Program Menu Rakyat 1 Malaysia | Kurangkan Beban Tambah Penyakit?

Salam Jumaat.. Aku malas nak komen sangat pasal isu perhimpunan 9 Julai 2011. Baik aku cerita pasal bola lagi best. Pagi tadi dengar Hot FM pasal Menu 1 Malaysia. Terkejut gak harga menu sarapan pagi RM2..Lunch pulak RM4 so total RM6 je sehari kalau nak belanja makan. Tak masuk makan malam ok. Memang murah la kot. Tapi apa je menu yang murah sangat ni. Kafe Que bagi free entri je kat korang bace ;p

'Q' Bistro dah mula promosi Menu 1 Malaysia

sajian menu 1 malaysia'makanan menu 1 malaysia,roti canai 1 malaysia, rm2 sarapan rm4 makan tengahari, cheap breakfast, menu rakyat 1malaysia


Setelah digodek2 rupanya pakej sarapan pagi yang RM2 hanya roti canai dan teh tarik (murah ke??) makan tengahari nasi putih + sayur + telur dadar + air sirap@teh 'O' ais.(kalau salah tolong betulkan ye). Setakat ini, restoran yang terbabit dalam program itu ialah ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi.


Piramid Makanan
piramid makanan,piramid makan seimbang,tips pemakanan sihat,amalan pemakanan sihat


Aku kurang arif pasal tips pemakanan sihat ke apa. Biase aku tengok kalau makanan berkhasiat ni boleh tahan gak harganya. Tapi ramai di kalangan kita susah nak amalkan pemakanan sihat. Kita lebih kepada makanan segera dan sedap. Hehe. Mungkin kerajaan ada sebab tersendiri untuk lancarkan program ni. Mengurangkan beban rakyat di bandar metropolitan yang kos sara hidupnya sangat tinggi. Terima kasih!!


jus oren,jus buahan,khasiat buah
 Teh Tarik vs Jus Oren


Roti canai ni dikatakan mempunyai kandungan minyak yang tinggi yang mana tidak elok dimakan selalu. Yelah kan dah goreng2 mesti ada minyak. Bosan gak kalau makan menu sama tiap hari. Kenapa tak tukar sandwich ke. Pakai roti gak. Lepas 2 air teh tarik ditukar dengan jus buahan. Banyak songeh pulak aku ni. Pada aku elok kita belanja lebih sikit tuk kesihatan. Duit boleh cari, tapi nikmat sihat kalau tuhan tarik? Hmm.. Renungkan lah. Pilihan di tangan anda ;)


mcvalue lunch mcd,mcdonald malaysia, rm5.95 lunch
 Balik2 McD jugak.. Dari RM5.95 sebelum tax ye


Kalau ada yang tak setuju boleh komen la ye. Jadilah insan yang bersyukur. Sekadar pandangan aku je.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote