[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Bolivia vs Costa Rica | Costa Rica Buat Kejutan

Perlawanan Kumpulan A antara Bolivia vs Costa Rica berakhir dengan keputusan mengejutkan. Pasukan remaja Costa Rica berjaya menewaskan pasukan Bolivia dengan 2 - 0. Keputusan itu meletakkan Costa Rica di tangga ke-2 kumpulan A di atas Argentina lawan terakhir mereka.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Bolivia 0 - Costa Rica 2 | 8 Julai 2011 @ Astro Supersport




Gol-gol Costa Rica dijaringkan oleh Martinez (59') dan Campbell (78') . Bolivia yang bermain cemerlang ketika bertemu Argentina gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke arah gol lawan. Mungkin mereka memandang rendah keupayaan barisan muda Costa Rica yang tewas pada perlawanan pertama mereka.


Perlawanan hari esok 9 Julai 2011 membabitkan pasukan Uruguay vs Chile, jam 6.15 am waktu Malaysia dan diikuti  Peru vs Mexico pada jam 8.45 am waktu Malaysia


p/s : Aku nak hasut korang semua tuk tengok bola live esok. Tak payah la nak pi perhimpunan tak kotor 2 ;)





Uruguay vs Chile , 9 Julai 2011, 6.15 am (Malaysia)
Peru vs Mexico , 9 Julai 2011, 8.45 am (Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote