[Edisi Copa America] Keputusan Perlawanan Suku Akhir Colombia vs Peru | Argentina vs Uruguay

Peru mengejutkan Colombia untuk menempah tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 2 - 0 awal pagi tadi. Gol-gol Peru dijaringkan dalam masa tambahan setelah keputusan berakhir dengan 0 - 0 waktu sebenar. Sementara itu, Falcao mensia-siakan peluang Colombia mendahului dari sepakan penalti pada minit ke-65 apabila bola tersasar keluar.

Copa America 2011 | Colombia 0 - 2 Peru | 17 Julai 2011



Peru akan menanti pemenang dalam perlawanan suku akhir kedua antara Argentina dan Uruguay. Tuan rumah Argentina terpaksa melupakan hasrat merampas kembali gelaran Juara Copa America dari Brazil apabila terkandas melalui penentuan sepakan penalti kepada Uruguay 4-5 selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa tambahan. Carlos Tevez yang bakal meninggal Manchester City mengharungi zaman kejatuhannya apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti ke-3 Argentina.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Argentina vs Uruguay | 17 Julai 2011


Perlawanan Uruguay vs Argentina dicemari dengan 2 kad merah yang dilayangkan kepada Perez dan Mascherano. Kedua pasukan mempunyai banyak peluang untuk menambah jaringan. Namun kecekapan penjaga gol Uruguay, Muslera dan palang gol Argentina menyelamatkan keadaan.


uruguay vs argentina copa america 2011,keputusan argentina vs uruguay,highlight goal uruguay vs argentina


Saksikan perlawanan antara Brazil (pasukan pilihan) vs Paraguay, jam 3.00 am waktu Malaysia dan disusuli Chile vs Venezuela, jam 6.15 am waktu Malaysia. Siaran langsung di Astro Supersport

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote