Salam 1 Malaysia. Yeah.. Malam ni jam 8.45 pm bakal berlangsungnya pertarungan paling dinanti-nantikan. Harimau Muda meratah The Blues.. Dibantu seramai 9 pemain senior diharapkan perlawanan terakhir siri jelajah EPL 2011 membawa detik paling manis dan perangsang kepada kem negara sebelum Malaysia turun menentang Singapura Sabtu ini.
Update : Malaysia 0 - 1 Chelsea FC | Highlights & Goal Here
kredit : Sanoktah
Sebelum ini pasukan negara tewas 0-4 kepada Arsenal dan 3-6 kepada Liverpool FC. 10 gol yang kita lepaskan boleh diperbaiki lagi pada malam ini. Keputusan seri sudah cukup membanggakan ditambah pula barisan bintang Chelsea yang terdiri dari Torres, Drogba, Lampard, Malouda, Kalou, Benayoun, Terry, Cole.
Ketika meninjau kekuatan Chelsea
Bak kata Ong Kim Swee (jurululatih pasukan olimpik) gunakan kekuatan kita, jangan terlalu memikirkan kekuatan pasukan Chelsea yang sememangnya dah kuat tu. Kelebihan kita pada hantaran pendek dan pantas. Counter attack yang tepat (kalau boleh pass awal jangan tunggu) boleh menghukum pertahanan Chelsea yang gemar naik ke atas dan biasanya lambat untuk turun semula. Cubalah ye.
Pengalaman mungkin tidak menjadi masalah besar, cuma keserasian pemain junior dan senior perlu diatasi jika kita mahu pulang dengan gembira. Ong Kim Swee ada taktik tersendiri. Sama-sama kita lihat malam ini.
Siaran langsung Malaysia vs Chelsea FC | 8.45 pm Stadium Nasional Bukit Jalil
Kafe Que Skrin Besar - Live Streaming
Saksikan juga di
Stadium Astro | 801 Astro Asrena | 831 Astro Supersport HD
Stadium Astro | 801 Astro Asrena | 831 Astro Supersport HD
No comments:
Post a Comment