[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Argentina vs Costa Rica | Tempat ke Pusingan Suku Akhir

Akhirnya.. Pasukan Argentina memerlukan pasukan remaja untuk menang dalam saingan peringkat kumpulan sebentar tadi. Keputusan berkesudahan Argentina 3 - 0 Costa Rica. Selaku negara jemputan, Costa Rica memberi laluan (propa) kepada tuan rumah untuk mara ke pusingan suku akhir. Jurulatih Argentina, Batista membuat pertukaran strategi dengan membawa masuk Sergio Aguero menggantikan Tevez selaku penyerang Argentina bergandingan dengan Higuain.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Argentina vs Costa Rica 3-0
12 Julai 2011 Live @ Astro Supersport

sergio aguero argentina,copa america argentina 2011
Kun Aguero - Kredit : Google


Dan hasilnya sangat manis apabila Aguero menjaringkan 2 gol (45' & 52') manakala 1 lagi gol disumbangkan Angel Di Maria (63'). Di mana Messi?? Sabar2.. Messi menjadi arkitek dalam merencana gerakan untuk 2 gol pasukan Argentina. Dengan Barcelona dah score banyak gol kasi can yang lain plak.


Kedudukan akhir kumpulan A menyaksikan Colombia dan Argentina mara ke pusingan suku akhir secara automatik. Bagaimanapun harapan Costa Rica belum berakhir (jgn packing lg) dan masih berpeluang layak sekiranya 3 mata yang diperolehi melepasi had 2 pasukan tempat ketiga terbaik bagi melengkapkan 8 pasukan ke suku akhir. (faham tak agak2?)


Highlight Video Perlawanan Argentina vs Costa Rica | Copa America 2011




Perlawanan seterusnya melibatkan Kumpulan C antara Chile vs Peru, 13 Julai 2011, jam 6.15 am waktu Malaysia diikuti Uruguay vs Mexico , jam 8.45 am waktu Malaysia. Siaran secara langsung di Astro SuperSport


Chile vs Peru , 12 Julai 2011 6.15 am waktu Malaysia
Uruguay vs Mexico , 12 Julai 2011 8.45 am waktu Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote