Dua gol Luis Suarez dalam masa 5 minit membolehkan Uruguay melangkah ke final Copa America 2011 setelah menewaskan Peru 2-0. Perlawanan pagi tadi menjadi tegang apabila Juan Manuel Vargas dibuang padang ekoran tindakan beliau menyiku pemain lawan betul2 di hadapan pengadil. Uruguay kini berpeluang menambah koleksi piala juara kepada 15 kali dan menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah Copa America.
kredit : Copa America 2011 Official Websites
Luis Suarez membuktikan bahawa beliau merupakan antara peledak gol berbisa di dunia dan memberi amaran kepada pasukan yang akan bertemu Uruguay di peringkat akhir Copa America 2011 nanti serta musuh ketat Liverpool di England. Gol yang dijaringkan pada minit ke-52 dari sudut sukar hasil dari tampanan kurang kemas manakala gol kedua bermula dari tengah padang dan kemudiannya menggelecek penjaga gol sebelum mudah menolak masuk ke gawang yang terbuka.
Keputusan Terkini Separuh Akhir Copa America 2011 | Uruguay vs Peru 2-0 | 20 Julai 2011
Pemenang antara Paraguay vs Venezuela akan diketahui pada 21 Julai 2011 esok. Perlawanan akan bermula pada jam 8.45 am waktu Malaysia secara langsung di Astro Supersport & Kafe Que [klik].
No comments:
Post a Comment