Salam pembaca blog Kafe Que. Kali ini kita sambung entri lepas ketika berada di Pulau Pinang. Kesempatan yang ada diguna sebaiknya untuk melawat tempat bersejarah di sana. Rumah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di Pulau Pinang.
Papan tanda besar punyer
Tahun lepas kita disajikan dengan sebuah dokumentari mengenai Kisah Hidup Seorang Seniman Agung, P. Ramlee. Bagaimana bermulanya karier beliau dari seorang penyanyi kepada seorang pelakon dan akhirnya Pengarah Filem. Anugerah yang diperolehinya mengangkat martabat filem melayu pada ketika itu setaraf dengan filem antarabangsa.
Perkarangan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Pulau Pinang
Kalau ada yang belum tengok boleh klik kat sini. Kita membesar dengan filem-filem Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujak Lapok, Ali Baba Bujang Lapok (hanya menamakan sebahagian). Dulu parents siap beli video tape cerita P. Ramlee. Sekarang dah rosak. Hasil sentuhan magis P. Ramlee pada ketika itu.
Waktu lawatan Rumah Kelahiran P. Ramlee
Sejarah Rumah Kelahiran P. Ramlee
"Mari - mari cik adik,Mari - mari cik abang,Mari kita berdendang,Si Pinang Muda"
Petikan lagu Joget Si Pinang Muda
Perkarangan rumah
Perasmian Rumah P. Ramlee
Guri Air
Trivia : Guri atau tempayan digunakan untuk mengisi air buat membasuh kaki ketika hendak memasuki rumah. Guri jarang digunakan lagi kerana orang sekarang memakai kasut
Pandangan Rumah P. Ramlee dari belakang
Tandas rumah lama biasanya berada di belakang rumah
Mari kita sedekahkan Al-fatihah buat seniman ulung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment