Penuh dengan kejutan. Itulah yang dapat diungkapkan setelah menyaksikan kesemua perlawanan peringkat suku akhir yang berakhir pagi tadi. Pasukan pilihan rebah pada lawan masing-masing dengan 2 perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Brazil dan Argentina terpaksa melupakan hasrat untuk menambah koleksi piala pada edisi kali ini.
Senarai pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir | Copa America 2011
Jadual Pusingan Separuh Akhir Copa America 2011
Di atas kertas Uruguay (juara 14 kali) mempunyai kelebihan berbanding Peru yang hanya berada pada ranking ke-49 dunia. Dalam permainan bola sepak, pasukan mana yang gagal menjaringkan gol tidak akan menang walaupun banyak kali menyerang dan mencipta gerakan berbahaya.
Dalam 1 lagi perlawanan, Paraguay dan Venezuela akan mengulangi pertembungan di peringkat kumpulan yang menyaksi kedua pasukan terikat 3-3. Walaupun ketinggalan 1-3 pada satu ketika, Venezuela tidak mudah menyerah kalah dan Paraguay harus menumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan kalah mati ini.
Jadual Penuh Perlawanan Peringkat Separuh Akhir Copa America 2011 | Semifinals Round
[1]
Peru vs Uruguay
20 Julai 2011 , 8.45 am waktu Malaysia
Live @ Astro Super Sport [Streaming here]
[2]
Argentina vs Uruguay
21 Julai 2011 , 8.45 am waktu Malaysia
No comments:
Post a Comment