan Barca dan mereka terus mengatur serangan. Cleverley pada minit ke-76, bijak melorongkan bola kepada Owen yang hanya berdepan dengan Victor Valdes mudah menewaskan penjaga gol itu untuk United kembali mendahului 2-1.


keputusan manchester united vs barcelona friendly US tour 2011,manchester united vs barcelona highlights and goals,manchester united vs barcelona result,manchester united vs barcelona 31 julai 2011,tom cleverley thiago alcantara danny welbeck, line up manchester united vs barcelona,pep guardiola vs alex ferguson


Owen sekali lagi berpeluang menambah jaringan pada minit akhir perlawanan namun sepakannya melambung pada masa pintu gol terbuka luas setelah Obertan bijak melepaskan diri dari sebelah kanan. 5 kemenangan, 20 gol dan 3 bolos mengakhiri sesi US Tour 2011 Manchester United pada kali ini. Persediaan rapi sebelum bertemu musuh setempat, Manchester City dalam perlawanan Community Shield pada 7 Ogos 2011 [Ahad] jam 9.30 pm waktu Malaysia.


United: De Gea; Rafael (Fabio 17), Vidic (Jones 76), Evans, Evra (Smalling 46); Nani, Cleverley, Anderson (Giggs 46), Young (Obertan 62); Rooney (Owen 46), Welbeck (76)
Subs not used: Amos, Berbatov, Ferdinand, Carrick, Park, Macheda

Analisis Perlawanan Malaysia vs Singapura | Misi Piala Asia 2015 Bermula

Sebaik sahaja wisel penamat ditiup pada malam 28 Julai 2011, pastinya ramai peminat bola sepak tanah air kecewa apabila Malaysia terpaksa melupakan hasrat beraksi di peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014. Keputusan seri 1-1 gagal  menepati sasaran awal negara untuk menang dengan kelebihan 2 gol di hadapan penyokong sendiri.


Apek membukti bahawa beliau merupakan penjaga gol no.1 negara


Singapura yang bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan berbekalkan kemenangan 5-3 tidak hanya bertahan. Sebaliknya mereka lebih banyak menguji benteng pertahanan Malaysia yang sangat rapuh. Yang membanggakan penulis hanyalah aksi cemerlang Khairul Fahmi Che Mat serta penyerang berbisa, Safee Sali.


Keputusan Perlawanan Malaysia vs Singapura 1-1 | 28 Julai 2011
Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia





Pelbagai faktor mengiringi kekalahan Malaysia kepada musuh tradisi Singapura. Kelemahan pertahanan meranapkan impian Malaysia setelah kita berjaya mendapatkan gol pertama. Tidak pasti mengapa pertahanan kita begitu lemah mengawal penyerang Singapura dalam 2 perlawanan itu. Adakah faktor fizikal mereka lebih besar atau kita kurang mahir menggunakan taktik zonal marking. Jika tidak kerana kecekapan Apek mungkin permainan malam itu sudah tamat pada separuh masa pertama. Perangkap offsaid yang cuba dilakukan seringkali tidak menjadi dan hampir-hampir menghukum pasukan Harimau Malaya.


Khairul Fahmi beraksi cemerlang pada pertemuan Malaysia vs Singapura | 28 Julai 2011






Selain itu, mungkin ada yang menyalahkan keputusan perlawanan pertama di Singapura yang menyaksikan kita bolos 5 gol sekaligus menyukarkan misi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Apakah yang akan terjadi sekiranya Khairul Fahmi diturunkan dalam perlawanan itu? Bukan mudah sebenarnya tugas jurulatih untuk memilih pemain terbaik mereka. Lebih-lebih lagi jika prestasi pemain yang tidak konsisten yang ditunjukkan. Sir Alex Ferguson dan Mourinho juga pernah membuat kesilapan dalam perlawanan penting. Jadi tidak wajar kita menyalahkan Datuk K. Rajagobal sepenuhnya.



keputusan penuh malaysia vs singapura kelayakan piala dunia zon asia 2014,highlights video gol malaysia vs singapura 2011,analisis penuh malaysia vs singapura 28 julai 2011,formasi taktik malaysia vs singapura,punca malaysia kalah kepada singapura,faktor kekalahan malaysia vs singapura,khairul fahmi che mat beraksi cemerlang,video khairul fahmi che mat,piala asia 2015 di australia,harimau malaya dan harimau muda



Faktor seterusnya, apakah taktik pasukan Malaysia pada malam itu berhasil? Formasi yang digunakan mungkin 4-4-1-1 dengan Abdul Hadi bertindak selaku 2nd striker. Tapi kita tidak banyak mencipta peluang dari sebelah sayap kiri dan kanan. Apabila pemain kita mendapat bola, kita gemar memegang bola lama sedangkan kita patut melorongkan bola kepada pemain sayap untuk membuka ruang kepada penyerang melakukan larian ke atas. Akhirnya hantaran kita mudah dipatahkan oleh pemain Singapura dan kita kembali berada dalam situasi bertahan dan tertekan.




Faktor terakhir yang dapat dilihat adalah lakonan dan sandiwara pemain Singapura untuk melengahkan masa. Sebenarnya taktik ini digunakan oleh kebanyakan pasukan yang sedang mendahului. Tujuannya?? Menggangu tempo perlawanan supaya pasukan lawan terpaksa mencari rentak semula. Persoalannya mengapa kita menunggu begitu lama untuk mancari gol?



keputusan penuh malaysia vs singapura kelayakan piala dunia zon asia 2014,highlights video gol malaysia vs singapura 2011,analisis penuh malaysia vs singapura 28 julai 2011,formasi taktik malaysia vs singapura,punca malaysia kalah kepada singapura,faktor kekalahan malaysia vs singapura,khairul fahmi che mat beraksi cemerlang,video khairul fahmi che mat,piala asia 2015 di australia,harimau malaya dan harimau muda



Bermainlah dengan cara yang biasa kita main. Hantar bola kepada pemain yang tidak dikawal. Cari ruang di kiri dan kanan untuk melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti (ikut keadaan sama ada perlu tinggi atau rendah). Main simple jangan terlalu menunjuk skill dalam situasi tidak sesuai. Pertahanan harus tight marking lawan supaya tidak ada ruang mereka melakukan gerakan. Rampas bola di hadapan bukan menunggu di belakang pemain lawan.


Singapura hanya memerlukan 3 sentuhan untuk menyamakan kedudukan ketika menentang Malaysia. Goalkeeper freekick > Duric header > Shi Jiyai placing.. Goal!!


Apapun yang terjadi, kita semua perlu sentiasa menyokong pasukan Harimau Malaya. Bukan hanya ketika Malaysia menang sahaja. Potensi untuk pergi lebih jauh ada. Cuma perlu perkemaskan corak bertahan dan taktik permainan. Mungkin Harimau Malaya boleh belajar dari Harimau Muda dalam aspek tertentu. Jika kita gagal menyaingi 5 orang pemain import Singapura, bagaimana kita mahu berdepan pasukan seperti England, Sepanyol dan Brazil di World Cup 2018.



keputusan penuh malaysia vs singapura kelayakan piala dunia zon asia 2014,highlights video gol malaysia vs singapura 2011,analisis penuh malaysia vs singapura 28 julai 2011,formasi taktik malaysia vs singapura,punca malaysia kalah kepada singapura,faktor kekalahan malaysia vs singapura,khairul fahmi che mat beraksi cemerlang,video khairul fahmi che mat,piala asia 2015 di australia,harimau malaya dan harimau muda


Terima kasih kepada semua yang telah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam 28 Julai 2011. Anda semua adalah wira negara yang wajar dipuji!!

p/s : Entri ini ditulis atas desakan peminat Harimau Malaya, Mamat (www.ceritamamat.com) Hehe..

[Video] Pendedahan Taktik Permainan Barcelona | Manchester United Siap Sedia

Selamat hari Sabtu kepada semua pembaca Kafe Que. Esok pagi merupakan hari yang dinantikan oleh peminat setia Manchester United. Perlawanan terakhir US Tour 2011 bakal mempertemukan semula Manchester United vs Barcelona selepas kekecewaan United di Final UEFA Champions League 2010/2011. 18 gol dan 2 bolos dalam 4 perlawanan pemanas badan sebelum ini menjadi persediaan mantap sebelum menentang Barcelona awal pagi esok.


live streaming Manchester United vs barcelona waktu malaysia,manchester united vs barcelona us tour 2011 pre season,manchester united vs malaysia tactics,barcelona tactics under pep guardiola,cara permainan barcelona,barcelona tactical play,keputusan perlawananmanchester united vs barcelona,rahsia taktik barcelona


Namun kecederaan kepala yang dialami Javier Hernandez menyebabkan beliau terpaksa berehat selama 3 minggu dan bakal terlepas aksi menentang Barcelona serta Manchester City nanti. Messi, Alexis Sanchez, Mascherano & Alves tidak akan diturunkan kerana direhatkan selepas menyertai kempen Copa America 2011.

Manchester United tewas kerana terlalu taksub untuk mengawal Messi sedangkan pemain lain dalam pasukan Barcelona juga mampu melakukan jaringan. Kesilapan taktik juga mungkin menjadi faktor kerana bahagian tengah nampak longgar dengan ketiadaan Fletcher serta formasi 4-4-2 yang kurang menyengat. United terikut gaya permainan Barca dan tidak menggunakan pemain sayap dengan sepenuhnya.


Highlights Perlawanan Akhir UEFA Champions League 2010/2011







Jika ada yang bertanya, kenapa pasukan Barcelona ini sukar ditewaskan? Pertama persefahaman yang tinggi antara pemain mereka. 80% dari kesebelasan utama Barcelona terdiri daripada pemain Sepanyol. Kedua kemahiran individu yang dimiliki pemain-pemain Barcelona. Hampir kesemua pemain Barcelona boleh menggelecek dan mengelirukan lawan termasuk penjaga gol dan pertahanan mereka. Ketiga taktik permainan yang diamalkan secara turun temurun. Possession football merupakan kombinasi hantaran pendek yang cepat dan tenang menyukarkan pasukan lawan untuk merampas bola. Untuk membuktikan kepada anda mari kita lihat sendiri bagaimana taktik Barcelona di bawah kendalian Pep Guardiola.


 Barcelona Tactics  under Pep Guardiola



Mantap bukan? Mungkin Datuk K. Rajagobal boleh melihat corak permainan Barcelona yang menggunakan kekuatan mereka walapun tidak mempunyai pemain yang tinggi di bahagian serangan.  Hantaran lintang rendah yang dipraktikkan Barcelona juga sering membahayakan keadaan dalam kotak penalti lawan. 


Saksikan pertembungan menarik minggu ini

Manchester United vs Barcelona | US Tour 2011

31 Julai 2011 [Ahad] 7.00 am waktu Malaysia

live streaming Manchester United vs barcelona waktu malaysia,manchester united vs barcelona us tour 2011 pre season,manchester united vs malaysia tactics,barcelona tactics under pep guardiola,cara permainan barcelona,barcelona tactical play,keputusan perlawananmanchester united vs barcelona,rahsia taktik barcelona

Live Streaming Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011 | Misi Balas Dendam

Malam ini, 28 Julai 2011.. Sokongan jutaan rakyat Malaysia bakal mengiringi perjuangan anak buah Datuk K.Rajagobal dalam misi melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. Tiket perlawanan yang telah kehabisan seawal petang semalam membuktikan masih ramai yang setia di belakang Harimau Malaya untuk melakukan kejutan serta membaham Singapura (singa pura2 sebab ramai pemain import) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.


Kelayakan Piala Dunia 2014 | Malaysia vs Singapura | 8.45 pm, 28 Julai 2011
Stadium Nasional Bukit Jalil

live streaming malaysia vs singapura 28 julai 2011,siaran langsung malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,malaysia vs singapura astro live,live streaming waktu malaysia vs singapura,highlight malaysia vs singapura,formasi malaysia vs singapura,senarai pemain malaysia vs singapura,harimau malaysia vs singa,harimau malaya logo

Jurang 2 gol dilihat tidak begitu sukar untuk dikejar tambahan pula kita bermain di gelanggang sendiri dan di hadapan 85,000 penyokong yang bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Lautan biru kuning yang menjadi pemain ke-12 negara diharap dapat menimbulkan rasa gentar terhadap pasukan lawan.


Keputusan Singapura vs Malaysia 5-3 | Kelayakan Piala Dunia 2014 | 23 Julai 2011





Apa yang perlu dilakukan adalah menyerang kubu Singapura sebaik wisel sepak mula ditiup dan memperkemaskan bahagian pertahanan dari dibolosi. Sekiranya Singapura dibiar menjaringkan gol maka tugas kita semakin berat. Jangan terlalu fikirkan kekuatan lawan. Lebih baik kita menggunakan kekuatan kita dan cuba mencari kelemahan pertahanan lawan.


live streaming malaysia vs singapura 28 julai 2011,siaran langsung malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,malaysia vs singapura astro live,live streaming waktu malaysia vs singapura,highlight malaysia vs singapura,formasi malaysia vs singapura,senarai pemain malaysia vs singapura,harimau malaysia vs singa,harimau malaya logo
Bekas kapten Malaysia...


Pengalaman Aidil Zafuan ditagih malam ini untuk mengekang penyerang import Singapura, Duric. Baddrol atau Faruqi mungkin dipanggil bagi mengisi kehilangan ketua pasukan, Safiq Rahim. Siapa pula yang bakal berpasangan di bahagian serangan untuk digandingkan bersama Safee Sali? Shahrul Idlan atau Abdul Hadi Yahya??


live streaming malaysia vs singapura 28 julai 2011,siaran langsung malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,malaysia vs singapura astro live,live streaming waktu malaysia vs singapura,highlight malaysia vs singapura,formasi malaysia vs singapura,senarai pemain malaysia vs singapura,harimau malaysia vs singa,harimau malaya logo
Baddrol antara pilihan mengisi kekosongan barisan tengah


Jika kita terpaksa bermain di atas padang tiruan di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, kali ini Singapura pula bakal berhadapan situasi yang sama. Dan ini perlu digunakan oleh pemain Malaysia untuk tidak membiarkan mereka mendapat rentak di awal permainan. Hantaran lintang ke dalam kotak penalti perlu diperbanyakkan supaya benteng Singapura berada dalam keadaan tertekan (boleh melakukan kesilapan yang tidak diingini).








Melihat kepada gol-gol yang dilepaskan pasukan Malaysia, hampir kesemua berpunca dari kesilapan pertahanan kita. Gol pertama dan kedua berpunca dari sepakan percuma setelah pemain kita melakukan kekasaran yang tidak perlu dilakukan sebenarnya. Dengan kepakaran Qiu Li, malam ini kita mesti kurangkan bilangan sepakan percuma di dalam kawasan Malaysia. Kita perlu bijak mengawal keadaan apabila kita mendahului. Tidak perlu terikut gaya permainan Singapura. Control game ;)




Gol ketiga dan keempat Singapura dijaringkan dalam masa 3 minit sebelum tamat permainan separuh masa pertama. Ini menunjukkan fokus kita masih tidak konsisten dan komunikasi antara pertahanan serta penjaga gol masih lemah. Seorang penjaga gol perlu bersuara untuk memperingatkan posisi pertahanannya kerana hanya penjaga gol sahaja yang nampak keseluruhan keadaan yang berlaku di hadapan.


p/s : cari gol awal dan pressure defend Singapura. Scoreline 2-0 ,3-1, 4-2 akan membawa pasukan kebangsaan semakin hampir ke Piala Dunia 2014. Penyokong Harimau Malaya mengaummm malam ini.





Saksikan Siaran Langsung Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014

Malaysia vs Singapura | 8.45 pm, 28 Julai 2011 | Stadium Nasional Bukit Jalil

TV1 | Astro Arena 801, Astro SuperSport HD 831 | Live Streaming @ Kafe Que


live streaming malaysia vs singapura 28 julai 2011,siaran langsung malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,malaysia vs singapura astro live,live streaming waktu malaysia vs singapura,highlight malaysia vs singapura,formasi malaysia vs singapura,senarai pemain malaysia vs singapura,harimau malaysia vs singa,harimau malaya logo


MLS All Stars Vs Manchester United 0-4 Full Match Highlights And Goals

Pasukan Manchester United meneruskan kecemerlangan di US Tour 2011 selepas membelasah MLS All Stars 4-0. Gol-gol United dijaringkan oleh Anderson, Park Ji Sung, Berbatov & Welbeck. Dengan 18 gol yang telah dijaringkan dalam 4 perlawanan, United sudah bersedia untuk berdepan dengan pasukan Barcelona awal pagi Ahad ini.

Keputusan Terkini MLS All Stars vs Manchester Unied | Pre Season US TOUR 2011
28 Julai 2011




Saksikan perlawanan ulangan 'Final Uefa Champions League' antara Manchester United vs Barcelona pada 31 Julai 2011 jam 7.00 am waktu Malaysia @ Live Streaming Kafe Que.

Layan Lok Ching di Kelantan | PC Fair 2011 28 - 30 Julai

Hai semua. Semalam aku dah sampai Kelantan, tempat lahir aku 21 tahun yang lepas (21 ke??).. Outstation 4 hari di Renaissance Hotel, Kota Bharu. Ni dah kali ke-2 aku datang Kelantan dalam tahun 2011. Dan makanan yang aku akan cari dulu is 'Lok Ching' atau sate ikan. Orang Kelantan tau la kot. Mase kecik2 aku penah makan pas balik sekolah kat Kedah dulu. Pastu dah tak jumpe sampai lah 18 tahun lepas 2. Lame kan.


makanan lok ching kelantan,lok cing di kelantan,apa itu lok ching,kuah lok ching,resepi lok ching,stok lok ching di kuala lumpur,sate ikan kelantan,satay ikan lok ching,cara masak lok ching


Lok Ching ni rasa die macam keropok lekor gak sebab ikan kan.Tapi yang mahal sebab sos@kuah die tu.. ada manis (sbb orang Kelantan suke manis2) dan pedas. Kat KL aku lom penah jumpe lagi. Orang cakap kat Cheras ade.. Korang kalau jumpa Lok Ching ni eloklah try. Tak rugi. Harga pulak tengok tempat. Kalau kat bandar ni secucuk 20 sen. Kat tempat lain RM 1 boleh dapat 7-10 cucuk.

Jom tengok ape bende Lok Ching ni..


makanan lok ching kelantan,lok cing di kelantan,apa itu lok ching,kuah lok ching,resepi lok ching,stok lok ching di kuala lumpur,sate ikan kelantan,satay ikan lok ching,cara masak lok ching
Lok Ching ni kene bakar dalam masa 1-2 minit



makanan lok ching kelantan,lok cing di kelantan,apa itu lok ching,kuah lok ching,resepi lok ching,stok lok ching di kuala lumpur,sate ikan kelantan,satay ikan lok ching,cara masak lok ching
Ni time pukul 7pm. Kejap je nanti habis la stok 2



makanan lok ching kelantan,lok cing di kelantan,apa itu lok ching,kuah lok ching,resepi lok ching,stok lok ching di kuala lumpur,sate ikan kelantan,satay ikan lok ching,cara masak lok ching
Lok Ching dengan kuah pedas..nyum3


Ok tu je nak share pasal Lok Ching kat Kelantan ni. Sekali cuba pasti nak lagi dan lagi...




PIKOM PC FAIR 2011 | Kelantan Trade Centre | 28 - 30 Julai 2011

pikom pc fair 2011 kelantan,pc fair 2011 28 - 30 julai,lolong barabg IT murah


Macam kebetulan pulak timing aku ke Kelantan kali ni. Boleh ada PC Fair kat sini. Last week aku baru serang PC Expo kat PWTC. Macam2 barang diorang lelong. Harga pulak lagi murah dari market price (tengok kat sini).. Kalau ada masa insyaAllah aku akan singgah tengok barang2 best. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.pikom.my. Banyak hadiah menarik disediakan.

[Entri Khas] Terima Kasih Kepada Semua Pembaca Kafe Que | Memang Terbaek Lah Korang

Salam 1 blog kepada semua pembaca Kafe Que. Dalam entri kali ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong Blog Kafe Que untuk terus bertahan sehingga saat ini. Setelah hampir sebulan setengah aku wat comeback memang strategi kali ni menjadi. Sebelum ni UV nak cecah 100 pun susah. Tapi lepas aku wat research & eksperimen fuh terkejut. Paling tinggi UV penah capai 1.4k. Okla kan untuk orang yang malas cam aku ni. Hehe..


nuffnang analytics,traffic nuffnang,trafik UV dari nuffnang,keyword nuffnang,popular keyword,trafik kafe que
UV 10-16 Julai 2011 

Semuanya gara-gara demam bola sepak yang melanda. Kafe Que memang banyak entri pasal sukan. Thanx sebab ada gak yang sudi baca and follow. Buat peminat Manchester United nantikan entri serta update pasal pasukan kita di Kafe Que okay..


nuffnang analytics,traffic nuffnang,trafik UV dari nuffnang,keyword nuffnang,popular keyword,trafik kafe que
UV 17-23 Julai 2011


2 minggu berturut-turut total UV cecah 7k. Huhu sangat terharu la kalau macam ni. Kalau ada tersalah info atau ayat yang terguris hati aku mintak maaf. Kadang-kdang kita manusia ni memang buat kesilapan. Kalau korang penah bace entri lepas aku ada buat Laporan penuh Edisi Copa America 2011. Daripada jadual perlawanan sehinggalah final Uruguay vs Paraguay. Sebab minat sangat pada bola sepak aku wujudkan Blog Kafe Que untuk kongsi taktik serta pengalaman aku bermain game Pro Evolution Soccer, FIFA dan Football Manager (ape barang ko men game jek)


nuffnang analytics,traffic nuffnang,trafik UV dari nuffnang,keyword nuffnang,popular keyword,trafik kafe que
keyword demam bola


Okaylah. aku pun tak leh nak bebel panjang2. Sat lagi kena naik flight (aku pening bau MAS) gi Kelantan. Ade urusan rasmi seri paduka baginda kat sana. Sebelum aku tamatkan entri khas ni, sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah singgah di Blog Kafe Que. Layan la lagu bawah ni. Tibe2 rindu zaman aku jadi retis dulu2..Huhu..




[Video] Bila Johan Raja Lawak Cuba Nak Jadi Gangster

Hehe..Lepas balik keje tadi aku sempat bukak Youtube. Dah lama tak tengok Johan. Search "Edisi Khas" kuar la video-video dorang ni. Aduii.. Pecah perut aku kalau dengar Johan ni cakap. Ayat tunggang langgang. Perkataan merapu2. Kalau ujian lisan kat sekolah harus kene repeat banyak kali sebab failed!! Jom layan sedutan segmen Edisi Khas yang disiarkan setiap hari Selasa jam 10 malam @ TV3.





Johan ni kalau bab tiru gaya orang memang hebat. Bakat die semulajadi. Seronok bila kita ada pelakon komedi macam dorang ni. Kreatif giler. Esok aku akan ke Kelantan (negeri kelahiranku). Tapi aku tak reti pun kecek Kelate. Juz tau makan budu jek. Teruskan menyokong Johan Raja Lawak!! Johan lu memang otai la..

Tiket Malaysia vs Singapura | 2nd leg Kelayakan Piala Dunia 2014

Tinggal 3 hari lagi pasukan Malaysia akan menentukan nasib mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Setelah menerima tamparan hebat di Stadium Jalan Besar malam Sabtu lepas, kini misi pasukan Harimau Malaya hanya tinggal 1.. 'Menang dengan kelebihan 2 gol atau lebih'. Peluang masih belum berakhir buat kem negara walaupun tewas 3-5 kerana 3 gol ditempat lawan akan membantu sekiranya percaturan taktik serta pemilihan pemain yang tepat di Stadium Bukit Jalil nanti.

Perlawanan Kedua Malaysia vs Singapura | 28 Julai 2011
8.45pm @ Stadium Nasional Bukit Jalil

tiket perlawanan malaysia vs singapura 28 julai 2011,tiket online malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,formasi malaysia vs singapura,keputusan malaysia vs singapura 28 julai 2011,malaysia vs singapuran bukit jalil stadium,pasukan malaysia harimau malaya


Tiket-tiket akan mula dijual seawal jam 9 pagi esok (26 Julai 2011) hingga hari perlawanan di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Harga Tiket :   RM 50 - Grand stand
                        RM 30 - Terbuka
                        RM 5 - kanak-kanak bawah 12 tahun


Kepada mereka yang nak tempah tiket secara online bolehlah layari www.tickethotline.com.my


Penjualan dan penebusan tiket dibeli secara online boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Trivia : Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.


Marilah sama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya untuk membuat comeback di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiada yang lebih penting dari sorakan serta semangat daripada peminat sukan bola sepak tanah air. Jangan kita mudah menuding jari atas kesilapan pemain atau jurulatih. Mereka sudah mencuba sehabis baik, namun mungkin nasib tidak menyebelahi kita.

tiket perlawanan malaysia vs singapura 28 julai 2011,tiket online malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014,formasi malaysia vs singapura,keputusan malaysia vs singapura 28 julai 2011,malaysia vs singapuran bukit jalil stadium,pasukan malaysia harimau malaya
 Kena main 4-4-2 nampaknya untuk cari 2 gol awal


Buat Datuk K. Rajagobal, rombakan di bahagian pertahanan perlu dilakukan segera. Sama ada perlu panggil S.Subramaniam sebagai emergency backup (yang beraksi cemerlang ketika Harimau Muda kalah bermaruah kepada Chelsea) atau tidak terletak pada keputusan Datuk. Kehilangan kapten, Safiq Rahim yang digantung perlawanan perlu digantikan dengan pemain berpengalaman supaya dapat mengawal bahagian tengah pasukan Malaysia.

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Akhir Uruguay vs Paraguay | Rekod Juara 15 kali

Uruguay menjadi raja bola sepak Amerika Selatan setelah muncul juara Copa America 2011 dengan rekod 15 kali. Pasukan itu menewaskan Paraguay 3-0 dalam perlawanan penutup tirai awal pagi tadi. Gol Luis Suarez (12') dan Diego Forlan (41' & 89') membantu Uruguay mencatatkan kemenangan selesa dan menguasai keseluruhan permainan.

Keputusan Terkini Final Copa America 2011 | Uruguay vs Paraguay | 25 Julai 2011




Paraguay yang melayakkan diri ke pusingan akhir dengan 2 penentuan sepakan penalti tidak bernasib baik kali ini. Uruguay mengasak seawal minit pertama dan hampir mendahului namun pertahanan Paraguay berjaya menyelamatkan bola dari melepasi garisan gol.

 Uruguay Juara Copa America kali ke-15

keputusan terkini perlawanan akhir final copa america 2011 uruguay vs paraguay,final copa america 2011 uruguay vs paraguay astro,highlights gol perlawanan uruguay vs paraguay,juara copa america 2011,gol luis suarez dan forlan final copa america 2011,rekod juara 15 kali copa america,copa america 2011 awards,penjaring terbanyak copa america 2011,pemain terbaik kejohanan copa america 2011,keputusan penuh copa america 2011
 kredit : soccernet


Gol Luis Suarez hadir pada minit ke 12 dengan menyudahkan hantaran cantik dengan rembatan kaki kiri. Luis Surez sekali lagi memberi tekanan kepada pertahanan Paraguay dengan skill kawalan bola menarik dan hampir menambah jaringan 13 minit kemudian. Tetapi bola hanya menyinggah di tepi jaring gol. Kelekaan benteng Paraguay akhirnya dihukum kali ini oleh Diego Forlan yang ketandusan gol dalam kempen Copa America 2011. Beliau yang mendapat lorongan bola dari tengah kawasan Paraguay menewaskan Justo Villar untuk gol kedua Uruguay sebelum separuh masa pertama.


 Mantap.. Suarez dan Forlan mengganas ketika menentang Paraguay


Kebangkitan Paraguay pada separuh masa kedua berjaya dihalang oleh ketangkasan penjaga gol Uruguay, Muslera. Pada minit ke-89 Luis Suarez berganding dengan Diego Forlan untuk gol ketiga Uruguay dan menutup peluang Paraguay untuk bangkit. Keputusan penuh perlawanan, Uruguay 3 - 0 Paraguay. 


Trivia : Gol kedua Forlan menyamai rekod Hector Scarone sebagai penjaring terbanyak Uruguay dengan 31 gol


Awards


Kedudukan Akhir Copa America 2011

keputusan terkini perlawanan akhir final copa america 2011 uruguay vs paraguay,final copa america 2011 uruguay vs paraguay astro,highlights gol perlawanan uruguay vs paraguay,juara copa america 2011,gol luis suarez dan forlan final copa america 2011,rekod juara 15 kali copa america,copa america 2011 awards,penjaring terbanyak copa america 2011,pemain terbaik kejohanan copa america 2011,keputusan penuh copa america 2011
kredit info : wiki


Berakhirlah sudah Edisi Copa America 2011. Terima kasih kepada semua yang telah bersama Kafe Que sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semoga bertemu lagi di lain waktu. Sekian..

Tutorial : Cara Nak Pasang Subtitle Dalam Windows Media Player | Video Player Alternatif Yang Cool

Tutorial ni mungkin ramai dah tau. Tapi buat yang belum tau aku akan kongsi ngan korang. Windows Media Player ni makin lama aku tengok makin advance. Pada yang suka download movies tu korang mesti terjumpa macam-macam format (.avi.mp4.mkv.vob.3gp.flv dll) Kepada penggemar Windows Media Player, ada masanya video korang dalam format yang pelik-pelik tu tak boleh play.


tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player


Bila movie yang ada subtitle pulak ada yang tak keluar. So macam mana nak buat ye. Jom kita selami kelas tutorial bersama Kafe Que. Download codec di akhir kelas ye.




----------------------------------------------------------------------------------------------


Step 1 : Pastikan nama file movie & subtitle adalah sama dan diletakkan dalam destinasi yang sama


Cth :  Aksi Terlampau Seorang Blogger.avi (file movie)
         Aksi Terlampau Seorang Blogger.srt (file subtitle)


Step 2 : Install DirectVobSub (subtitle filter untuk WMP) Klik sini untuk muat turun software.


Step 3 : Lepas dah siap install korang cuba play movie yang ade subtitle tadi (jgn amik yg xde plak)
 

Step 4 : Bila movie tadi tengah jalan, klik on Play -> Captions and Subtitles -> On if available


tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player


p/s : untuk latest punya Windows Media Player - right click pada skrin > Lyrics, captions & subtitles > On if available


Step 6 : Korang akan nampak subtitle kat bawah movie. Kalau tak keluar korang kena restart movie tadi. Siap..





-----------------------------------------------------------------------------------------------------





Habis tutorial nak pasang subtitle dalam Windows Media Player. Kalau korang tak minat Windows Media Player, boleh guna salah satu video player yang popular kat bawah ni.


1. VLC Media Player 1.1.11

tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player


2. Media Player Classic (MPC Home Cinema)

tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player
3. KMPlayer (.mkv file)

tutorial cara nak pasang subtitle dalam windows media player,codec untuk filem avi mkv mp4,muat turuan vlc player kmplayer media player classic,download media player best,tips media player


Untuk melengkapkan proses di atas. Anda boleh download 2 simple codec untuk file movie yang biasa dimuat turun.


  1. klcodec (download)
  2. coreaacsetup (download)

Manchester United 3-1 Chicago Fire | Aksi Pertama De Gea & Phil Jones Bersama United

Bertubi-tubi perlawanan dalam 2 hari ni.. Tak larat aku nak tengok..Huhu.. Selepas Peru menang 4-1 ke atas Venezuela, kali ni giliran Manchetser United pula melakar kemenangan ke-3 dalam pra musim US Tour 2011. Yang menarik pastinya penampilan sulung penjaga gol United, David de Gea dan pertahanan England U-21, Phil Jones. Sir Alex memberi peluang kepada ramai pemain muda untuk bermain di separuh masa pertama.
Man Utd - Rooney (66'), Rafael (76'), Nani (82'), Chicago Fire - Gibbs (13')


Berbatov memperolehi peluang terbaik untuk meletakkan United di depan pada minit ke-5 hasil thru pass Welback. Tapi seakan-akan kehilangan sengat (baru pulih dari ankle injury), rembatannya sekadar tepat kepada penjaga gol Chicago Fire. Minit ke-13 Chicago Fire mengejutkan United menerusi tandukan gol dari Gibbs yang hanya mampu dipandang oleh David de Gea.  Hantaran tinggi dari sepakan percuma itu gagal dikeluarkan oleh 2 pertahanan sasa United ,Smalling & Phil Jones.




Chicago lebih banyak mengasak pada separuh masa pertama ini dengan ramai pemain muda masih cuba mencari rentak dalam perlawanan pemanas badan ini. Obertan juga sesekali melakukan skill menarik untuk memperdaya pertahanan lawan namun gagal menguji penjaga gol Chicago. Minit ke-44 kita dapat menyaksikan reflex saved dari de Gea untuk menidakkan gol kedua Chicago Fire. Terbaik wa cakap lu..

Rombakan di bahagian pertahanan pada awal separuh masa kedua membuka ruang kepada Chicago untuk melakukan serangan dari sebelah kiri mereka. Smalling yang diarahkan untuk mengisi posisi bek kanan gagal menyaingi kelajuan pemain sayap Chicago. Mujurlah gawang United terselamat 2 kali.. Kemasukan Rooney, Giggs, Park, Nani, Anderson berjaya mengatur gerakan dan minit ke-66, Ferdinand melepaskan diri dari kawalan pemain Chicago dan terus menghantar bola tinggi ke arah Rooney yang bijak melambungkan bola untuk gol penyamaan United. Manchester United 1-1 Chicago Fire .


manchester united vs chicago fire video highlights and goals,keputusan perlwanan manchester united vs chicago fire,US tour 2011 pre season match,aksi de gea bersama manchester united,de gea saved manchester united,manchester united vs mls all-stars live,jadual pra musim manchester united 2011,manchester united vs barcelona pre season us tour 2011


Supersub Rafael yang baru seminit (76') menggantikan Smalling melakukan gerak solo hasil one two bersama Nani di sebelah kanan sebelum menyudahkan dari sudut sukar. Menakjubkan aksi samba dari pemain bek kanan United ini meletakkan United mendahului 2-1. 6 minit kemudian Nani pula memperdaya penjaga gol Chicago dengan chip yang cukup sempoi. Ketenangan (composure) yang tidak boleh dibeli di kedai. Keputusan akhir Manchester United 3- 1 Chicago Fire.


United: de Gea; Fabio (Evans 46), Smalling (Rafael 75), Jones (Vidic 75), Evra (Ferdinand 56); Obertan (Nani 56), Carrick (Anderson 46), Cleverley (Giggs 46), Diouf (Park 46); Welbeck (Macheda 56), Berbatov (Rooney 46)
Subs not used: Lindegaard, Amos, Owen, Young



Next Match : Manchester United vs MLS All-Stars , 28 Julai 2011 jam 8.30 am waktu Malaysia

p/s : Dengar kata Beckham & Henry akan turut serta. Yeah3


manchester united vs chicago fire video highlights and goals,keputusan perlwanan manchester united vs chicago fire,US tour 2011 pre season match,aksi de gea bersama manchester united,de gea saved manchester united,manchester united vs mls all-stars live,jadual pra musim manchester united 2011,manchester united vs barcelona pre season us tour 2011
 Klik untuk menonton Live Streaming @ Kafe Que

[Edisi Copa America 2011] Peru 4 - 1 Venezuela | Penentuan Tempat Ketiga & Keempat

Dua gol Guerrero (gambar) pada minit-minit terakhir permainan memusnahkan harapan Venezuela untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Guerrero menjadi wira Peru apabila menjaringkan 3 gol (hat-trick) dalam perlawanan awal pagi tadi. Venezuela pula dipaksa beraksi dengan 10 pemain selama 30 minit selepas Thomas Rincon diarah keluar padang oleh pengadil. Tindakan itu mungkin terlalu tegas jika dilihat pada kekasaran yang dilakukan.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Peru vs Venezuela | 24 Julai 2011
keputusan terkini peru vs venezuela copa america 2011,perlawanan tempat ketiga copa america 2011,jadual perlawanan akhir final copa america 2011,uruguay vs paraguay waktu malaysia,perlawanan akhir copa america 2011,highlights peru vs venezuela,paolo gerrero


Venezuela yang belum pernah tewas dalam kempen kali ini akur kepada kehebatan dan keberkesanan penyerang Peru walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan. Gol pertama Peru dijaringkan oleh Chiroqe pada minit ke - 41 menerusi hantaran leret dari sebelah kanan sebelum mudah menolak masuk.

Trivia : Peru akhirnya mengulangi kejayaan pada tahun 1983 untuk meraih tempat ketiga dalam kempen Copa America 2011


Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 & Ke-4 | Peru vs Venezuela




Guerrero pula melebarkan jurang kepada 2 gol menerusi rembatan deras di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Venezuela pada minit ke-63. Semangat kental Venezuela yang pernah bangkit dari ketinggalan 1-3 kepada Paraguay dalam peringkat kumpulan masih boleh disaksikan dalam aksi pagi tadi. Akhirnya pada minit ke-77, Arango menjaringkan 1 gol cantik bermula dari lorongan bijak dari bahagian tengah sebelum menyudahkan dengan teknik yang sukar.

Keghairahan mencari gol penyamaan, Venezuela terperangkap dengan counter atttack Peru dan Guerero menambah 2 lagi gol pada minit ke-89 & 90 untuk memastikan Peru sebagai pasukan ketiga terbaik dalam edisi Copa America 2011.


Trivia : Tempat ke-4 merupakan pencapaian terbaik Venezuela sepanjang menyertai Copa America


 Final Copa America 2011 | Uruguay vs Paraguay | 25 Julai 2011 3.00 am waktu Malaysia

keputusan terkini peru vs venezuela copa america 2011,perlawanan tempat ketiga copa america 2011,jadual perlawanan akhir final copa america 2011,uruguay vs paraguay waktu malaysia,perlawanan akhir copa america 2011,highlights peru vs venezuela,paolo gerrero


Esok merupakan kemuncak kepada edisi Copa America 2011. Uruguay (semifinalist World Cup 2010) dan Paraguay (quarterfinalist World Cup 2010) akan membuat perhitungan pasukan manakah yang layak memegang gelaran jaguh bola sepak Amerika Selatan. Kedua pasukan mempunyai penjaga gol yang cekap dan berwibawa. Santa Cruz dan Luis Suarez bakal membuktikan siapa lebih handal di depan gol.


Saksikan perlawanan terhebat bulan ini

Uruguay vs Paraguay [25 Julai 2011] jam 3.00 am waktu Malaysia.

Live @ Astro Superspot 811 @ HD 831


Live streaming @ Kafe Que Skrin Laptop/PC Anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote