[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Chile vs Peru | Uruguay vs Mexico

Chile mengetuai Kumpulan C untuk mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Peru 1 - 0. Dengan tempat 3 teratas sudah terjamin, kedua pasukan melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan masing2. Andre Corrillo menjaringkan gol sendiri pada minit ke -92 untuk memberikan kemenangan kepada pasukan Chile.

Keputusan Terkini Copa America 2011 | Chile vs Peru 1- 0 | 13 Julai 2011 
Live @ Astro Supersport

Kredit : google


Namun perlawanan dicemari dengan insiden atas padang melibatkan pemain Peru, Carmona dan Chile, Beausejour dan  pengadil akhirnya melayang kad merah untuk kedua pemain. Ini bermakna mereka digantung perlawanan pada pusingan suku akhir. Persaingan kedua pasukan nampak seimbang dengan mencipta peluang tapi gagal disudahkan oleh penyerang masing2.

Kemasukan Alexis Sanchez memberi suntikan semangat kepada pasukan Chile untuk mempelbagaikan corak serangan.


 Video Highlight Perlawanan Copa America 2011 | Chile vs Peru 13 Julai 2011




Dalam 1 lagi perlawanan, Uruguay telah menewaskan Mexico 1-0. Uruguay akan mengiringi Chile sebagai 2 pasukan teratas Kumpulan C. Gol tunggal perlawanan dijaringkan Alvaro Pereira pada minit ke-14.


Keputusan Terkini Copa America 2011 | Uruguay vs Mexico 1-0 | 13 Julai 2011
 Live @ Astro Supersport





Esok pagi tinggal lagi 2 perlawanan membabitkan kumpulan B untuk kita mengetahui jadual keseluruhan pusingan Suku Akhir Copa America 2011. Paraguay vs Venezuela, 14 Julai 2011, 6.15 am waktu Malaysia diikuti Brazil vs Ecuador, jam 8.45 am waktu Malaysia.



p/s : Brazil perlu menang atau terpaksa pulang awal dari Kejohanan Copa America 2011. Peminat Manchester United, berita baik Antonio Valencia kembali pulih dari kecederaan untuk membantu Ecuador layak ke suku akhir. Sama-sama kita saksikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Paid To Promote